Monday, March 28, 2011

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

Assalamualaikum. Update blog jap sementara tunggu Isyak. Anak-anak pun tengah elok borak-borak adik beradik....ibu curi masa jap:)). Kek coklat ni buat hari Ahad semalam. Angin rajin nak buat kek...resepi ambil dr rumah Izah. Terima kasih berkongsi resepi. ramai dah mencuba resepi ni antaranya, Hana, Mas .

Sedap kek coklat ni. moist sgt. Buat bentuk 'love' lg hehehe...rasmi acuan baru beli sebenarnya. :))






Resepi Asal dr:
Pn Munira Baharom.
-KR
source : kak.noormasri@coretandaridapur
copy: Izah Muffin Lover



Bahan-bahan:

Bahan A

* 1 cawan gula pasir - (hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje - sy pun sama.)
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde - tak letak


>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder


Bahan C
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga



Cara-cara

  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.



topping coklat pun sy ikut Izah, guna resepi dr Noor Masri.
Hias dengan hirisan badam...yummmm.


TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:


  • 250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin* saya guna butter
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional (ganti dgn susu pekat 1 sudu makan)

Cara membuat:

  1. Cairkan coklat secara double-boiler.
  2. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati.
  3. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Ni pulak lunch kami hari Ahad tu...lasagna.



dinner....

13 comments:

MamaIeta said...

Yumm Yumm Yummm sedap sangat nampaknya.

Yat Maria said...

Suzi...
yummehhh bebehhh tu choc cake..ai tgk ramei dah buat...nak jugak ai try..budak2 sini asal choc ajer sure licin..

Mas said...

sedapkan kak kek coklat kukus ni..
mas pun suka...
perhhh..sedappnya menu2 tu..

izahdaut said...

memang moist kan kek coklat ni.terbaik lah..sedap sedap.cantik la mentuk loveee

Mcburn's Kitchen said...

Salam,
Nice blog,coklat kek pakai coklat hitam ke? innovative!! in your cooking style, though some deviation from the norm. Should be tantalizing to the palate.

Sheikh said...

sedekah la resepi mee kari... hehehe

Cik Sue said...

SALAM..
terliuq dok tgk kek cekelat kat sini.

kak ina kl said...

dah lama tak buat kek coklat..akak lagi terliur tenguk lasagna dan roti..

yanie anuar ~ putrajaya said...

geramnya tgk lasagna akak ni..salam singgah n follow

Suzi said...

mamaieta,
sedap! trylah buat.


kak yat,
kat rumah ni pun sama...asal coklat...laju je...

Suzi said...

mas, izah,
sedap kan. memang bg akak pun ini yg terbaik. resepi pun mudah.

mcburn,
thanks singgah sini ye..:)

sheikh,
ce selongkar ...ambik je kalau ada. hehehe...

Suzi said...

salam ciksue,
sedap tau. try le buat. tak pun dtg tronoh rumah akak...:)


kak ina,yanie,
lasagna tu, anak2 sy suka sgt. hari2 pun takpe hehehe...

oksanochkacaiazza said...

Best Casino Apps in Illinois 2021 - DRMCD
The mobile app offers hundreds of 서울특별 출장샵 games, from slots, 태백 출장안마 poker to table games and live dealer 천안 출장안마 table games. The site 광양 출장안마 has a real user experience and 의정부 출장샵 is