Thursday, July 31, 2008

Sup Ayam

Sup ayam biasa aje. Beginilah caranya saya masak sup ayam sejak duk Adelaide ni. Dulu kat M'sia selalu masak sup letak sup bunjut atau serbuk sup adabi tu. Kat sini payah nak dpt...nak bawa atau pos dr M'sia blm tentu blh lepas...ikut nasib. Sini ketat sikit kawalan bawa brg makanan ni...



Caranya...tumbuk bawang putih dan bawang besar, tumiskan dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan halia yg ditumbuk dan rempah tumis. Masukkan ayam, sedikit serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, sebuk jintan manis, lada hitam, lada sulah dan rempah kurma. Gaul rata dan masak sekejap. Lepas tu tambah air dan masukkan kentang apabila sup mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa...masak hingga ayam masak dan kentang empuk. Tabur bawang gorang , daun sup dan daun bawang dan hidang.

Sambal Kicap

Ni pelengkap apabila kitaorg makan sup ayam atau sup daging...tak kiralah makan dengan nasi putih ke atau mee.



Cili padi dan bawang putih ditumbuk dan masukkan kicap manis serta kicap masin secukup rasa. Kemudian campurkan jus limau atau lemon.

Wednesday, July 30, 2008

Mushroom goreng

Ni pebret my hubby...masakan simple. Mushroom dibersihkan, dipotong nipis dan lumur dengan garam, kunyit, sedikit serbuk kayu manis (jika suka) dan lada sulah. Lepas tu goreng mcm goreng ikan sampai agak garing. Kalau nak letak sayur lain dan bawang pun blh di goreng sekali.


mushroom segar...gambar ambil kat gepp cross sunday market

Cream de parisienne

Lagi resepi drpd home cooking blog...antara bekal anak2 gi school semalam.


Bahan-bahan (8 biji):

250gm tepung roti
3.5gm (1 1/8 camt) instant yeast
50gm gula kastor
2.5gm (1/2 camt) garam
7.5gm tepung susu
25gm unsalted butter
25gm (1/2 biji) telur
130ml air

1/2 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas roti
bahan hiasan - untuk taburan atas roti

filling :
Saya letak inti kastard. Inti lain pun boleh,inti kacang merah, tuna, sardin, mixed fruits, raisins dan apa2 je.

cara-cara :-

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting dough dan tunggu sehingga siap dalam 1 jam 30 min.
  2. Kemudian keluarkan doh dari BM dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin.
  3. Potong doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan bulat. Biarkan doh rehat selama 25 min.
  4. Kemudian canaikan setiap satu doh dan potong seperti gambar .
  5. Letakan inti di tengah dan gulungkan.
  6. Buat sehingga habis dan susunkan ke atas baking tray yang telah digris. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 - 1 jam.
  7. Sapukan telur ke atas roti dan taburkan bahan hiasan.
  8. Bakar pada suhu 190 - 200C selama 15-20 min atau sehingga keperangan.

# Untuk lebih faham rujuklah home cooking blog.

Pumpkin Pie


Hari Isnin hari tu last day Ismail kindy kat Wandana Pre School. Pindah sek yg dekat dgn rumah...takdelah dekat sgt, 15-20 min jln kaki. Saya pun dpt tugas baru utk ambil Ismail...jln kaki...kuruslah lepas ni hehehe. Nak bawa kereta tak tahu....Bagus juga, nak harap buat senaman kat rumah takdelah kot. So, utk jamuan Ismail saya buatkan bingka labu dan mini pie daging. Alkisahnya adalah pumpkin lebih so sebelah ptgnya buat pie ni. Resepi ambil dr majalah recipes+( ogos).


Bahan-bahan:-
  • Basic shortcrust pastry# - saya guna yg frozen
  • 11/2 cawan labu - kukus, lecek dan sejukkan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang - saya guna gula biasa...takde gula perang
  • 1/2 thincked cream
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • 1 sudu teh mixed spice - saya letak cinnamon je
  • cream - utk hidangan

Cara-cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 160 C/180C - ikut jenis oven. Letak pastry dalam acuan. 'Blind bake' pastry. 'Blind bake' = letak baking paper atas pastry dan letak pemberat seperti dry bean, beras atau pemberat pie. Bakar selama 15 min.
  2. Kalau nak buat hiasan kat atas pie, mcm buat bentuk daun ke..bunga ke...bakar juga dulu dalam 8-10 min. Sejukkan.
  3. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati. Masukkan dlm acuan pastry tadi dan bakar selama 1 jam atau masak. sejukkan pada suhu bilik dan letak hiasan tadi. Hidang bersama cream.

