Tuesday, December 29, 2009

Apam

Semalam rajin sikit...lagi pun kesian kat anak2...asyik2 makan roti sapu nuttela je. Tambahan lg terliur tangok apam Kak Rinn Chan, bahan2 pun ada dan nak buat pun senang. maka dapatlah kami minum petang dengan apam ni...yummy!!! Terima kasih Kak Rinn berkongsi resepi...


BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cwn air suam
  • 1 1/2 sudu makan yis segera mauripan
  • 1 camca teh gula pasir

  • 2 1/2 cwn air
  • 3 cwn tepung gandum
  • 5 sudu makan tepung beras
  • 3/4 cwn gula pasir
  • Sedikit pewarna makanan - sy guna panda paste

**Nota:
Sukatan menggunakan cawan (cup) yang standard adalah 250ml. Walaubagaimanapun, boleh gunakan cawan minum teh/kopi yang biasa walaupun ia bukan berukuran 250ml. Cuma, gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan-bahan dalam sesuatu reispi itu.

CARA-CARA:

1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut . Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula dan pewarna ke dalam pengisar. Kisar hingga semua larut.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah kembang. Gaul rata.
4. Tutup bekas dengan plastik atau kitche towel yg bersih. Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.
5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak makan. Boleh alas dasar loyang dengan plastik supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.
8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama 5 minit. Gaulkan dengan sedikit garam.

Tips dr Kak Rinn:
  1. Bancuhan tepung akan lebih mudah larut kalau kita kisar. Kalau bancuh dengan senduk lambat hancur dan mungkin ada tepung yang berbintil2. Nak kena tapis pulak nanti. Kisar aje. Applicable untuk semua bancuhan tepung bagi kuih-muih yang lain seperti kuih talam, kuih lapis, kaswi dll.
  2. Satu lagi, kalau nak potong apam pastikan pisau betul-betul tajam. Potong macam stail menggesek gergaji, jangan ditekan pisau tuu..nanti mampat pulak apam pada tempat potongannya..


sedap dan senang....




8 comments:

Tirana said...

Perut saya berbunyi tengok gambar Apam yang berwarna hijau tu....hehehe

Tie said...

Ooo... hijaunya, ekekeke....

Sedap tu.... dah lama tak makan apam cicah kelapa.

Sue @ Nenie said...

Hijau itewww menawan ghupenyeeee

mummyseri said...

ala sedap plak tgk apam ijo ni..
hehe lama tak wat apam neh ;)

Mak Su said...

whoaa.... apam tepung beras... lama tak nampak, kena gi survey pasar malam ni... :)

ima said...

salam suzi...

tak pernah lagi cuba buat apam ni...beli tu selalulah..tp sejak kebelakangan ni tak jumpa pulak apam yg betul2 sedap...buat sendiri lagi sedap kan...hihi

fzi said...

Salam suzi....
best nya apam... akak kalu wat apam ni suka wat dalam cup kecik yang buat kueh kosui tu...comey comey...hihi

Gebu nampak apam suzi nih..boley try ni buat guna yis mauripan...selalu akak guna tapai jeh.. :)

Deliah's Deli said...

selamat berangkat pulang ke tanah air buat suzi sekeluarga. didoakan selamat dan ceria perjalanan. belated awal muharam greetings dan selamat tahun baru 2010.