Wednesday, June 9, 2010

Apom Lenggang

Terpandang kuih ni masa ziarah dapur kawan-kawan kat FB pun ada kawan letak gambar. Tak pernah makan apam ni...so, terujalah nak merasa. Resepi dr dapur Hana. Hana pulak intai dr dapur mas. Terima kasih berkongsi resepi.


Bahan-bahan

* 300g tepung beras
* 270 ml santan pekat
* 1 sudu kecil yis kering
* 60g gula
* 1/2 cawan nasi
* secubit garam


Cara-cara

1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
3. Rehatkan selama 1 jam.
4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
5. Lenggangkan merata didalam kuali. 6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.
7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.




Lemak manis rasanya. Sedap terutama makan masa panas-panas....



5 comments:

Deliah's Deli said...

salam suzi...apom lengang best ni!mkn dgn air gula asyiknyer :)

MAS ( DUNIAKU ) said...

macam mana suzi, first time makan, sedap kan, mas memang suka kuih ni....

GreenJade said...

simple & look nice la sis..minta izin curik resepi yekk (mencuri pon minta izin gitu)ehehehe

Mak Su said...

awat nama dia lenggang?

oohh.... sebab kena lenggang2kan....

;)

Ina Hashim said...

salam ziarah...

sedap sgt apom ni taww..igtkan my mom sorang je yg panggil kuih ni apom lenggang :)