Monday, June 30, 2008

Ketayap



Anak2 cukup suka kuih ni. Selalu ketayap berinti kelapa...tapi kalau dah habis stok kelapa parut...pakai inti cream castard je. Kat sini kelapa parutnya beli yg frozen jelah. Tupun kat kedai asian glossary je selalu ada...jarang2 pergi sana.






Bahan-bahan:


Untuk kulit:
(mamafami)
  • 2 cawan santan
  • 3 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • secubit garam
  • pewarna hijau

Cara-cara:-

1. Satukan semua bahan dalam blender, blend hingga sebati.
2. Rehatkan lebih kurang 15 minit
3. Letakkan sesenduk adunan dalam pan yg telah disapu minyak.Masak dengan api sederhana, dalam 2-3 minit.
4. Setelah angkat masukkan inti dan gulung kemas. Ulang sampai habis adunan.


Cream custard:-
honey@myresipi.com
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung kastard/jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara:-

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit susu dan kacau supaya tidak berketul.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul sedikit dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega untuk nampak cantik berkilat.

Sunday, June 29, 2008

Portuguese Egg Tart

Selalu buat tart telur yg biasa tu..tapi hari tu ada makan tart ni kat rumah kawan...sedap lak. Senang pulak nak buat. So, try resepi drpd skyblue@myresipi.com. Yumm...sedap...















Bahan-bahan: -

  • 1 sekeping puff pastry segera
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan whipping cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara:-
  1. Panaskan oven, 200ÂșC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali puff pastry) ke dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 9 keping bentuk bulat. Tekan pasty ke dalam bekas/acuan tart. Letak dlm acuan muffin pun blh.
  4. Cucuk permukaan puff pastry dgn garpu.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dlm acuan selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.














yg ni saje je....buat dlm acuan tart yg besar. Letak pisang kat atasnya....sedap gak....

Friday, June 27, 2008

French Bread



Selalu masak ni utk sarapan atau supper. Makan dengan mushroom soup. Memang kena dengan musim winter sekarang ni. Resepi ambil kat buku manual breadmachine.

Bahan-bahan:
  • 310 ml air
  • 2 sudu teh minyak masak
  • 11/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
  • 500gm/31/3 cawan tepung roti
  • 1 sudu teh bread improver
  • 11/4 yis segera
Cara:

1. Masukkan semua bahan ikut urutan ke dlm breadmachine tekan setting utk buat doh. Tunggu siap. Kalau uli tangan pun blh. Satukan semua bahan dlm mangkuk dan uli sehingga jadi doh. Tutup doh dengan plastik cling, biar naik sekali ganda.
2 .Setelah siap keluarkan dan tumbuk doh utk membuang angin. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan bentukan membujur. Atau ikut je saiz yg disukai.
3. Letakkan doh yg tlh dibentuk di atas dulang pembakar yg telah dialas baking paper. Tutup dengan plastik cling, biarkan naik sekali ganda.
4. Kelar doh yg tlh naik dengan pisau yg tajam. Sapukan dengan susu atau telur diatasnya.
5. Bakar dlm oven yg tlh dipanaskan terlebih dahulu 180 C sehingga keemasan.
6. Setelah masak, keluarkan dan sapukan dgn butter/majerin - utk kilatkan roti.


sedap kalau buat galic bread....

Wednesday, June 25, 2008

Ketupat Sotong

Hari tu ada beli sotong...kecil je saiznya tapi try gak buat ketupat ni. Lebih elok kalau guna sotong besar. Ambil resepi drpd hanieliza fotopages. Tq k.liza. Hasilnya...oklah kot sebab anak2 berselera je makan walaupun first time makan. Saya pun dah lupa rasa ketupat sotong yg sedap. Kecil2 dulu je biasa makan. My hubby lagilah...tak pernah makan pun.


kecil molek je ketupat sotong ku....