#Basic Shortcrust Pastry
  • 2 cawan tepung gandum
  • 150 gm butter, chopped
  • Air ais
Masukkan tepung dan butter dalam mangkuk, gaul hingga crumbly. Kemudian masukkan 3-4 sudu besar air ais, uli hingga jadi doh yg lembut. Bentukkan bulat dan canai menjadi bulatan lebih besar sikit drpd saiz acuan. Letakkan dalam acuan pie.

Monday, July 28, 2008

Bingka Jagung



Sumber:- Kak.Liza

Bahan-bahan:-

  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 tin jagung krim dalam tin
  • 3/4 cawan gula
  • 1 s/b butter/majerin - cairkan

Cara -cara:-
  1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
  4. Sejukkan dan potong .

Sunday, July 27, 2008

Granny Boyd’s Biscuits



























Ni pun resepi drpd home cooking blog. Resepi yg simple dan yg penting anak2 dan my hubby suka coz diaorg nilah pelanggan utama hehehe....

Bahan-bahan:-

  • 300gm tepung naik sendiri
  • 30gm serbuk koko
  • 250gm unsalted butter - pada suhu bilik
  • 125gm gula kastor
#saya guna sedikit tpg jagung coz tpg naik sendiri dah habis tak cukup 300gm....

cara-cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga gebu dan kembang.
  3. Campurkan tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk koko ke dalam adunan mentega dan gaulkan sebati.
  4. Kemudian buatkan bulat kecil2 atau tekan guna acuan cookies dan aturkan ke atas baking tray. Tekankan dengan belakang garpu untuk mencorakkannya.
  5. Bakar selama 5 min pada suhu 170C dan selepas itu turunkan suhu pada 150C, bakar lagi selama 10-15 min.
  6. Sejukkan di atas wire rack dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Cucur Udang



Hubby nak makan cucur udang...selalu main campak2 je. Tapi kali ni try resepi drpd home cooking blog....sedap.

Bahan2:-
  • 240g tepung gandum
  • 2 camb tepung beras
  • 1 camt baking powder
  • garam, gula dan sedikit serbuk kunyit
  • 2 pokok daun kuchai
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 1/2 - 2 cawan air panas - bukan yg mendidih
  • 2 biji telur
  • 100g udang sederhana besar
  • 100g taugeh - dibuang ekor
#Saya tak letak daun kuchai dan taugeh coz takde

Cara 2:-

  • gaul 9 bahan pertama hingga sebati dan tidak terlalu keras
  • tutup dan biar 30 min
  • campurkan udang dan taugeh, kacau rata
  • goreng didlm minyak panas (yg banyak supaya terendam) hingga keemasan dan garing kulit luarnya
  • angkat dan toskan sebelum dimakan.

Friday, July 25, 2008

Selamat Pengantin Baru

zwani.com myspace graphic comments

Selamat pegantin baru buat my sister.....semoga berbahagia ....


Malam tadi majlis akad nikah adik saya (k.ngah)...sedih juga coz tak dpt bersama diaorg. Bermakna mak dah dpt second menantu...dah bertambah ahli keluarga kami. Alhamdulillah semua berjln lancar.
Disamping berita gembira ada juga berita sedih dr kg...nenek tengah tak berapa sihat. Nikah adik dicepatkan pun atas kehendak dia. Dia rapat dengan family kami. Dia yg jaga masa bersalin ke empat2 org anak ni..malah dia dtg Adelaide masa bersalinkan Isa. Iman yg paling manja dengan dia...cicit sulunglah katakan. Harap nenek akan sihat semula. Lagi setahun kami balik..insyAllah.

Thursday, July 24, 2008

Pengat keledek bersagu

Bahan-bahan
  • 2 biji keledek saiz sederhana- buang kulit dan dipotong kecil
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan biji sagu- rendam
  • 1 tin santan
  • garam dan gula pasir secukup rasa

Cara-cara

Rebus keledek bersama air secukupnya sehingga empuk.Kemudian masukkan biji sagu, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih, gula larut dan biji sagu tlh bertukar jernih. Masukkan santan dan kacau sehingga ia mendidih sedikit dan padamkan api.

Wednesday, July 23, 2008

KUIH KOCI LABU




















Akhirnya dapat juga habiskan labu kuning yg lagi sebiji ni. Buat kuih koci. First time buat kuih ni masa puasa tahun lepas atas permintaan my hubby. Rupanya takdelah payah sangat
membuatnya..nampak je macam payah...


Bahan2 dan Cara2:-


Untuk doh:

  • Labu kuning - potong kecil dan dikukus
  • Tepung pulut
  • Garam
  • Daun pisang yg dilayur - tak pakai pun...
  • Minyak masak

Labu yg telah empuk dilecek. Kemudian masukkan sedikit garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan sehingga terhasil doh yg tak melekat kat tangan..macam buat onde2/buah Melaka. Bahagikan doh kepada saiz yg dikehendaki..leperkan dan masukkan inti tutup rapat dan bulatkan..celup dengan sedikit minyak masak. Kemudian bungkus dengan daun pisang atau plastik atau buat macam saya buat..alas dengan baking paper yg dipotong kecil. Maklumlah payah nak dapat daun pisang kat sini....rasanya oklah..Dah tentu yg dibungkus daun pisang lagi sedap..aromanya tu....lagipun lebih asli. Ulanglah sampai doh habis. Lepas kukus hingga masak.

