Tuesday, December 29, 2009

Apam

Semalam rajin sikit...lagi pun kesian kat anak2...asyik2 makan roti sapu nuttela je. Tambahan lg terliur tangok apam Kak Rinn Chan, bahan2 pun ada dan nak buat pun senang. maka dapatlah kami minum petang dengan apam ni...yummy!!! Terima kasih Kak Rinn berkongsi resepi...


BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cwn air suam
  • 1 1/2 sudu makan yis segera mauripan
  • 1 camca teh gula pasir

  • 2 1/2 cwn air
  • 3 cwn tepung gandum
  • 5 sudu makan tepung beras
  • 3/4 cwn gula pasir
  • Sedikit pewarna makanan - sy guna panda paste

**Nota:
Sukatan menggunakan cawan (cup) yang standard adalah 250ml. Walaubagaimanapun, boleh gunakan cawan minum teh/kopi yang biasa walaupun ia bukan berukuran 250ml. Cuma, gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan-bahan dalam sesuatu reispi itu.

CARA-CARA:

1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut . Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula dan pewarna ke dalam pengisar. Kisar hingga semua larut.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah kembang. Gaul rata.
4. Tutup bekas dengan plastik atau kitche towel yg bersih. Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.
5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak makan. Boleh alas dasar loyang dengan plastik supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.
8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama 5 minit. Gaulkan dengan sedikit garam.

Tips dr Kak Rinn:
  1. Bancuhan tepung akan lebih mudah larut kalau kita kisar. Kalau bancuh dengan senduk lambat hancur dan mungkin ada tepung yang berbintil2. Nak kena tapis pulak nanti. Kisar aje. Applicable untuk semua bancuhan tepung bagi kuih-muih yang lain seperti kuih talam, kuih lapis, kaswi dll.
  2. Satu lagi, kalau nak potong apam pastikan pisau betul-betul tajam. Potong macam stail menggesek gergaji, jangan ditekan pisau tuu..nanti mampat pulak apam pada tempat potongannya..


sedap dan senang....




Saturday, December 26, 2009

Cleland Wildlife Park

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak pergi Cleland Wildlife Park pada hari Khamis 24/12 hari tu. Tak sangka sbb tak rancang pun nak pergi hari tu...tiba2 ... Ingatkan dah tak berkesempatan nak pergi...maklumlah my hubby memang sibuk tahap gaban dah sekarang...hari ni pun terpaksa pergi Uni. Untuk my hubby, terima kasih tak terhingga, masih sudi curi masa bawa kami pergi jalan2...kami amat menghargainya...luv U!!!



Kat depan pintu masuk park. Harga tiket, untuk family (2 adults + 2 children = $43.50) tambah Sumaiyyah, above 4 years old = $9 dan free untuk Isa.


Masuk2 je tengah ada penerangan pasal ular....sapa nak pegang blhlah pegang...sy takdelah nak pegang...geliiiiii...dengar perkatan ular je dah naik bulu roma ni kan pulak nak pegang. My hubby dgn Ismail je yg berani pegang( setakat usap-usap je lah) ...Nak bergambar mcm kat atas tu pun boleh...



Kat park ni binatang dilepas bebas dalam kawasan berpagar yg besar...kecuali binatang yg mengigit dikurung dalam kawasan yg kecil je.. dan..bebas bagi makan tapi dgn makanan khas yg dijual kat pintu masuk...$3 perpeket.


bagi makan kangaroo...terasa geli2 kat tangan hihihi


jinak2 itki2 kat sini...dah biasa org duk bg makan...


perasan tak ada binatang mcm tikus kat tangah jalan tu...namanya potoroo kat mana2 dia ada...geliiiii. Terpaksa berhati2 sy berjalan. yelah apa taknya rupanya mcm tikus tapi besar mcm arnab....

potoroo


emu bebas berkeliaran...


tamania devil...bunyinya..huhuhuhu...menakutkan.


comel tak???....eeeee....


mcm 2 spesis burung dan itik kat wetland....


koala...


akhirnya dapat juga kami usap koala sambil bergambar...nak bergambar sambil dukung koala kena bayar lain pulak...$30 rasanya...takpelah...


masa nak keluar dr tempat koala tu itik ni sekat kami....dah bg makanan baru dia bg lalu hihihi...


amboi....cium sape tu???? ni jeles ni.....



luas park ni...jenuh juga berjalan sambil melayan budak2 berempat tu...tanya mcm2...