Bahan-bahannya:

1 kg sotong
400 gm beras pulut [dikukuskan dgn 400 gm santan cair]
5 cm halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
15 gm halba
500 ml santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci - pakai lidi pecungkil gigi je
Gula & garam(secukup rasa)


Cara-caranya:

1. Sotong dibasuh sehingga bersih.
2. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam. Kukuskan separuh masak.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia, bawang, halba, gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih dan agak pekat.

Pretzel lembut



Dulu selalu beli kat kedai depan Jusco Kinta City. Sedap dimakan dengan honey bersama butter/majerin atau apa2 jem pun. Ataupun boleh dimakan bersama cream cheese...selera org putih. Cicah kopi panas pun sedap gak.....

Bahan-bahan:

Doh:- (sumber: Alma -My resepi)

1 ¼ cawan air
1 biji kuning telur

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1/8 sudu kecil lada sulah
3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)

1 sudu besar yis segera


Glaze:-

½ biji putih telur campur ½ sdb air

Topping:-
Sedikit bijan


Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmachine mengikut arahan mesin. Tekan menu utk membuat doh. Tunggu sehingga siap.
  2. Bila doh siap diuli...dah naik, keluarkan tumbuk doh untuk membuang angin. Bahagikan kepada 16 ba hagian. Atau ikut saiz yg disukai.
  3. Gentel setiap satu bahagian membentuk seperti tali yg panjangnya lebih kurang dalam 40-50 cm...agak2 boleh buat ikatan pretzel. Biar ia rehat seketika .
  4. Bentukkan setiap tali dgn bentuk ikatan pretzel. Letak atas dulang pembakar yg dialas dengan baking paper, jarakkan antara satu sama lain dalam 4cm. Biarkan naik sekali ganda. Kat sini tengah winter utk cepat naik saya letak dalam oven bersama sebekas besar air panas.
  5. Setelah naik sekali ganda sapukan dgn campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan.
  6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu180 c selama 15-20min atau warna menjadi keemasan. Keluarkan dan sapukan atasnya dgn sedikit butter/majerin supaya kelihatan berkilat.
  7. Kalau takde breadmachine boleh uli dgn tgn je. Caranya satukan kesemua bahan2 doh dan gau hingga semua menjadi doh. Uli 25 - 30 minit untuk mendapatkan doh yg kenyal dan anjal. Bulat2kan, masuk dalam bekas dan tutup dengan plastic cling dan biarkan naik. Lepas itu ulang langkah 2 hingga selesai.

Pretzel ni lembut walaupun dah sejuk....


My breadmachine. Hubby beli 4 bln lepas kot...Kat sini tak mahal sangat tak dalam AUD 90 rasanya.

Tuesday, June 24, 2008

Nasi Dagang


Oleh kerana dah tahan rindu nak makan nasi dagang, akhirnya beranikan diri utk memasaknya. Last sekali makan nasi dagang kira-kira 2 thn lepas. Nenek masak masa last day kitaorg kat M'sia...siap bawa bekal gi airport. Nilah kali kedua dlm hidup masak nasi dagang....nampak benar pemalas hehehe... Setelah godek-godek komputer cari resepi maka dapatlah masak nasi dagang dalam keadaan serba kekurangan bahan. Alhamdulillah hasilnya taklah mengecewakan. Terubatlah rindu kami.

Bahan-bahan:

Untuk nasi:
sumber :minami133@myresipi.com

4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
1/2 tin santan
garam dan gula
1 sudu besar halba
bawang dan halia (hiris halus2)
air

Cara masak:
1. Beras dibasuh dan direndam serta ditoskan.
2. Panaskan airdalam pengukus. Apabila dah mendidih masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik.
3. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Gaulkan dengan air atau santan cair. Masukkan semula dalam pengukus dan tabur bawang, halba dah halia.
4.Kukus buat kali kedua sehingga naik wap.
5. Angkat dan pindahkan dalam bekas besar dan gaulkan dengan santan pekat yang telah digaulkan garam dan gula..

