Saturday, March 12, 2011

Nasi Ayam Ipoh

Menu hari Jumaat. Dah dua kali buat nasi ayam resepi ni. Sedap! Terima kasih kepada tuan punya resepi.
Sumber: quinnie@http://www.myresipi.com/top/detail/6967



Bahan-bahan ( sekeluarga )

*BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
*BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
*BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
*BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
*BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Cara-cara:

Untuk air rebusan ayam:
  1. Masukkan semua bahan untuk membuat sup,kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam, biar ia masak selama 20 minit. Kemudian, angkat ayam tadi dan toskan.

Nasi:

  1. Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend, biar naik bau.
  2. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  3. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  4. Masak sehingga nasi masak.

Ayam:
  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan ke dalam satu mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam.
  3. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. Jika digoreng, jangan terlalu lama...cukup sehingga ayam dah bertukar kehitaman, boleh diangkat terus.

Sos Cili:
  • Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
Kicap:
  1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  3. Agak2 dah panas, bolehlah di masukkan tepung jagung yang dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.


Sup:
  1. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  2. Jika air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. Masak hingga didih.
  3. Perasakan sup.
Bahan Tambahan:
  • Timun, tomato dipotong nipis2.
  • Daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan ke dalam sup tadi.







5 comments:

kak ina kl (2) said...

salam suzi.akak pun suka ikut resepi masak nasi cam ni kalau masak nasi ayam..memang sedap..

balik sini payah nak update blog ek..klu kat sana dulu boleh dikatakan update blog kan..biasalah tu..kat sini sibuk kan

Cendana Kasih said...

Suzi..bestnyer nasi ayam... kalo zaman kecik2 dulu, suka beno makan nasi ayam kat stesyen kretapi Ipoh tu..dan time dh beso ni, suka plak makan nasi ayam kat Mee Rebus Ramli....fuh..bilalah dapat balik Perak lagi? insyaalah...tahun depan la kot...nanti nk berjimba ke rumah suzi bleh? hehehe

Suzi said...

kak ina,
tulah bz je rasa. padahal bukan kerja pun, duk rumah je pun. bz dgn hal anak2 kot...mcm2...

noorma,
nasi ayam kat restoran mee rebus ramli blh tahan juga kan? Menu anak2 kalau kami makan kat situ....

mehlah datang tronoh...amat2 dialu2kan :)

Mak Su said...

oohh.. patutlah nasik sy x sedap, tak campur minyak bijan..... hu hu hu

Deliah's Deli said...

sedapnya nasi ayam ipoh suzi ni...ayam dia yg plg sy suka..terkenang2 ipoh pd suatu ketika dulu..lama betul x ke sana :))