Tuesday, December 22, 2009

Nasi Mandhi dan Ayam Bakar Mandhi

dah lama try resepi nasi mandhi ni...tak ingat dah bila. SEDAP! nak buat pun taklah susah sgt. Tapi sy takdelah letak arang tu...tak rajin, hihihi. Ayam bakar pun serba kekurangan ....terima kasih mamasya kerana berkongsi resepi.

Nasi Mandhi
Bahan:
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.(sy pun sama tak buat pun langkah ni)



Ayam Bakar Madhi
Bahan-bahan ayam:
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....


Sunday, December 20, 2009

Zoo Adelaide lagi....

pintu masuk Adelaide zoo yg lama. Semalam dah masuk ikut pintu baru....


Semalam kami berpeluang ke Adelaide Zoo lg....ni dah kali ke 3 sejak duk Adelaide ni...Anak2 kami memang suka sgtlah pergi zoo, memang sejak dulu lg. Kali ni tujuan utama kami ke zoo sbb nak tengok giant panda, Funi dan Wang Wang yg baru 2 minggu sampai dr China.

punyalah beratur panjang untuk masuk ke tempat tengok giant panda tu...nasib baik dah beli tiket online jadi tak payah beratur beli tiket. Bayaran utk kami stu famili AUD 68...sekali masuk zoo dan tengok panda...


dapat tengok panda pun dr luar cermin...mula2 kami ingat dpt duk pentas ke dan tengok. Rupanya sambil berjalan je tengok dr luar cermin...Kata my hubby, memang kena buat camtu sbb nak kawal suhu persekitaran panda tu....mmm


Wang Wang....lahir 31 0g0s 2005


Funi , lahir 23 ogos 2006



hihihihi...ni pulak 'my panda'....


dah tengok giant panda barulah berjalan2 tengok binatang2 lain tapi tak tengok semua pun sbb dah 2 kali dtg...lg pun perut dah lapar masa tu. Pergi makan kat park sebelah zoo dan lepas tu pergi Central Market beli souvenir, tambahan...hari tu dah beli dah....




Saturday, December 19, 2009

3 hari 2 malam...

Bunyi macam pergi holiday je...mmmm...sebenarnya 3H 2M Isa dan saya bermalam kat wad hi Modbury Public Hospital. Itu yg blog ni kembali bersawang. Sebabnya doktor suspek Isa kena pneumonia. Nak tahu jalan ceritanya bolehlah kilik SINI (malas nak menaip hihihi).
Hari Rabu hari tu discharged tapi masih kena jumpa doktor lg minggu depan utk tengok perkembangan paru2 Isa tu. Setakat ni alhamdulillah dah makin baik, nafas dah tak mcm org megah. Harap2 akan cepat sembuh.

hari mula2 masuk memang teruk batuk dia...kesian sungguh. hari kedua doktor ambil darah ...batuk yg teruk tu sampai tahap bila muntah keluar darah sbb luka2 kat dalam tu..


iman tengah melayan isa...tak sihat pun tetap ceria bila abg2 dan kakak datang.


kalau kita biasanya anak2 batuk kita tak bg makan aiskrim...kat sini nurse siap bg lg(ganjaran sbb makan ubat)...bila isa dah nampak bendanya memang dia naklah....



bila petang bapak pulalah yg jaga Isa, ibu balik mandi-manda dan masak...

