Thursday, January 1, 2009

Ayam goreng mentega

Resepi dr rumah Noreen...terima kasih for sharing..sedap ayam ni.


Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 1/2 biji bawang bombay (bawang kuning) - dihiris kasar
  • 1 batang daun bawang - dipotong kasar (saya tak letak sbb takde dlm stok...)
  • 1 biji limau nipis - diambil jusnya
  • lada sulah secukupnya
  • garam secukupnya
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar mentega
  • sedikit air - jika perlu

Bahan2 tumbuk:
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

Bahan2 sos:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin

cara:
  1. perapkan ayam bersama2 dengan garam, lada sulah dan jus limau
  2. biarkan lebih kurang 10-15 min dan kemudian goreng sehingga masak. ketepikan
  3. panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak + 3 sudu besar mentega
  4. tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi
  5. kemudian masukkan bahan2 sos dan kacau rata
  6. masukkan pula bawang besar dan kacau lagi sehingga bawang agak layu
  7. setelah itu barulah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  8. jika inginkan sedikit kuah bolehlah dimasukkan sedikit air
  9. akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau sehingga sebati
  10. hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an
Kami makan dgn nasi lemak...nasi lemak tu saya letak karot parut sbb tu rupanya mcm tu...anak2 payah benar nak mkn sayur...buat mcm tu terpaksalah diaorg telan juga hihihi....

2009

Dah masuk 2009 kita....rasa mcm cepat je masa berlalu...tahun 2009 tahun bermakna buat kami kerana kalau semuanya berjalan lancar pertengahan atau akhir tahun ni kami balik for good...yeah! Tak sabar rasanya, maklumlah dah hampir 3 thn tak jumpa keluarga.....rindu dendam teramat ni....

Kat bawah ni pula adalah kad2 dari teman2 blogger sempena tahun baru...terima kasih buat kalian semua....moga hidup kita akan lebih baik dan bermakna pada thn ini....


Kad dr Ela


Kad dr Srisufi.

Kad dr Fiza.



Kad dr TERA


Ni pula award dr Chempaka
Maaf coz akak terlambat ambil....terima kasih byk2 sis....

Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru....

Selamat tahun baru Hijrah 1430 dan tahun baru 2009. Syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi peluang utk merasainya...Semoga kehidupan kita sentiasa dalam linduganNya.

Terimalah kad yg tak seberapa itu dari saya utk anda semua (kawan2 dan sesiapa sahaja yg mengunjungi blog ini)...sudi2kanlah menerimanya ye....



* 2-3 hari ni tak update blog dan jenguk kawan2...tak tahulah kenapa...bz taklah sangat..malas pun adalah sikit2.... hari minggu asyik berjalan je...mmm...maaf ye kawan2....

Kek Bidadari Pelangi

Ambil resepi dari dapur Kak Jun...thanx akak...saya copy paste je resepi akak....Kombinasi warnanya saya dah ubah sikit....


Bahan A:-
  • 250gm putih telur
  • 120gm gula kastor
  • 1/4 sudu teh krim of tartar
  • 1/4 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 100gm tepung paling halus (superfine)
Bahan C:-
  • 1 sudu teh pes strawberry
  • beberape titik pewarna merah n hijau
Cara-cara:
campurkan semua bahan A n pukul hingga naik n kembang. masukkan tepung n gaul sebati. bahagi kepada 3 bahagian. satu dicampur ngan pes strawberry n pewarna merah, satu dicampur hijau n satu dibiar warna asal.tuang satu bahagian kedalam loyang yg beralas n bergris, tuang lagi satu kat atas n tuang bahagian akhir kat atas. bakar pada 180'c selama 20-25min.
bolehla dihias ngan whipped cream bila sejuk.

Friday, December 26, 2008

Crunchy French Toasted

Ambil resepi dari dapur Kak Jun...untuk sarapan pagi tadi....

Bahan-bahan:
  • 2-3 keping roti-potong 4 segi
  • 1 cawan cornflakes
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 sudu teh tepung
  • 2 titik esen vanila
  • butter n syrup/honey..ikut suka la

Cara-cara:

panaskan oven. susun roti atas tray beralas kertas. bakar sekejap dalam 5 minit. sejukkan.
hancurkan cornflakes, ketepikan. 'whisk' telur, susu, tepung n esen vanila. masukkan roti, rendam dua2 bahagian n salut ngan cornflakes, kedua2 bahagian. letak atas tray n bakar semula selama 10 min satu bahagian, balikkan n bakar lagi 5-10min. makan ngan butter, syrup/honey...


Kami makan dgn sos kastad....

Daging Masak Kicap

Daging masak kicap ni resepi UMMI tapi ambil dari rumah Sasha.
Sedap...Thanx berkongsi resepi....
saya guna apa yg ada je...Ni resepi asalnya....



Bahan:-


  • 1/2 kg daging - potong nipis
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 cm halia - tumbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar kicap pekat manis
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji cili hijau - belah2
  • 1 labu bawang besar - potong bulat 3 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Gaul daging dengan bahan tumbuk dengan cili kisar dan masak dalam kuali sehingga daging lembut. Jika perlu tambahkan air dan masak lagi. Bila daging telah empuk, tuang minyak dan masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis, gaul rata. Masukkan kicap, gula garam dan gaul sebati. Setelah rata dan daging benar2 masak, masukkan cili hijau dan bawang besar. Gaul-gaulkan, angkat.

Gift....

Kad ucapan selamat tahun baru dari Farah(Mommy Otai)...





Kad2 dan kalendar dari Miss Farha...




Terima kasih buat kalian berdua...satu negeri kita ye...Trg kite!..hihihi...Moga ukhuwwah yg terjalin berpanjangan dan diberkati Allah SWT.