Thursday, September 30, 2010

My hubby @ My Selangor Story

Assalamualaikum semua...terima kasih buat kawan-kawan yang masih sudi berkunjung ke sini. Maaflah kekerapan mengupdate blog sekarang ni amatlah kurang berbanding ketika berada di Adelaide.


Perkembangan terbaru, my hubby sertai satu contest...My Selangor Story. Contest yg nak promosikan pelancongan di Selangor. Sekarang dah masuk stage ke-2. Hari tu 6 H 5 Mlm my hubby melancong ke Selangor....sedihnya tak dapat ikut huhuhu...laptop pun dia bawa sekali. Uwaaa,saya dilanda keboringan yang teramat waktu tu. Tapi takpelah demi menyokong suami tercinta. Moga-moga menang..amin. Dari pengalaman my hubby, dia cakap seronok dan tak habis-habis salahkan saya sebab tak join sekali...Apa nak buat...
Pada stage ke 2 ni peserta cerita pengalaman 6H 5 Mlm diaorg tu dan perlukan vote dari pembaca...hehehe...faham-fahamlah ye...So, jemputlah ke entry my hubby kta blog dia Krenmaut . Ni entry untuk hari pertama.Kalau rasa nak komen...amat-amat dialukan. Lepas tu boleh lah vote kat sini http://www.myselangorstory.com/my-selangor-story-hari-1/


Terima kasih ye kawan-kawan. Sayang semua!!


Monday, September 20, 2010

Nasi Jagung Serai Bermadu

Nasi jagung serai bermadu ni juadah untuk tetamu dari Penang yg datang beraya semalam. Terima kasih sudi singgah rumah akak ye Sara. Resepi dr dapur Cik Mat Gebu...Jangan seram sejuk pulak dgn nasi ni...'bermadu' tu hanya sekadar nama je hehehehe....Terima kasih Cik Mat berkongsi resepi. * kismis kat nasi tu sy tambah2 sendiri....




BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 1 tin jagung berkaling, toskan dan simpan airnya
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan santan (boleh ganti dengan susu cair)
  • 1 cawan air yang ditos dari jagung tadi
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
  • 1 camca besar madu
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 inci halia, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai,dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan semua bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan layu. Masukkan beras, kacau dan goreng sekejap anggaran 2 minit. Matikan api.
  2. Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker, tambah baki daun pandan, jagung. Masukkan santan, jus dari jagung berkaleng dan juga air. Hancurkan kiub ayam (kalau guna) dan masukkan madu, letak garam seckup rasa, kacau hingga semua sebati.
  3. Masak seperti biasa. Biar hingga nasi tanak dan kering. Gaul nasi tadi dengan chopstick tapi perlahan2 jangan ganas2 nanti beras patah2. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk kegemaran...


Nasi tu di makan padankan dengan salad telur puyuh + sosej dan ayam masak merah.




Tuesday, September 14, 2010

Nasi Portugis

Nasi Portugis, utk kawan En Hubby yg datang beraya ke rumah semalam(raya 4). Hari raya pertama beraya kat rumah di Tronoh setelah 3 hari beraya di Sabak Bernam. Mula-mula tu plan nak masak Nasi Mandhi tapi bila pergi Tesco pada ptg raya ke 3 tu, ayam dah habis, dapat beli daging dan seafood je. Pagi tu pergi Pasar Tronoh...pun tak sempat beli, dah habis. So, terpaksalah ubah menu, masak Nasi Portugis ni. Kali pertama mencuba, Alhamdulillah...memenuhi selera tetamu. Terima kasih Cik Mat Gebu berkongsi resepi. Resepi asalnya dr buku masakkan "Norzailina Nordin"




BAHAN - BAHANNYA :-)

  • 500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
  • 300 g daging batang pinang*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
  • 500 ml stok rebusan daging
  • 500 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih*
  • 3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus) -sy letak sikit je cili...campur sikit dengan sos tomato sbb anak2 tak tahan pedas.
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Gajus goreng
  • Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing. Masukkan beras tadi dan goreng hingg rempah rata dengan beras.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
  3. Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul). Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar atau lauk2 lain yang anda gemari....