Untuk inti:

  • kelapa parut
  • gula melaka
  • gula pasir
  • daun pandan
  • air
  • garam






Larutkan gula melaka dengan air dan masukkan gula pasir dan kelapa parut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga hampir kering dan melekit. Disebabkan takde kelapa parut fresh...maka saya gunakan kelapa parut kering. Untuk menambahkan rasa lemaknya saya tambahkan santan sedikit...dan masak agak lama. Beberapa kali tambah air.


Tuesday, July 22, 2008

Mini apam balik-kastad
























Tak tahu nak bagi nama apa....kulit nya pakai resepi apam balik...dalamnya letak krim kastad. Apa2 yg ada unsur kastad memang anak2 suka....

Bahan untuk kulit:- (Ms Oreo@myresipi.com)
  • 2 cawan tepung gandum - guna tepung naik sendiri
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • Sedikit pewarna kuning- tak letak
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Cream custard:-
honey@myresipi.com
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung kastard/jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega/marjerin

Cara-cara:-

  1. Masukkan bahan bahan kering ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit susu dan kacau supaya tidak berketul.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul sedikit dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega/marjerin untuk nampak cantik berkilat.

Sunday, July 20, 2008

Labu

Macam2 jenis labu kuning yg ada...kitaorg beli mana yg murah aje..


Labu kuning boleh dimasak dengan macam2 cara dan khasiat pun banyak. Baru2 ni my hubby beli 2 biji labu..tengah murah katanya...sebiji dah dimasak. Buat masak lemak...cucur dan bingka. Tinggal lagi satu, tengah fikir2 nak buat apa.

BINGKA LABU (Mat Gebu@myresipi.com)
( copy-paste je)

Bahan-bahan (Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm)

  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan - saya guna santan dlm tin
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus- saya kurangkan kpd 150 gm
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


CUCUR LABU
Buat cucur biasa aje...rebus labu dan lecek. Masukkan gandum secukupnya...macam buat cucur pisang.











Saturday, July 19, 2008

Nasi Daging



Terliur tengok nasi ni kat FP K.Rinn membuatkan saya mencuba memasaknya. Sedap...terutama bila makan dengan air asam tu....Ni first time makan nasi ni. Saya copy-paste drpd tuan punya resepi...K.Rinn.

Bahan-bahan :
  • 3 pot beras
  • 1/2 cwn tomato puree cair - saya guna tomato segar + sos tomato
  • 1 cawan susu cair
Bahan-bahan utk stok daging :
  • 500gm daging
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • i camca teh lada putih
  • 1/2 camca teh serbuk jintan manis
  • 1/2 camca teh serbuk jintan putih
  • Garam secukup rasa
  • Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut
* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis :
  • 1/2 biji bawang besar, dimayang
  • 3 biji bawang putih, dimayang halus
  • 1 inci halia, dihiris nipis
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis
Cara-cara:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
  3. Masukkan beras dan kacau seketika.
  4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
  5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.
* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Atau potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.


Air asam :
  • Perahan air asam jawa
  • Bawang besar hiris
  • Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
  • Hirisan cili merah atau cili hijau
  • Belacan bakar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perahan air limau nipis/kasturi


Kitchen Timer


Dapat free beli majalah hari tu....

Friday, July 18, 2008

Dyslexia

Salam semua....

Saya dan suami sekarang sebenarnya tengah mengumpul maklumat tentang dyslexia ni....Kalau sesiapa ada maklumat...atau ada pengalaman mengenai dyslexia harap bolehlah berkongsi dengan kami....

Berikut adalah entry dr blog my hubby mengenai hal ini....


Dyslexia is a learning disability that manifests primarily as a difficulty with written language, particularly with reading and spelling. It is separate and distinct from reading difficulties resulting from other causes, such as a non-neurological deficiency with vision or hearing, or from poor or inadequate reading instruction. Evidence also suggests that dyslexia results from differences in how the brain processes written and/or spoken language. Although dyslexia is the result of a neurological difference, it is not an intellectual disability. Dyslexia occurs at all levels of intelligence. - wikipedia
Ada siapa-siapa out there yang diagnos dengan dyslexia? Aku perlukan pengalaman korang.

Anak sulung kami dilahirkan tak cukup bulan. Lebih kurang 8 bulan. Walaupun begitu, dia membesar dengan baik sekali. Sekarang dah umur 8 tahun. Secara fizikal, takde masalah.

