Tuesday, May 4, 2010

Mee Rebus Ramli


Mee rebus Ramli memang terkenal kat Ipoh ni...kalau datang Ipoh, tak rasa mee rebus ni tak lengkaplah kedatangan anda hehehe...Banyak cawangan kedainya di Ipoh ni. Dua minggu lepas kami sempatlah bawa tetamu kami dr Penang, Halim dan Sara sekeluarga merasa keenakan mee rebus ni...kami ke cawangan Restoram Mee Rebus Ramli di Station 18, Ipoh.. sebab itu yg paling dekat dr rumah kami....

Selain mee rebus, ada macam2 menu lain...nasi ayam, mee sup, chicken chop dan lain-lain...Masa kami makan tu hari minggu, restoran 'full house', terpaksalah kami tunggu sekejap...takpelah...berbaloi...


yummmy....rugi tak rasa....

Nasi ayam untuk anak2 sbb anak2 kami tak tahan pedas langsung...


berselera...


amboi Isa....takkan minum sorang je...


berselera Iman makan nasi ayam....kawannya Yaya masih menunggu chicken chopnya....


Ismail dah tertidur sebab penat jalan2 kat UTP....sebelum tu dia dah ngamuk2 gatal satu badan sebab berpeluh. Masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan cuaca Tronoh yg amat panas....


Nanti kalau ada masa sy cerita pasal jalan2 kami ke Kellie's Castle dan Kapal Korek kat Batu Gajah ye....

13 comments:

Mak Su said...

sian, sampai tertidur :)

tak de kena-mengena ngan ramli yang burger tu, kan

Deliah's Deli said...

salam orang ipoh :) mkn x ajak pun :D tgk mee rebus ramli ni sy teringat juga mee rebus haji wahid kat JB :) dua2 sy penah mkn,dua2 meletop!

p/s isa, leh share air tembikai tuh?

Noorma Ismail said...

Suzi..rindunya kat mee rebus ramli..tahun lepas masa balik perak pun tak singgah..tp kenapa mee dan nasi ayam tu dh nampak sikit??

kayteeze said...

Mee rebus stail Johor tu ke ? Kat kelantan kalau mee rebus tu macam mee sup, dan di Ganu mee macam tu dipanggil mee jawa. Kak tie suka mee rebus, tapi malas nak buat, hehe..

GreenJade said...

salam akok ku..rindunye lama x nmpk

sy wpon mmbesar di Ipoh x pnah lak mkn mee rebus ramli tuh hehe..

sian Ismail..smp tetidur hah.take time nk match ngn cuaca panas kat mesia nih hehe

afiq said...

wuii nampak sedap.. bile lah nak smpai sane.. heheh

mummyseri said...

kak suzi..hehe mmg sedap..lama tak mkn ni:)
kite pon tak smpai ke istana tu lagi..asyik lalu lalang aje..kena g gak ni nnt bile2 :)

ct_nurmarlissaa said...

dulu..mase kecikk2 arwahh atokk selalu bawak kami bercuti ke istana itu.....

cikgu aida said...

mee rebus ramli...dah lama tak makan...kat section 18 ade jugak yee...tak perasan la..dok nampak tesco jee...biasa pegi kat town..tapi susah skit nak parking kat situ..

kakchik said...

salam suzi.
nampak enak je mee rebus ramli tu.
masa kakchik dok ipoh tahun 1992 dulu takde dengar pulak pasal mee ni.
teringin nak try.


p/s: lama sungguh tak singgah blog suzi. selalu je kakchik terlepas update

@xiM said...

bila nak update blog ni kak..

Ina Hashim said...

duk tronoh gak ke? kat ner tu?

Eyriqazz said...

Seriously,memang sedap..antara yang paling sedap pernah saya rasa..Ini pengalaman saya:

http://www.eyriqazz.com/2010/12/mee-rebus-ramli-ipoh-terbukti-sedap.html