Saturday, February 26, 2011

Macaron dan Coklat

Assalamualaikum. Waduh....dah lama tak update blog. Apa sudah jadi? Takde apa-apa. Cuma mungkin sebab mood takde kot. Apa-apa pun, terima kasih kepada yang masih sudi singgah.
Hari ni nak bercerita sikit pasal macaron dan coklat. Buat sendiri ke? Oh! tidak. Semuanya di order online. Mudahnya zaman sekarang ye, nak shopping pun pakai jari je...klik sana...klik sini...



Duk baca cerita kawan-kawan pasal macaron, teruja sungguh nak merasa. Lagi-lagi tengok warnanya yg colourful, perasa pula yg macam-macam. Terliur sungguh. Nak membuatnya renyah, maka saya pun orderlah dari kawan kita yg dah jadi tokey macaron sekarang ni cikmin.

Tu dia macaron yg diorder, sampai dalam masa 2 hari je. cikmin pos Khamis petang, Jumaat petang sampai. Dalam keadaan baik, cuma retak sikit-sikit je. Adatlah...kan. Pakai pos. terima kaish ye cikmin...


Semuanya sedap-sedap tapi manis. Sekali makan saya takleh nak makan banyak-banyak...sekeping .Saya suka yg hijau, Ismail pulak yg kuning.
Kata cikmin, lagi sedap sebelum makan letak kat petiais, nak makan baru keluarkan dan tunggu 10 minit. Minum pulak black coffee....


Sesiapa yg turut tergoda atau yg nak merasa macamana rasa macaron ni boleh ke blog cikmin untuk order. Pilihlah apa perasa yang nak. Macam-macam ada. Harga pun berpatutan. Servis pun bagus.



**************************************************




Coklat ni pula saya order dari Semaniz Chocolate. Khas untuk my hubby yg baru dapat berita gembira mengenai tesis PHDnya. Boleh baca kisahnya di sini.


Coklat dihantar by hand ke ofis my hubby. Terkejut my hubby. Siapalah hantar coklat 'love' kat dia...hehehe. Sedap coklatnya. Bila buat balik rumah, licin dikerjakan anak2.-:)

Sesiapa berminat nak order coklat, terutama yg berda di Tronoh, Seri Iskandar dan sekitarnya boleh ke blog Semaniz Chocolate ni. Macam-macam bentuk dan warna coklat ada.


12 comments:

Mak Su said...

jum sokong bisnes kengkawan ! :D

Deliah's Deli said...

tahniah bt dr. ibrisam!

cantik macaroons yg cik min bt tuh eyh..lama dh berkenan :)

choco yg bulat2 tu ada oreo eyh..sedap tuh!

Anonymous said...

Cantiknya... semuanya... rasa macam sayang nak makan, hehe..

Cendana Kasih said...

mmg teringin nk makan macaron cikmin tu, tp takleh makan gula laaa.... tu yang takleh nk order tu...tgh diet skang ni

Nadz Nazharzan said...

Wah kak.. Dah sampai ke sini macaron cik min ni eh..
Tahniah buat hubby akak yer..Mesti akak pun tumpang gembira kan..

normail said...

salam su..kak ain ni. Tahniah utk hubby su ye!!!

Suzi said...

maksu:
yes! sy sokong!:)

deliah:
thks.
ha a'ada oreo,yum!

kak tie,
hehehe...tapi terpaksa mkn juga.

noorma,
uish!diet ke? mkn seketul takpe kot...

naz,
thx.Alhamdulillah...

KakAin,
ke mana menghilang?? rindu akak.

Unknown said...

assalam Kak Suzi, wah banyaknya macaron tu...memang manis tu nieza hari tu teringin juga try beli dan rasa menis sgt takut lak dapat kencing manis...hehe tapi sedaplah bila ada pelbagai perisa dan menarik tgk colournya tu.

.:: Mrs Z ::. said...

romantik ye kak..hehee..

HaSue said...

sedap kan kak macarons tu..tp xleh mkn byk2 laa..bukan kuih2 biasa tu..hihi..tapi sapa2 x merasa lagi try laa at least sekali. =)

coklat tuh lawa tul laa ..lomantik2..nanti nak jenguk2

kak ina kl said...

tak berani nak cuba macroon tu ..orang kata manis sgtlah

Kamsiah yusoff said...

sedapnya...tp terpaksa kurangkan makanan yg manis2...