Only recently bila dia masuk sekolah aku perasan dia agak slow dalam pembelajaran. Kami fikirkan ini normal. Mungkin akan ambil masa sedikit bagi dia.

Then aku realize beberapa perkara yang sikit ganjil. Antaranya, bila dia menulis (walaupun meniru aje), tulisan dia terbalik. Macam tengok cermin. Then kami juga realize yang dia agak pelat, tak berapa sesuai dengan umurnya.

Wife aku buat research sikit kat internet dan mendapati anak aku ada sindrom dyslexia.

Now my concern bukan pada anak aku sebab ada dyslexia tu tapi reaksi kawan-kawan dia nanti. Aku teringat masa aku sekolah sampai Tingkatan 3 kat St Michael (Ipoh) dulu ada sorang kawan aku, tak reti membaca. Pada pandangan kami, beliau ni freak. Walaupun dalam bab sosial dia takde masalah tapi bila masuk bab akademik, kami pandang rendah pada dia. Maksud aku, dia masih kawan kami.

My point is, aku tak pasti samada masyarakat di Malaysia dah prepared atau tak dengan mereka yang dyslexia ni. Kat Australia ni no problem. Akademik tak terlalu pushy. Dan cikgu-cikgunya begitu lembut dengan students bab akademik ni. Kalau kamu tak boleh go with academics, you can always go with other areas. Art ke, skill ke...

So anak aku ni dengan sekolah, memang selalu excited je. Aku agak risau kat Malaysia nanti yang terlampau pushy bab akademik ni. If you ask me, aku tak kisah dia tak pass exam pun. Tapi dia punya minat/keupayaan tu dapat disalurkan kepada tempat yang sesuai.

So far, ada satu link je yang ditulis mengenai fenomena dyslexia ni di Malaysia. Maybe concern tu dah start ada tapi masih tak meluas.

Anyway, anak belum diases lagi oleh pakar. Tapi simptom memang jelas sama dengan apa yang dikatakan dengan dyslexia.

Kalau kamu ada apa-apa input, pengalaman etc, please share dengan kami. Yang kami pegang sekarang ialah:

  • Disleksia bukan sejenis penyakit, maka ia tidak boleh diubati.

  • Disleksia tidak disebabkan oleh kecerdasan yang lemah

  • Disleksia bukan masalah penglihatan-



Terima kasih...

Donat Ala J'co

lembuuuut....

Pagi2 lagi Iman (anak2 yg sulung) dah buat permintaan nak makan donat. Maklumlah cuti sekolah...winter lak tu ...makan je lah kerjanya....nak main kat luar pun sejuk. Niat dihati pun memang nak cuba resepi donat kat blog K.Jun ni. Bagi yg takde bread machine memang mencabar sikit buat donat ni....kena sabar ye... pesan K.Jun..hehehe...Tapi takpe , hasilnya memang puas hati.


Bahan A:-
425 gm tepung
7 gm yis - sebab kat sini sepeket yis = 7 gm....alang2.
5 gm garam
300 ml air

Bahan B:-
100 gm tepung
5 gm garam
30 gm susu tepung
65 gm gula
50 gm telur - sebiji
65 gm butter/shortening

# resepi kat atas ni 1/2 drpd resepi asal
# bagi yg takde bread machine blh rujuk cara uli kat resepi asal


Cara2:-

Masukkan semua bahan A dalam bread machine dan tunggu doh siap. Kemudian masukkan bahan B dan ulang langkah menguli sekali lagi. Kali ni hanya tutup dan rehatkan selama 15 minit. Kemudian canai dan biar 10min. Teraplah dengan acuan donut. Saya bentukkan dengan tangan je sebab takde acuan dan rehatkan lagi sekejap....dalam 10 minit. Lepas tu bolehlah goreng hingga kekuningan dan hias ikut suka..



Donut bentuk love.....


Pau Inti Kaya


Pau

Selalu buat pau memang guna resepi ni...berpandukan resepi K.Rinn, tapi dah ubah sikit.
Bawa bekal pergi melawat muzium Adelaide kemarin...jalan2 cuti sekolah....

Bahan2:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 peket dried yis (7 gm)
  • 75 gm gula
  • 50 gm minyak masak
  • 230 gm air

Cara2:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread machine tunggu hingga doh siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin.
  3. Bulatkan adunan ikut saiz yg dikehendaki dan rehatkannya 10-15 min.
  4. Panaskan kukusan. Letakkan inti dalam doh dan tutup rapat.
  5. Lampik dengan baking paper yg digunting mengikut saiz pau atau dengan daun pisang lagi bagus.
  6. Biarkan pau naik selama 1/2 jam dan kukus selama 10 minit, jgn terlalu lama.





