Tuesday, September 14, 2010

Nasi Portugis

Nasi Portugis, utk kawan En Hubby yg datang beraya ke rumah semalam(raya 4). Hari raya pertama beraya kat rumah di Tronoh setelah 3 hari beraya di Sabak Bernam. Mula-mula tu plan nak masak Nasi Mandhi tapi bila pergi Tesco pada ptg raya ke 3 tu, ayam dah habis, dapat beli daging dan seafood je. Pagi tu pergi Pasar Tronoh...pun tak sempat beli, dah habis. So, terpaksalah ubah menu, masak Nasi Portugis ni. Kali pertama mencuba, Alhamdulillah...memenuhi selera tetamu. Terima kasih Cik Mat Gebu berkongsi resepi. Resepi asalnya dr buku masakkan "Norzailina Nordin"




BAHAN - BAHANNYA :-)

  • 500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
  • 300 g daging batang pinang*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
  • 500 ml stok rebusan daging
  • 500 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih*
  • 3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus) -sy letak sikit je cili...campur sikit dengan sos tomato sbb anak2 tak tahan pedas.
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Gajus goreng
  • Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing. Masukkan beras tadi dan goreng hingg rempah rata dengan beras.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
  3. Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul). Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar atau lauk2 lain yang anda gemari....


Nasi Portugis n the geng, acar dan salad telur. Tak rugi mencuba resepi ni...sedap!






7 comments:

Elly Rocker said...

kak, nasi nih sedapppp!! dapat jugak rase kt umah kamal :p

hana said...

assalamualaikum kak.. kiter dtg nak raya nih! bestnyer ader nasik sedap! leh tambah 2 pinggan nih! :D

Noorma Ismail said...

Salam Suzi..bestnyer nasi portugis tu. Mesti dicuba ni. Kebetulan stok daging pun banyak. TQ..toceh..

kayteeze said...

Menariknya!

Nanti bila rajin, kak tie akan cuba, hihi..

Suzi said...

elly rocker,
sama2. tak susah pun nak masak...blh try atau cpt2 kahwin minta wife masakkan...lg puashati hehehe....

hana, noorma, kak tie,
sy suka masak nasi2 yg mcm ni jadi lauknya tak yah masak beria...simple2 je...salad je pun dah cukup.

Farra said...

wahh suzi...tq for sharing..sy sgt teruja n mmg nak cuba!!

sy tatau nak buat salad telur, ajor skettt ehehhe

Suzi said...

farra,
sama2.

akak pun main buat campak2 je....telur rebus dipotong campur dgn sayur salad, tomato, timun dll. campur sos apa2...sos salad thousand island lady choice pun sedap. kalau nak campur dgn sosej pun ok gak.

trylah...