yg kelakarnya bila Iman, Ismail dan Sumaiyyah dengan saya kat rumah dia mula komplen pasal bapak diaorg...tak masak lah...takde apa nak makanlah ...itu...ini bla...bla...
dan bila diaorg duk dgn bapak diaorg mulalah komplen pasal ibu dia plak. Ismail ckp dia kadang2 tak faham apa sy ckp kat dia...hahahah...yelah sy mana nak speaking dgn anak2, campur2 blh le...Sumaiyyah pulak ckp selalu kena cubit hihihi...Iman je takde komplen...bila fikir tu hikmah juga tu...blh tahu apa anak kita fikir pasal kita, bolehlah baiki diri...kan?


makan memang tak byk pilihan...menu sedap2 tapi susah nak dptkan yg halal...



Isa dah kena pakai ni...sampai hari ni je tapi...utk cairkan kahak dia, kata doktor....


hari last kat hospital....dah tak sabar nak balik....teady tu doktor kat kasi masa kat emergency hari tu...sekarang jadi teman isa tidur....




p/s: buat kawan2 dan pengunjung blog ni...terima kasih kerana sudi singgah ke sini...InsyaAllah kalau tiada aral sy ziarah kawan2 nanti ye....salam Maal- Hijrah. Semoga tahun ini hidup kita lebih mendapat keberkatan dr Allah SWT



Jap lg nak pergi Adelaide Zoo, nak tengok giant panda yg baru sampai dr China....dah booking tiket minggu lepas...



Friday, December 11, 2009

Assalamualaikum....

Assalamualaikum ....uish, lamanya tak update blog...dah penuh bersawang. Alhamdulillah barang2 kami dah diangkut semalam utk shipping ke Malaysia....lagi sebulan kami pula yg berangkat pulang. Lega sebab 'kerja keras' packing brg berminggu2 dah selesai. Mujahadah sungguh packing barang kat perantauan ni sbb nak tak nak kena juga masak ....tapi masak pun cincai jealah asal kenyang. Terima kasih buat hubby sbb sama2 tolong...dua minggu ponteng, padahal dia pun tengah kritikal. Takpe, lepas ni boleh tumpu sepenuhnya pada tesis abg.

Hidup kami sekarang ala kadar jelah, maklimlah hanya tinggal brg2 yg nak dijual dan dibagi org je dah...brg masak2 pun ala kadar je, so, masak simple je lepas ni...

sebahagian barang2 yg dibawa balik....


Apa nak cerita ye....cerita hal anak2lah...Hari ni juga last day anak2 bersekolah...start cuti summer dan anak2 akan mula suasana persekolahan baru kat kat Tronoh tahun depan insyaAllah...harap2 mereka cepat sesuaikan diri...

Jom layan gambar2 kenangan hari terakhir anak2 sy kat sekolah...


'majlis good bye' utk sumaiyyah dan seorg lagi budak yg nak pindah sekolah....buat sekali dgn graduasi budak2 yg tamat pre-school.


nilah cikgu kesayangan Sumaiyyah, walau dia hanya dtg 2 kali seminggu je...Sumaiyyah memang rapat dan suka sgt dgn cikgu ni...


Iman dan cikgu kelas dia...dah berumur dah...terima kasih sbb byk bantu Iman...


ni pulak Ismail dgn cikgu kelas dia...muda belia lg. Tapi budak2 suka sgt dgn dia...ada seorg budak tu siap ckp kat mak dia yg dia nak kahwin dgn cikgu ni...hihihi... budak2...


kali terakhir main kat playground sekolah...


Nilah sekolah anak2 kami...Para Vista Primary School.


P/S: Buat kawan2 dan tetamu2 blog ni terima kasih masih sudi bertandang ke sini... maaf takde buat kunjungan balas dan membalas komen2....InsyaAllah akan diusahakan nanti...