#saya hanya guna separuh dari resepi kat atas tu.
# cara masak pun diubah sikit.


Gulai Ikan :
Untuk gulai ikan ni main masak je. Banyak bahan yang takde. Macam lengkuas, kerisik dan pakai pun ikan dalam tin...hahaha....

Bahan:

2 tin ikan mackerel
30 gm rempah kari ikan
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan
1/2 biji bawang besar [tumbuk halus]
3/4 tin santan pekat
gula melaka
20 ml air asam jawa
minyak masak untuk menumis

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga naik bau dan masukkan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa.Goreng hingga garing.
2. Masukkan ikan dan santan. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian perlahan api dan masak sehingga gulai naik minyak.


ni kuah untuk budak-budak

Monday, June 23, 2008

Nasi Ayam

Semalam buat makan-makan sikit kat rumah. Menunya Nasi Ayam, pastri berlapis cream dan strawbery jam...dan jagung rebus. Masakan yang senang utk disediakan. Resepinya ikut selera famili kitaorg.


NASI AYAM

Bahan-bahan :
2 ekor ayam
4 tin beras
1 ulas bawang besar(dihiris)
5 ulas bawang putih(ketuk)
2 inci halia(ketuk)
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kiub ayam
kicap cair
garam secukupnya
sedikit majerin
air untuk merebus ayam


Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup dan daun bawang
bawang goreng



Sos Cili

5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
jus lemon
air rebusan ayam
sos tomato
garam dan gula secukupnya



Cara membuat

1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, bungalawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kiub ayam pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 200'C sehingga masak. Nak goreng dalam minyak yg banyak pun boleh.
4. Masukkan beras dan air rebusan ayam berserta sedikit majerin dan garam secukupnya dalam periuk rice cooker dan masak seperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam,kiub ayam dan kentang( jika suka). Masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu.Masukkan daun sup dan bawang serta bawang goreng ke dalam mangkuk sup sebelum hidang.
6. Sediakan bahan untuk sos dan kisar.
7. Sayur dan ayam dipotong kecil.
8. Siap untuk dihidang dan seterusnya dimakan.....




PASTRI BERLAPIS CREAM DAM STRAWBERY JAM
Resepi ni dapat idea dari buku masakan yg dah berabuk sebab dah lama tak buka.

Bahan-bahan:

1 peket puff pastri segera (ada 6 keping)
150 ml Whipping cream
100 ml Strawbery jam
1 biji telur

Cara membuat:

1. Panaskan oven 200 C
2. Alas dulang pembakar dengan baking paper.
3. Letak sekeping pastri dan sapukan telur.Tutup dengan sekeping lagi pastri dan sapukan telur diatasnya.
4. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga perang keemasan.
5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga patri habis.
6. Dah masak keluarkan dan sejukkan.
7. Pukul whippping cream hingga 'soft peak form'.
8. Potong pastri yg dah sejuk tadi ikut selera masing-masing.
9.Ambil sekeping pastri tersebut dan letakkan cream serta jam diatasnya dan tutup dengan sekeping lagi pastri. Macam burger gitu...

Saturday, June 21, 2008

Bismillah.....

Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga hasrat nak ada blog sendiri. Bila duk tengok blog org memang teringin nak ada yg sendiri punya..terutama bila tengok blog pasal masakan. Tujuan blog ni pun memang tempat nak kumpul dan berkongsi resepi-resepi masakan. Bukan sebab pandai masak...baru belajar nak masak-masak pun. Tu pun sebab duk di perantauan ni. Barulah rajin masak...dah terpaksa pada mulanya tapi sekarang rasa macam dah seronok pulak masak. Lagi pun yg duk makan pun ada...anak-anak semua suka makan. Masa kat Malaysia dulu memang malas masak walaupun tak kerja....semua senang dapat.

Sekarang ni tengah kumpul bahan. Masak memang hari-hari tapi tak pernah pulak ambil gambar. Bila semua dah ada insyaAllah akan di update lagi blog ni...