Wednesday, April 13, 2011

Spaghetti Bolognaise dan Dory with Lemon Sauce

Assalamualaikum!! Dah lunch? Alhamdulillah ni menu lunch hari ni. Kalau spaghetti, memang laku sangat kat rumah ni. Saya pulak yg tak berapa suka...tapi takpe, yg penting anak2 dan hubby suka. Bolehlah ibu berdiet atau ada alasan ibu makan megi hehehe...


spaghetti bolognaise dan dory with lemon sauce. Sos spaghetti pakai yg dlm botol je..kimball.



Dory Fillet with Lemon Sauce
Sumber: || Sesedap Rasa||
-terima kasih berkongsi resepi.

Bahan-bahan:

  • minyak zaitun secukupnya untuk goreng ikan (bukan deep fried)
  • Isi ikan dory
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • serbuk paprika
  • sayur asparagus - ikut suka

Bahan Sos Lemon (adapted version of kak nannie's recipe)
  • 2 ulas bawang putih - potong kecil2
  • 2 sudu teh minyak zaitun
  • 1/2 cawan susu low fat (bukan low fat pun boleh)
  • herba thyme kering
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 biji air perahan lemon

Cara memasak:-
  1. untuk ikan: perap ikan dory dengan garam, paprika dan serbuk lada hitam untuk 10 minit.
  2. panaskan minyak zaitun, goreng ikan dory hingga sedikit garing. balik-balikkan dan angkat ke dalam pinggan.
  3. goreng asparagus dalam baki minyak yang diguna tadi. goreng sebentar sahaja untuk elakkan sayur layu. letakkan asparagus bersebelahan dengan ikan.
  4. untuk sos: panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan sus dan herba thyme. biarkan susu mendidih. masukkan garam dan air perahan lemon.
  5. curahkan sos lemon ke atas ikan mengikut kesukaan masing-masing.
  6. Makan-makan masa panas.


* saya letak sedikit tepung untuk pekatkan sos tu.


Kawan2, jemput singgah ke web shop sy comel lote. Jamu mata. :).
Kalau berkenan email dan sms sy ye...:))


3 comments:

tun_telani said...

akak ^^ tun pun suka makan spagetti ^^ kalau ada button mushroom byk2 lagi sedap =)
biasa dory tun wat sweet sour, nnti try resepi nih ^^

Nieza said...

wah my fav menu ni kak...memang sedap tu nieza suka spagethi tu....ikan dori tu pun best...sedapnya..

norlie said...

sedapnya....