Kaya

  • 300 gm gula
  • 125 ml air panas
  • 3 biji telur
  • 300ml santan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 helai daun pandan - takde pun takpe
  • 1 sudu merjerin - untuk kilatkan
Cara2:-
  1. Sediakan gula hangus, ambil 100gm gula dan hanguskan. Tutup api dan masukkan air panas kemudian masak semula hingga pekat .
  2. Kacau baki gula dan telur, masukkan santan. Tapiskan, kemudian tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan tersebut.
  3. Bubuh daun pandan dan masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau sehingga pekat. Masukkan marjerin dan kacau hingga berkilat.

Thursday, July 17, 2008

Isteri Solehah


Isteri Solehah

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”
Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah. Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah. Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya . Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas. Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(Surah Al-A’raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanita Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik. Firman Allah yang bermaksud: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
  1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami
  3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
  4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  9. Sentiasa menghormati keluarga suami .
  10. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  11. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  12. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Artikel ni dipetik drpd blog Ummu Rifaie..sama2lah kita berdoa lagi dan lagi semoga Allah swt memilih kita menjadi seorg isteri yg solehah...

Wednesday, July 16, 2008

Chocolate & Almond Scrolls



Dapat resepi dr majalah, diubah sikit ikut bahan yg ada.

Bahan2:-
Untuk doh;
  • 250 ml freshmilk/air - suam
  • 2 sudu besar butter- cairkan
  • 450 gm/3 cawan tepung roti
  • 1 sudu besar/12 gm dried yeast
  • 2 sudu besar gula caster
  • 1/2 sudu teh garam
Filling;
  • 120 gm roasted almond-chopped - pakai kacang lain pun ok, asal pakai hezalnut
  • 60 gm coklat masak- chopped @ parut
Glaze;
  • 1 biji telur - dipukul sedikit

Cara2:-
  1. Satukan semua bahan kering dalam mangkuk besar dan gaul rata. Buatkan lubang ditengah dan tuangkan susu serta butter cair, kemudian uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  2. Letakkan doh dlm mangkuk yg telah disapu sedikit minyak dan tutup dengan plastik cling/tea towel. Biarkan sehingga naik dua kali ganda (45min-1 jam).
  3. Atau masukkan semua bahan dalam bread machine, tunggu siap.
  4. Setelah naik, keluarkan dan tumbuk utk keluarkan angin dan uli dlm 2 min lg.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil 1 bhgian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan 1/2 bahan-bahan filling, kemudian gulung memanjang.
  6. Potong dengan ukuran 2 cm setiap satu scroll dan letak dalam dulang pembakar yg telah dialas. Ulang sehingga doh yg satu lagi.
  7. Tutup sekali lagi dulang dengan plastik cling dan biarkan scrolls naik dua kali ganda.
  8. Sapu scrolls dengan telur yg telah dipukul sedikit. Kemudian bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 C.
Boleh dimakan begitu sahaja atau tuang coklat cair atau sos kastad diatasnya...

Monday, July 14, 2008

Lesung Batu


Huhu...my lesung batu baru. My hubby belikan, tq very much. Apa jadi pada lesung lama? Hahaha..dah patah 2 anak lesungnya. Ganas betul...Patah masa guna utk ketuk pisau nak potong ikan. Ikannya besar....Lagi pun anak lesung tu tak elok...murah punya..dah retak pun masa tu...

Laksam

My family suka...tapi disebabkan cara membuatnya makan masa maka jarang2 sekali membuatnya. Dulu masa tunggu SPM saya buat ni letak kat kedai. Dapatlah duit sikit...Masa dulu buat adunan utk laksam ni pakai tepung beras dan air kapur makan serta air je...dah tak ingat sukatannya. Tapi kali ni buat pakai resepi daripada joayee@myresipi.com

Bahan2:-
  • 2 cwn tepung beras
  • 3 cwn air
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara2:-

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Kukus selama 10 min dalam tutup periuk/loyang yg telah di sapu minyak.
  2. Bila masak, biarkan sejuk seketika barulah digulung

Kuah

Kat sini susah nak dapat ikan yg sesuai utk buat kuah laksam atau laksa. Selalu pakai ikan mackerel dlm tin je.

  • 250gm ikan mackeral yg dlm tin
  • santan
  • serbuk lada hitam
  • air asam jawa
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • garam dan gula secukup rasa

Kisar ikan, bawang dan halia. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 lain. masak hingga mendidih serta agak pekat.

Laksam ni sedap dimakan dengan ulaman sepeti timun, taugehdan lain2 yg sesuai serta sambal cili.... cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.

Sunday, July 13, 2008

Tok Aji Serban....


