Wednesday, June 2, 2010

Ayam ala Kassim

Ni dia rupa ayam ala kassim. Dah beberapa kali masak resepi ni...alhamdulillah sedap. Suami dan anak-anak suka. Resepi asal dr Azura Suhaimi @ MyR tapi sy ternampak ayam ni masa jalan-jalan cari resepi kat dapur KAK JUN . Terima kasih
kerana berkongsi resepi. Dah ramai kawan- kawan lain yg sudah mencuba ...



Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)

Bahan2 kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
  4. Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
  6. Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2 (*akak makan dengan nasi pudina - nanti akak letak resepi nasi tu eh..)
    note: masakan lama, senang dan sedap






11 comments:

Unknown said...

salam suzi.

fuh, laparnya tengok lauk ayam ni.
hari ni perut kakchik sakit la pulak.
agaknya kalau dpt makan nasi panas dgn lauk ni pun dah cukup hehe

zureen @ mama said...

Salam, Sedap nampaknya ayam tu Kak Suzi..

ain said...

salam su. apa kabar?lamanya tak jenguk su! nak sikit ayam ala kassim!!!

Mak Su said...

ayam ala kasim? ooo mak aiii, macam sodap! :)

Sheikh said...

goreng pun dah kira ok dah bagi aku,janji potong ada baca punya hehehe

Anonymous said...

ala kasiiiiiim, letak daun kari ek? blum pernah cuba lg ni...

Deliah's Deli said...

salam suzi...ala kassim,teringat citer p.ramlee-tentu best gak ayam ni sebest citer p.ramlee :)

Suzi said...

salam,

zureen, sedap...cubalah. senang lak tu...

kak ain, saya sihat je...sy pun dah jrg blogging sekarang...hehehe.

maksu, memang sodappppp....

pak shake, betul tu...janji potong ada baca...

fa10, try le...yummmy!

deliah,hehehe...betul tu...

Suzi said...

salam kak cik,
sedap...lg2 dgn nasi panas.

farhan ali said...

salam

instead of daun kari, kalau gnti dengan serbuk kari boleh tak?

Suzi said...

farhan ali,

salam, daun kari tu hanya utk bau je...rasanya kalua tak letak pun takpe...akak pernah juga tak letak pun...