Monday, June 28, 2010

Mandi manda di kolam

Minggu kedua cuti sekolah hari tu kami sempat balik ke Terengganu. 2 minggu cuti-cuti, penat masih belum hilang. Anak-anak pun ponteng sekolah seminggu.Dalam sibuk pergi rumah kenduri tu sempat jugalah ikram anak-anak pergi jalan-jalan. Sebab kami akan tinggalkan diaorg kat kg dan honeymoon ke jb hehehe....(alhamdulillah tercapai juga hasrat kami berhoneymoon walau pun sambil - sambil hubby buat kerja...)

Mehlah layan keseronokan diaorg mandi kat kolam kat pusat sukan sebelah 'Masjid Terapung" Kula Ibai tu...

Bukan main seronok diaorg. Maklumlah dah lama tak dapat mandi manda macam tu...sejak balik Malaysia ni...


Isa geng dengan Sumaiyyah....


Iman dengan Ismail


jump Ismail! jerit bapak...



Punyalah susah nak ajak diaorg balik. Terpaksa pujuk dengan makan di A&W kat Batu Buruk. Lepas makan ronda-ronda kejap kat pantai....

Diaorg duk pujuk bapak belikan kite...Ben 10 jadi pilihan....


naik tinggi kite diaorg....




Itu je crita untuk kali ni...InsyaAllah bersambung lagi...




Wednesday, June 9, 2010

Apom Lenggang

Terpandang kuih ni masa ziarah dapur kawan-kawan kat FB pun ada kawan letak gambar. Tak pernah makan apam ni...so, terujalah nak merasa. Resepi dr dapur Hana. Hana pulak intai dr dapur mas. Terima kasih berkongsi resepi.


Bahan-bahan

* 300g tepung beras
* 270 ml santan pekat
* 1 sudu kecil yis kering
* 60g gula
* 1/2 cawan nasi
* secubit garam


Cara-cara

1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
3. Rehatkan selama 1 jam.
4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
5. Lenggangkan merata didalam kuali. 6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.
7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.




Lemak manis rasanya. Sedap terutama makan masa panas-panas....



Tuesday, June 8, 2010

Ayam Bakar Mayonis (2)

Lauk lunch dan dinner semalam. Sedap. Anak-anak ratah je ayam ni... Resepi ceduk dr dapur Hana. TQ berkongsi resepi....



Bahan-bahan

  • 8-10 ketul kepak ayam - sy guna semua bahagian ayam. tapi yg posing peha je hehehe...
  • 4cm halia - parut
  • 4 ulas bawang putih - parut
  • 1 sudu besar madu - leh add
  • 1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
  • 1 sudu kecil blackpepper
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ½ sudu besar mayonis
  • Butter@minyak zaitun@minyak masak
  • garam
Cara-cara
  • Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
  • Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
  • Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
  • Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
  • Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.


untuk semalam saya bakar kat dalam kuali je...itulah hasilnya. Tetap sedap.




Wednesday, June 2, 2010

Ayam ala Kassim

Ni dia rupa ayam ala kassim. Dah beberapa kali masak resepi ni...alhamdulillah sedap. Suami dan anak-anak suka. Resepi asal dr Azura Suhaimi @ MyR tapi sy ternampak ayam ni masa jalan-jalan cari resepi kat dapur KAK JUN . Terima kasih
kerana berkongsi resepi. Dah ramai kawan- kawan lain yg sudah mencuba ...



Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)

Bahan2 kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
  4. Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
  6. Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2 (*akak makan dengan nasi pudina - nanti akak letak resepi nasi tu eh..)
    note: masakan lama, senang dan sedap