Kuih tradisional Trg...macam kelakar je namanya kan? Tapi rasanya yummmy....Atas macam sekaya dan bawah pulut. Tak tahulah adakah ni juga kuih pulut sekaya?....Rupanya dah sama....Semlm buat kuih ni pakai resepi K.Liza

Bahan2 dan Cara2 :-
Lapisan Bawah
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak. Kemudian kukus bersama santan yg diletak garam.
  2. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Lapisan Atas
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula pasir#
  • ½ cawan gula merah#
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 s/t garam

# saya guna gula melaka je...dlm seketul...

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan dan tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
  2. Kukus semula lebih kurang 30 minit.
  3. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


Saturday, July 12, 2008

Bagel


Sedap...sekali rasa macam pretzel...tapi sebenarnya dia ada rasanya tersendiri. Dah byk kali buat, pakai resepi drpd yani@myresipi.com
Saya buat 2 kali ganda dr resepi asal, maklumlah anak ramai

Bahan2:-


  • 400g tepung roti
  • 4 sudu besar gula halus
  • 11/3 sudu kecil garam
  • 11/3 sudu kecil dry yeast
  • 240ml air suam

Cara2:-


  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, uli sehingga menjadi doh yg lembut. Atau masukkan semua bahan dalam Bread Machine.
  2. Bahagikan doh kpd berapa bahagian yg dikehendaki. Saya bahagi kepada 16 ..kecil2 (tukang makan pun kecil2). Tutup dengan kain lembab dan rehatkan selama 5 minit.
  3. Ambil sebiji canai dan gulung memanjang.
  4. Kemudian gentel sehingga panjang lebih kurang 24-25cm.
  5. Tekan pada satu bahagian hujung, biar jadi leper. Kemudian ketemukan dua hujungnya biar bercantum. Bentuk menjadi seperti donat.
  6. Tutup dengan kain lembab. Biarkan naik 2 kali ganda- Lebih kurang 40-45 minit.
  7. Panaskan oven sehingga 210 C. Dalam fry pan, panaskan air sehingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan 1 sudu besar madu. Masukkan pula bagel tadi. Biarkan bagel terendam air selama 30 saat utk setiap permukaan. Hiaslah bagel ikut selera masing2.
  8. Bakar bagel selama 13 minit.
#Resepi asal ada ditunjuk cara step by step.

Thursday, July 10, 2008

Donat berkentang


Bahan2:-
  1. 2 1/2 cwn tepung- resepi asal guna 2 1/4
  2. 2 sudu teh instant yeast
  3. 1/2 cwn air + fresh milk - warm
  4. 1 biji telur
  5. 2 sudu besar marjerin
  6. 2 sudu besar gula - resepi asal 3 sudu besar
  7. 2 sudu besar mashed potato
*resepi asal ada masukkan garam dan esen vanilla
** resepi asal drpd MOZIHFA'S fp

Cara2:-


Uli semua bahan2 sehingga menjadi doh yg lembut (saya guna bread machine). Biar doh naik satu kali ganda. Bentukkan doh. Biarkan seketika... naik satu kali ganda(jgn terlalu naik).Kemudian goreng. Hiaslah ikut selera masing2....

Tuesday, July 8, 2008

Kuih Bakar Pandan


Mudah, senang dan sedap...bak kata tuan punya resepi ni zana08@myresipi.com
Sepetang je dah habis....

Bahan2:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula - guna 3/4 cawan je
  • 1 cawan air pandan - guna pandan paste je + air
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat) - guna fresh milk
  • 3 biji telur - guna 2 biji je...dah habis stok...
  • Sedikit pewarna hijau - tak letak coz pandan paste dah warna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara 2:-

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan blender hingga sebati
  2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  3. Bakar dalam oven pada 180 C hingga masak.

Mussel Goreng

Goreng simple je...

Hiris sedikit bawang putih, bawang besar dan halia, goreng hingga naik bau. Masukkan sedikit sos tiram dan buah tomato yg dipotong 4. Goreng sekejap...lepas tu masukkan mussel dan jus lemon( letak byk sikit) dan garam kalau perlu. Masak hinga mussel tu terbuka....
Boleh diratah macam tu je atau makan buat lauk nasi....

Sunday, July 6, 2008

Pulut Kuning


Utk anak2 ku...pulut kuning dgn daging masak kunyit....


Hubby takde kat rumah...so, masak ikut selera anak2. Diaorg memang suka pulut kuning ni...apa2 pulut pun sebenarnya. Resepi asal drpd umi_e@myresipi.com

Bahan-bahan:-

  • 2 cawan beras pulut
  • 200ml santan dlm tin - jgn campur air
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh dan rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning.
  2. Toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak.
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan garam dan gula secukup rasa ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata.
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.

