Monday, July 12, 2010

Makan makan....

Salam hari Isnin semua.....tentu ramai yg mengantuk hari ni...maklumlah layan bola...tak pun temankan hubby masing-masing tengok bola...ye tak? Tahniah spain! Alhamdulillah dah habis bab bola...kita sama-sama buat persediaan pulak nak sambut Ramadhan...dah tak lama dah...

Hari ni takde n3 pasal resepi...cerita pasal makan2 pulak...Masa 'honeymoon' kat JB hari tu sempat jugalah 'jalan-jalan cari makan'...antara yg paling best ialah kat Seoul Garden, JB dan Banafee Village, JB



Seoul Garden, JB
Hubby saya memang dah nak try makan kat restoran ni masa dia datang ke JB sebelum tu tapi tak berani dan tak best sorang2...sbb dia menyediakan hidangan steamboat dan BBQ secara buffet. Alhamdulillah amat puasa hati makan kat sini. Pilihannya amatlah banyak berpuluh2 jenis rasanya...macam2 ada,ayam lebih 10 jenis, daging lembu, daging kambing dan ikan ,pelbagai jenis fishballs, meatballs, udang, sotong, kerang, mussels, sayur, dessert (aiskrim, ABC, cendol, buah-buahan etc) dan air yang free flow (soft drink, juice). Harga RM70++ untuk dua orang.


aik! tgn sape yg berinai tu...??berinai sakan....honeymoonlah katakan heheheh..


Nampak sedap kan?...memang sedappun...kami makan sampai tak larat nak menapak balik hotel...pergi jalan kaki je...





Banafee Village, JB


Dua kali kami dinner kat sini...OK gak sedapnya. Harga pun Ok. Malam pertama kami makan lamb chop + sup tulang merah + banana splits + drinks = RM50++. Malam kedua kami makan fish & chips + chicken apa ntah + drinks = RM30++. Suasana kat situ pun best ada bahagian yg open air (beratap) dan closed (aircond) kat dalam pondok pun ada. Juga ada pentas untuk persembahan...

sup tulang merah....


chicken chop...pilihan sy...


banana splits....


malam kedua...tak ingat ambil gambar...dah habis mkn baru ingat hehehe...





dan ini durian...sedap betul!.Makan kat tepi jalan di Batu pahat masa in the way balik Terengganu nak pergi ambik anak2 yg ditinggalkan kat sana hehehe...




3 comments:

kakchik said...

assalamualaikum suzi.
waaaa.... bestnya gi honeymoon sambil makan-makan.
malam tadi kakchik temankan tido depan tv je. kakchik tido, suami tengok bola.

Deliah's Deli said...

salam suzi...wah,honeymoon sakan! :) sedap2 mknan kat jb. banafee village tu sy pnh pg klu x silap tu betty banafee nyer family :)

Suzi said...

kak chik,
dah lama kami tak cuti berdua je...sejak dpt anak...dah 9 thn dah hehehe...

thanks kak chik, tak perasan pun salah eja...sup tulang merah yg sebenarnya hehehe...

deliah,
ha'alah pernah juga dengar org ckp restoran tu betty banafee family punya...