Friday, October 9, 2009

Butter Prrawn (resepi 2)

Salam semua...lamanya tak update blog, dah bersawang dah hihihi. tak ke mana pun, duk rumah melayan anak2 yg sedang bercuti sekolah...tak aman nak duk depan pc lama2. Masih beraya lagi ke kekwn? Kami cuti sekolah pun tak dpt ke mana2 sbb my hubby sakit kaki...dtg balik sakitnya...lg2 kalau byk berjalan. Cuma sempat bercamping je kami anak beranak kat depan rumah...dapatlah isi masa cuti anak2...seronok w/pun hanya depan rumah...nanti sy cerita atau boleh je baca kat blog my hubby. Klik SINI.


Anak2 dah tido, ambil peluang update antara resepi yg di masak. Butter prawn ni masak utk lunch tadi...makan dengan nasi goreng. Resepi asal dr nita tapi cedok resepi ni dr dapur Hana. Ramai juga yg dah try. Resepi ni lebih ringkas berbangding resepi yg sy cuba sebelum ni...klik SINI. Terima kasih berkongsi resepi. Kali ni tak letak daun kari sbb dah habis...cili padi pun tak letak sbb anak2 tak makan pedas.

Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur - hana gune 2 sama ngan k.nor
sedikit daun kari
sedikit cili padi - x ltk
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.*hana goreng ngan butter skali.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan..




10 comments:

ain said...

halusnya kerak dia suuuu!!!! sedap tu!!!

fzi said...

Salam suzi....
Akak tadi sebelum baca post suzi duk perati apa benda tu yang berselirat kat udang tu...ohh rupanya telur kuning...wah ala2 menjala roti jala atau cam nak buat jala mas pulak kan suzi...heheh

cheryna zamrinor said...

waaa....maca kat kedai punya!

thanks kak suzi...resepi kak suzi simple sangat nak banding ngan sha jumpa.

* sakit kaki? gout ke kak suzi?

Unknown said...

kakchik baru nak tanya macamana nak bagi telur tu jadi macam tu... hehe terima kasih ya suzi sebab ceritakan caranya. kakchik nak cuba buat butter prawn ni sebab ramai juga yang suka kat rumah ni.

suami sakit kaki tu dah rujuk ke doktor ke belum? kakchik harap dia dah buat rawatan yang sepatutnya. risau jugakan, muda lagi dah sakit kaki.

Azura Suhaimi said...

Salam lebaran, cantiknya butterprawn kak suzi, saya buat lum tentu jd nih..salam kenal ye kak :)

Sasha said...

Wah... cantiknya butter prawn diaaaa... nak kena cekap tangan nak watnya kan?...

harap2 kaki abg ben pulih seperti biasa...

best giler camping family Suzi walaupun kat luar rumah... cuaca pn sejuk sambil memanaskan badan makan2 bbq... i likeeeeee!!

Suziey Ahmad said...

kak suzi..sy dh copy resipi ni..nk cuba buat..tp jadi ke x xtaula..ekekeke:p
kalu kt kedai mahal ni;p

Mamasya said...

Salam Suzi..

rambu ramba butter prawn tu menjadi... dah lama tak buat butter prawn.
kalau anak2 cuti kita lagi busykan...kejap2 ada aja yg mrk minta..kejap2 ke dapur cari makanan...berebut PC lgi..hi..hi.
moga husben Suzi cepat semboh
re; masa masak nasi mandy tempoh hari tak letak arang sbb arang takda.boleh guna arang bbq yg dah dibakar utk dptkan aromanya...

Suzi said...

kak ain,
dulu buat tak berapa jadi...kali ni ok pulak...ikut teknik tu betul2.

kak fzi,
ada juga kawan yg buat yg pakai acuan roti jala...
saya tak pernah lagi buat jala mas hihihi...

kak chik,
dah pernah pergi jumpa doktor...katanya mcm salah urat...dia suruh berehat dan bagi ubat tahan sakit je. kalau kat m'sia blhlah cari org urutkan...
bial dah kurang sikit hubby pun mulalah kehulu ke hilir...tu yg sakit dtg balik...
harap2 cepat sembuh...masa dah suntuk...

azura'
salam kenal juga...dtg2lah selalu...

IMCurtain,
thanks !

sasha,
trylah buat,,,betl tu nak kena cepat masa kacau2 tu...
memang best camping tu...budak2 lagilah...tanya bila nak buat lagi hihihi...

suziey,
dah try belim? harap2 menjadi...

mamasya,
keadaan kita sama...anak ramai camtulah hihihi...
insyaAllah nanti nak cuba buat nasi mandy tu...

Unknown said...

husband suzi tu macam ummi kakchik lah. kakinya tersalah urat juga semasa di rebah hari tu. bila sakitttt sangat barulah dia duduk diam dan rehat. makan ubat, rasa sihat sikit, harus dia bangun dan buat keje macam biasa. nasihat kita bukannya dia nak dengar.