MUSIM SEJUK BAGI MUKMIN

Sekadar renungan bersama,

MUSIM SEJUK BAGI MUKMIN
Perubahan empat musim dalam setahun sewajibnya mengingatkan kita kepada hari Akhirat. Bahang musim panas mengingatkan pada seksa neraka, Sejuk yang mengcengkam mengingatkan kita kepada keperitan neraka sejuk. Musim luruh pula, manusia mengumpul hasil-hasil baki buah untuk disimpan dirumah, mengingatkan kita untuk mempersiapkan bekalan untuk hari kemudian. Seterusnya musim bunga adalah musim yang paling indah mengingatkan kita kepada kesenangan dan nikmat syurga.

Patutlah Ibnu Mas’ud RA mengalu-alukan kedatangan musim sejuk dengan berkata ;
“ Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa.”

Nabi SAW juga bersabda :
” الشتاء ربيع المؤمن“.زاد فى رواية : ” طال ليله فقامه، وقصر نهاره فصامه“
Yang bermaksud ; “ Musim sejuk adalah musim bunga bagi orang beriman.” Ditambah dalam riwayat lain; “panjang malamnya, lalu dia berqiamullail padanya, pendek siangnya, lalu dia berpuasa padanya.”
Ini kerana orang yang beriman dapat mengecapi kemanisan ketaatan di kebun ibadah. Pahala berpuasa di siangnya adalah ‘ghanimah sejuk’ sebagaimana di dalam hadis riwayat Tirmizi :
” الصيام فى الشتاء الغنيمة الباردة“
Dia dapat berpuasa pada siang harinya tanpa keperitan lapar dan dahaga kerana cuacanya yang sejuk dan tempoh siangnya pendek .
Qiamullail menjadi senang pada musim sejuk kerana tempoh malam yang panjang memberikan peluang kepada kita untuk tidur secukupnya, dan kemudian bangun beribadat pada sebahagian malamnya. Kelebihannya sangat besar sebagaimana kata Ibnu Rejab RA :
” قيام ليل الشتاء يعدل صيام نهار الصيف.“
“ Bangun malam pada musim sejuk menyamai puasa di siang musim panas.”

Namun, kita tidak hanya dituntut melakukan ibadah-ibadah khusus. Bahkan, di musim sejuk ini, menjadi kewajipan kepada orang beriman untuk membantu golongan faqir miskin dan mustadh’afin seperti rakyat Palestin, Iraq dan Afghanistan yang hidup dalam kedhaifan dan serba tidak cukup bekalan seperti pakaian, selimut dan makanan di musim sejuk yang mengcengkam tulang sum-sum.

Sabda Nabi SAW :
“ Barangsiapa yang mempunyai lebihan daripada bekalan, maka peruntukkanlah kepada orang yang tidak mempunyai bekalan.”

Berkata Saidina Ali KWJH :
“ Sesungguhnya Allah Taala mewajibkan ke atas orang kaya pada harta mereka kadar yang mengcukupkan keperluan golongan faqir di kalangan mereka...Dan menjadi hak kepada Allah untuk menghisab mereka di hari Akhirat dan mengazab mereka di atas perkara tersebut.”
Artikel asal di sini


Summer kat Adelaide ni kadang2 boleh capai 40 C....itu pun dah tak tahan perit panasnya...macam mana panas api neraka?? Ya Allah...peliharalah kami daripada azab api neraka..amin. Sekarang tengah winter....semoga diri ini dapat menggunakan kelebihannya....

Saturday, July 5, 2008

Baked Sandwich dan Puding Roti

Baked Sandwich
Senang dan cepat disediakan. Anak2 pun suka sebab rasanya ala2 pizza. Dapat idea dr resepi asal kat fotopages K.Rinn. Tapi intinya pakai ikan mackerel dlm tin je. Nak cepat sebab anak2 dah merungut lapar.





Bahan2 dan cara membuatnya:-
Kulit:-

  • Roti sandwich (15 keping) - dibuang kulit tepi dan digelek sampai nipis dan dimasukkan dalam acuan muffin/tart
Inti:-
  • 2 ketul ikan mackerel yg dalam tin
  • jus lemon
  • lada sulah
  • 1 tin mushroom-dihiris
  • cheese secukupnya

Ikan dihacurkan dan digaul dengan jus lemon dan lada sulah secukup rasa. Masukkan kedlm acuan yg telah diletak roti tadi. Kemudian letakkan mushroom. Anak2 saya suka mushroom ni so, saya lebihkan . Lepas tu tabur cheese dan bakar dalam oven sehingga cheese cair.



Puding Roti



Lebihan kulit roti dari baked sandwich tu dibuat puding. Main agak2 je letak bahan. Kulit roti tu direndam dengan 500ml susu segar sekejap sampai kembang. Kalau perlu tambahlah lagi roti. Pukul 2 sudu besar majerin, 4 sudu gula dan 2 biji telur dalam mangkuk lain. Letak sedikit esen vanila. Masukkan roti yg telah direndam dlm mangkuk tersebut dan gaul sebati. Seterusnya masukkan dalam acuan dan bakar dalam oven hingga masak. Sedap dimakan dengan sos kastad.


