Hari kedua...jalan2 kat Mount Gambier dan bertolak ke Melbourne. Jaraknya lebih kurang 450 km. Saya bangun seawal 4.30 pagi...tak blh tidur. Agaknya sebab dah lama tak berubah tempat tidur. Lagipun hari tu turn saya masak(kami 3 keluarga masak ikut giliran, so adalah masa kita utk rehat...). Masak ayam masak tomato....simple....lauk basah utk cuti2 ni hubby dah beli hari Sabtu tu...simpan dlm box. Sarapan pulak saya gorengkan donat segera yg saya buat sehari sebelum bertolak dan hubby masak scramble egg dan anak2 makan cereal je. Bestnya kalau time cuti2 ialah hubby akan lebih ringan tulang.
Tengah tengok2 cenderahati...
Maklumat dan peta tempat2 menarik kat Mount Gambier....
Kaum bapa bergambar depan kapal
The HMS Lady Nelson kat depan infomation center tu...
Papan tanda tu menceritakan bagaimana terbentuknya sink tersebut....
Lagi permandangan dari dalam 'sink' tu....
Tangga untuk turun ke dalam 'sink' tu....
Anak2 bergambar kat taman sekitar tu...
Destinasi seterusnya....
Blue Lake. Terbentuk dari letupan gunung berapi. Airnya boleh bertukar warna iaitu berwarna biru time summer(Disember- Mac) dan berwarna grey dr April hingga November....masyaAllah cantik sungguh ciptaan Allah. Sekarang tengah summer airnya biru betul...cantik...sejuk je tengok....
Penerangan mengenai pembentukkan
Blue Lake....
Iman bergambar kat jalan bawah tanah utk melintas dari tempat parking ke
Blue Lake.
Dah penat jalan2...perut pun dah lapar kami pun lunch kat tasik kecil berdekatan kat situ. Kat tasik ni tak boleh mandi tapi ada org duk main bot....
cantik juga tempatnya...
deretan kereta kami...dah makan meneruskan perjalanan melalu The Great Ocean Road utk ke Melbourne.
Masa ni Isa mengamuk...dah boring dan penat duk kat seater dia tu...tengok kat luar tingkap tu....gambar lembu2 sedang makan rumput kat padang...permandangan biasa sepanjang perjalanan....
salah satu tempat kitaorg berhenti untuk tengok permandangan lautnya....cantikkan. Tak ingat dah apa nama tempat ni.
Lepas tu kitaorg berhenti kat satu pekan kecil ni... untuk sembahyang jamak dan qasar zuhur/asar. Cantik juga tempat ni...sembahyang kat park tepi tu...org2 putih tengok semacam je...kalau yg tak tahu mesti tertanya2 apalah diaorg buat ni?...kan?
Perjalanan diteruskan. Akhirnya sampai tempat yg dituju... nak tengok The Twelve Apostles kat Port Campbell National Park.
Orang banyak duit bolehlah naik helikopter nak tengok benda tu...
Laluan jalan kaki untuk ke laut....
satu permandangan menarik yg sempat hubby ambil....
Nilah dia
The Twelve Apostles....dah tak 12 dah...banyak yg dah roboh. Cantiknya alam ciptaan Allah SWT.
Permandangan kawasan sekitar.....kami tak lama kat sini kerana cuaca yg agak sejuk...tak tahan woooo....lagi2 si Isa...dah mengigil....kami meneruskan perjalanan ke Melbourne.
Lagi permandangan diperjalanan....kami terpaksa keluar dari The Great Ocean Road dan ikut jalan pintas kerana hari dah nak malam....sepanjang perjalanan jalan pintas tu kami terserempak dengan 3 ekor kangaroo kat tepi jalan. Jalannya macam jalan kat Grik. Hutan kiri dan kanan....
Dah malam baru sampai kat tempat penginapan kami utk malam kedua iaitu
Ashley Garden BIG 4 Holiday Village. Sumaiyyah dan Ismail yg tidur kat kereta terus sambung tidur...keletihan semuanya....