Saturday, March 26, 2011

Roti Putih Madu Harum Vanila


Dah lama dah buat roti ni, baru berpeluang masukkan kat blog. Sedap dan gebu roti ni. Terima kasih Ros@jintanmanis.com kerana sudi berkongsi resepi.


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)

  • 500gram tepung roti
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 3 sudu besar shortening@lemak sayuran
  • 220ml air suam
  • 6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
  • 4 sudu besar water roux
  • 1 sudu kecil garam
  • beberapa titik esen vanila

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu




Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. -sy uli pakai mixer, masukkan semua bahan dan uli hingga jadi doh. Kemudian terus ke langkah 3.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




ikut suka masing2lah nak filling apa kat roti....kosong pun dah ok dah. yummm.

8 comments:

Mas said...

akak..bestkan roti putih ni..mas pun suka....sedappp

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

gebu roti ni..pasti sedap..mcm mas kata..

HomeKreation said...

Aslmkm Suzi. Best nya buat roti, lama dah tak menguli...sibuk memanjang.

ilahjy said...

suzi lama kita tak bual apa khabr sibuk ker? kak ilah selalu masuk dapo suzi tapi tak berjejak..minta sikit roti leh ker hehe

Nuridah said...

Assalamualaikum suzi,

lama kak nur tak singgah sini...sihat ke?

Roti sedap buat minum ptg2 nanti ya...rajin suzi menguli doh....hehe...akak cium bau aje dari sini.

Naz said...

Salam kak suzi..
Rajin akak meroti ye kak...Gebus jer roti akak tu..

tun_telani said...

assalamualaikum akak!! salam kenal.. sy dtg tgk roti paun akak dr umah kak hana. gembira tgk akak roti jd gebu wat tanpa BM.. b4 this takut x jadi sbb xde BM, skrg confident sket nk wat roti ^^

MamaIeta said...

Dapat makan waktu petang cicah air kopi panas, sedapnya........