Wednesday, November 18, 2009

Lemon Chicken dan Nasi Goreng Nenas

Dah nak bersawang lagi blog ni...ayo yo...apa nak jadi ni... Terima kasih buat kawan2 yg masih sudi berkunjung ke sini...maaf sebab sy pun tak dapat ziarah blog kawan2 cam dulu...Lepas ni lagilah bz kot sbb dah nak start packing.InsyaAllah 10/12 ni nak shipping brg2 tu. Tak lama dah tu...dahlah cuaca sekarang ni panas...malas betul..

Ni antara resepi yg dicuba...tak ingat bila. Melawan kemalasan hihihi...



Lemon Chicken-Chinese Style


Resepi dr dapur Hana...tq Hana!!

Bahan-bahan
  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair- hana guna syouyu
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula- ltk 2 sudu campur madu sket
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)- x ltk
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)- hana buh sebijik!
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak- hana gune butter
  • Pewarna kuning (optional)
Cara-cara
  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.( tak gaul pun sbb takut anak tak suka...)




Nasi Goreng Nenas



Resepi asal dr Ros/Onigiri@myresipi, tapi sy kutip dr dapur Kak Jun. TQ!!



Bahan2:
  • 3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
  • 5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar.
  • 1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar mix vegetable
  • 1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
  • 1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
  • 1 biji bawang putih ( dicincang halus)
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • sedikit bawang goreng untuk hiasan
  • 2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)

Cara-cara

  1. Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan. Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba




12 comments:

GREENJADE said...

hehehe dh penuh sarang lelabah nih akok uitss hik2

well latest menu nmpk lazat sekali..yummyyy

ain said...

dah start sibuk packing memacking le ni. atau ada org lain yg buat..??? klu sendiri buat...adussss, penatnya!!!

psst....best la ns goreng nanas su tu!

zureen @ mama said...

Kak Suzi dah start busy mengemas ye..Dah nak dekat sgt tarikhnya pun..

Ayam lemon tu nampak sgt menyelarakanlah..

indahhouse said...

Salam kak suzie,
sedapnya menu..! dah lama nak buat nasi goreng nenas ni. tapi, slalu takde nenas . ;)

Tie said...

Amboi.. masih rajin lagi mengodek kat dapur tu... Harap-harap tak lupa packing pulak!

Chik Mimi said...

salam suzi sihat ke amboi bz kat cafe ye hihhiihi nmpk yummyy nasi ngan ciken tu

cheryna zamrinor said...

dalam pada nak packing2 tuh menu masih menawan. cafe world pon menawan. teralah kak suzi nieh:)

Anonymous said...

Wah mesti byk juga barang nak di hantar balik tu ye kak... selamat mengemas... :)
psst, kite mintak cikit ayam lemon tue.hehe

Mak Su said...

aramak... maksu mmg kelabu mata tgk lemon chicken ni, pantang. pantang nampak :)

Suzi said...

tinie@greeen jade,
hihihi...tulah...melah nak tolong...

kak ain,
sape lg nak buat....sendirilah...
hubby lak sibuk giler, buat masa ni takleh nak tolong sgt...

p/s: akak nak tolong blh gak hihihi...

zureen,
lg 3 minggu ni...

nurindah,
masukkan buah nenas dalam list utk shopping esok hihihi...

kak tie,
mana blh lupa packing...nak balik ....

kak mimi,
hihihi...dtg2 singgah cafe sy tu...

sha,
mengisi masa terluang..singgah kejap2...

ijan, tq! takdelah byk sgt...

maksu, lain kali jgn lupa bawa spek.

Unknown said...

salam suzi,
dalam sibuk2 pun masakan suzi memang umph juga.
rasa nak try je ayam lemon tu tapi mana la nak cari lemon ni.

Anonymous said...

salam suzi... masih sempat lagi masak sedap2,w/pun fikiran tu dah terawang2 nak balik m'sia...hehehe,moga semuanya berjalan lancar.