Friday, April 8, 2011

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM


Mencuba resepi ni beberapa hari yg lalu. Terima kasih UMMI sudi berkongsi rsepi. Resepi asal dr Dayang Jack (DJ). Best! Ditambah pula ayam masak kicap memang laku je kat rumah ni....




AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Sumber: UMMI @ Home Sweet Home
Resepi: Dayang Jack (DJ)

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.




5 comments:

Nieza said...

sedapnya....kalau saya ni sure bertambah-tambah nasi ni...:)

norlie said...

terimalah award dari akak ye...

Suzi said...

nieza, akak pun hehehe...

kak norlie,
terima kasih. nanti sy ambik.:)

Sue @ Nenie said...

Salam...emmmmm wanginya bau ayam kicap berempah ni...

Nanti jgn lupe datang rumah ambil award yaaaaa

Naz said...

Sedap nye kak.. Ayam kicap selalu menjadi lauk kegemaran anak2 naz di rumah...
Jemput dtg umah Naz amik award tp xyah buat tag ye! http://ovenkecil.blogspot.com/2011/04/thanks-nieza-dear.html