Nasi Portugis n the geng, acar dan salad telur. Tak rugi mencuba resepi ni...sedap!






Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum. Hari ini hari terakhir Ramadhan, moga kita masih diberi peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang dan mendapat beberkatan darinya.
Sempena hari raya yang bakal diraikan esok,saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri. Maaf zahir dan batin buat semau kawan-kawan dan pengujung blog ini. Terima kasih atas kunjungan semua ke blog yang tak seberapa ini. Buat kawan-kawan blog, minta halalkan setiap resepi yang saya copy-paste tu ye...moga kita semua mendapat keberkatan dari apa yang kita kongsikan. Sambutlah hari kemenangan kita ini dengan penuh rasa gembira dan bersyukur, semoga diberkati Allah SWT.




Monday, September 6, 2010

Popia nestum Horlicks

Jejalan rumah kawan2 tertarik dengan resepi ni. Resepi dr Hasue, tq berkongsi resepi. Sedap buat kunyah2 di hari raya nanti...makan sekarang pun sedap gak. Krup krap krup krap...Kat dapur Izah dan Mas pun ada gak resepi ni...Nak buat pun senang je...

Bahan2:
  • 2 bungkus popia
  • 1/2 cawan nestum*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/3 cawan horlicks 2*
  • sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
  • minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng



Cara:
  1. Pisahkan kulit popia satu persatu
  2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
  3. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
  4. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering
  5. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
  6. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..


gulung....


potong...


goreng...

Saturday, September 4, 2010

Pengat Keledek dan Nasi Beringin

Pengat Keledek

Dessert semalam. Permintaan my hubby. Sy main agak2 je letak bahan2 tu.
Untuk resepi boleh kilk SINI





Nasi Beringin

Nasi Beringin resepi dr CMG. OK....sedap nasinya. Makan dengan ayam masak merah. Sy buat sikit je.Takdelah sampai sekilo beras. Puasa-puasa ni masing2 pun makan sikit je. Beras pun sy guna beras biasa je...Terima kasih Cik Mat berkongsi resepi...




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1500 ml santan (kurang lebih)
4 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
150 g minyak sapi
1 camca besar garam
1 camca besar serbuk ketumbar*
1 camca teh serbuj jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*(*bahan rempah)
1 biji bawang besar#
6 ulas bawang putih#
3 cm halia#
50 g badam#(#dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sukat beras tadi...nisbah beras dengan santan = 1 beras : 1 1/2 santan. Ketepikan. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis daun pandan dan serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah. Kacau rata.
  2. Bila terbit minyak, tuang santan yang telah disukat tadi dan masukkan garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras yang telah disukat dalam rice cooker, tuang no. 2 dalam rice cooker tadi dan kacau rata bersama beras. Masak seperti biasa. Bila nasi betul2 kering, gemburkan perlahan. Boleh dihidangkan..






Friday, September 3, 2010

Strawberry Milkshake

Menghabiskan strawberry yg beli kat Cameron Highland masa balik TRG hari tu. (Teringat strawberry kat Adelaide yg manis tu...)

Senang je buat milkshake ni...blend strawberry dan susu dan sedikit gula...boleh klik SINI.



ConTeST SENyuMan @ HaPpy BIrThDay FarIsyah

Sambil2 buat biskut raya tu jom join contest ni...



Anjuran : ..::OnE HaPpy FamilY::..@http://anna-jueanna.blogspot.com
bersempena dengan birthday anaknya Farisyah yg ke 4

Berakhir :
08.09.2010 jam 5.32 petang

KLIK SINI






Ini penyertaan saya:

Nama : Sumaiyyah Ibrisam
Umur : 5 tahun 4 bulan