Sos Kastad:-
  • 200ml susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar kastad
  • esen vanila

Campurkan 2 sudu besar susu dengan kastad dalam mangkuk, gaul sebati. Seterusnya masukkan baki susu, gula dan esen vanilla, gaul sebati. Masak dalam mikrowave dalam 3 minit atau ikut kepekatan yg disukai. Setiap seminit kkeluarkan dan kacau.

Meat Ball


Bahan2:-
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan bread crumbs
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sos mint
  • sos worcestershire
  • lada sulah- secukup rasa
  • garam-secukup rasa

Cara2:-

Caranya mudah je. Gaul semua bahan dalam mangkuk hingga sebati. Bentukkan jadi bebalo kecil. Selepas tu goreng dalam kuali non-stick sampai masak. Kalau suka, boleh masak lagi dengan sedikit sos tomato dan sos worcestershire atau letak dalam sos spaghetti.

Friday, July 4, 2008

Acar telur


Hari tu peti ais dah kosong kehabisan stok lauk. So, mencuba resepi telur daripada Mat gebu ni...sedap. Diubah ikut bahan yg ada.....

Bahan-Bahannya :-

5 biji telur -direbus dan dikupas kulitnya
2 bawang putih, hiris
1 biji bawang besar- 1/2 ditumbuk halus,selebihnya dibelah 4
2 biji cili merah
1 sudu kecil sebuk jintan manis
1 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :-
  1. Telur yg telah dikupas digoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cuka, kicap, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga sebati.

Thursday, July 3, 2008

Mini pie daging




Ada baki daging cincang yg dah dimasak untuk makan dengan buritto masa sarapan. So, godek2 lah pc mencari resepi untuk habiskannya. Dapatlah idea dari
skyblue@myresepi untuk masak resepi ni.

Bahan2:-
1. Inti daging: cara sendiri-lebihan yg dah ada
  • 250 gm daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar-dicincang
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sos worcestershire
  • sos mint
  • lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan cream mushroom sup
Masak daging hingga kering. Tak pakai minyak sebab daging dah berminyak. Masukkan bawang,masak hingga layu. Seterusnya masukkan semua bahan2 lain. Masak sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sup dan masak hingga pekat..hampir2 nak kering.


2. Mashed Potatoes
  • 2 biji kentang
  • 1 sudu besar mentega
  • 3-4 sudu besar susu segar
Rebus kentang hingga empuk. Lenyek kentang (masa masih panas) tadi bersama mentega dan susu, kacau sebati.


3. Kulit
  • puff pastry (segera) secukupnya
Potong untuk masukkan dalam acuan.

Cara masak:-
  1. Masukkan pastri yg sudah dipotong dan diletak dalam acuan ke dalam oven. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 C. Masak selama 20 minit atau sehingga keemasan.
  2. Masukkan 1 sudu besar inti daging dan 1 sudu mashed potatoes ke dalam pasti. Taburkan sedikit lada hitam atau lada sulah diatasnya dan masukkan ke dalam oven lagi untuk 10 minit.

Tuesday, July 1, 2008

Honey soy chicken wings dan spaghetti goreng tomato
















Dinner semalam....



Honey soy chicken wings
















Bahan2:
  • 1 kg kepak ayam
  • 1/3 cawan kicap manis #
  • 1/3 cawan kicap masin#
  • 2 sudu besar madu#
  • 3-4 ulas bawang putih-cincang#
  • 2 sudu makan jus lemon
  • lada sulah#
  • bijan
Cara2:-
  1. Bersihkan kepak ayam dan lumurkan dengan jus lemon.
  2. Satukan bahan bertanda # dalam mangkuk besar, kacau sebati dan lumur pada ayam tadi.
  3. Perap ayam untuk 4-5 jam. Semalaman lagi bagus.
  4. Susun kepak ayam di atas dulang pembakar dan taburkan bijan.
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200C sehingga masak

Spaghetti goreng tomato















Bahan2:-

  • 250gm spaghetti-direbus dan ditos
  • 2-3 biji tomato-potong dadu
  • 8-10 biji olive tanpa biji-cincang
  • 1/2 biji capsicum-cincang
  • 2 sudu besar oregano
  • jus lemon
  • bunga kobis
  • daun bawang
  • lada sulah
  • lada hitam
  • garam
  • bawang besar dan bawang putih untuk ditumis
  • Minyak masak untuk menumis
Cara2:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan tomato, masak hingga layu. Masukkan sayur2 lain, masak sekejap.
  3. Masukkan spaghetti, kacau sebati.
  4. Masukkan lada sulah, lada hitam, garam dan jus lemon secukup rasa serta oregano.