Saturday, February 20, 2010

Ikan Bakar

Alhamdulillah dah balik Malaysia ni dapat menikmati mcm jenis ikan yg dirindui ketika duk Adelaide dulu. Nikmat sungguh. Antaranya masak ikan bakar....sedapnyaaaaa.



Ikan Cencaru Bakar Berlada

Kat Adelaide takde ikan ni...sedap nyaaaaa. Bakar pulak kat dalam daun pisang....uish membangkit selera sungguh. Nak resepi boleh klik kat My Resipi, resepi dr che'iza@myresipi.com. Terima Kasih berkongsi resepi.




Ikan Bakar(Ikan Pari) Ala Nyonya


Ikan pari ada kat Adelaide tapi tak pernah pulak masak bakar mcm ni. Resepi CMG tapi kutip dr dapur UMMI. Sedap. Hubby pun suka. Terima kasih berkongsi resepi. Saya gantikan aluminium foil dgn daun pisang...


Bahan:-
  • 2 keping (500 gm) ikan pari (dipera garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
  • 2 helai daun kunyit- tak letak
  • 2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan santan
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 keping alluminium foil- guna daun pisang
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Pes (ditumbuk lumat):

  • 4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 hirisan nipis halia
  • 2 biji buah keras
  • 2 batang serai - hiris halus
  • 1/2 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
  2. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
  3. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
  4. Bentangkan alluminium foil(daun pisang) dan letak daun kunyit di atasnya.
  5. Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
  6. Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven..-saya bakar dalam kuali je...

10 comments:

kakchik said...

assalamualaikum suzi. akhirnya dapat juga melihat update masakan suzi. bestnya ikan bakar dimakan cicah air asam, mmm...

hadiah ogawa satu sb dah update blog.

openid said...

Salam Kak Suzie,
Macam2 makanan yang lama tak dapat makan jumpa balik ye...seronok la. :)
Ijan

Deliah's Deli said...

salam suzi, dapur blog dah berasap semula!

p/s pinggan tu mcm kenal je :)

zureen @ mama said...

Assalamualaikum Kak Suzi..nampak menyelerakan ikan bakar tu..lebih-lebih lagi ,bila dipanggang dengan daun pisang..

kayteeze said...

Suzi, kak tie selalu ngelat bab bakar ikan ni. Biasa guna sos ikan bakar yang banyak dijual di Ganu ni.. senang je, hehe.. tapi bila makan dengan nasi panas memang berselera.

mummyseri said...

mmg sedap tgk ikan bakar akak ni :)

Fiza Nordin said...

salam k suzie...
wah cedapnye ikan bakar...lame tak makan ikan bakar...klu saya pekene ikan bakar suka makan nasi tu panas2 dgn ikan bakar & cicahnye aje..lauk2 lain tak pandang dah...barulah dapat feel...eheheheeee

NekPP said...

waduhhh suziii..kegemaran nihhh...

fa10 said...

dah balik malaysia... resepi mesti makin mengancam. bestnye ikan pari bakar tu

Suzi said...

kak chik,
tq for ogawa tu...:)

Ijan,
seronok...semua makanan yg dirindui nak dimakan dan dan tu je masa tiba kat tanahair hari tu...
ijan bila balik?

deliah,
dah beli kena pakai, nanti boss tak belakan lg dah...hihihi

zureen,
betul lg beraroma...

kak tie,
kena cari jugalah...sy pun suka bab ngelat2 ni...

seri,
sedaaaaap! hihihi

fiza,
betul tu...silap2 org mkn kat sebelah pun kita tak pandang hihihi....

nek PP,
sama kita...

fa10,
bila balik?? mehlah balik...syoknya mkn...