Tuesday, July 28, 2009

Alhamdulillah dah selamat sampai.....


Alhamdulillah...setelah seminggu dalam perjalanan akhirnya tiba dgn selamat bungkusan dr kg ni...Apa yg specialnya bungkusan kali ni?....jom kita tengok...



Ni dia...lempuk durian!! Sebelum ni takut2 famili kat lg nak hantar ...takut tak lepas...tapi kali ni nekad. Alhamdulillah lepas! Serunding ikan pun lepas. Hari tu pernah dah hantar serunding tu tapi adik lupa nak label...maka tak lepas. Yang lain biasalah...keropok keping dan dodol. Beria mak dan nenek saya nak hantar lempuk tu sbb durian tu dr pokok kat kebun saya(walau bukan saya yg tanam pun hihihi). Nak juga bagi kami kat sini merasa....pilunya....tak dpt durian lempuk pun jadilah....



Ni note yg biasa kastam selit dalam bungkusan yg telah dibuka utk diperiksa. Yg oren tu surat yg nyatakan semua bahan kat bungkusan tu 'selamat'. Kalau diaorg ada 'tahan' barang, dia akan bg surat kot2 kita nak hantar balik brg tu kat pengirim(kena bayar) atau hapuskan je...

Happy b'day to Cik MIn....

Selamat hari lahir buat Cik Min...moga hidup sentiasa dirahmati Allah SWTdan bahagia bersama keluarga tercinta serta ahli baru yg bakal tiba...mmmuah!
Terimalah kad yg kat bawah ni ikhlas dr saya...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ayam goreng mamak style

untuk dinner semalam. Makan dengan nasi karot dan sup ayam. Sedap! resepi dr Kak Jun tapi saya ceduk drdapur kak ain...Tq buat akak 2 org ni coz berkongsi resepi....


bahan2:
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - tiga
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana - saya guna kepak ayam


Cara-cara


  1. blendkan bawang putih dan halia.
  2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!
yang ni yg goreng pagi ni...lagi sedap sbb perap dr semalam...
tu keraknya tu memang sedap!!! kan kak ain??




* semua anak2 demam...alahai....moga diaorg cepat baik...


Monday, July 27, 2009

Karipap Inti Sedap

Resepi dr Hana...terima kasih hana berkongsi resepi. Kelainannya yg ketara sbb ada telur rebus...kali ni saya buat ganti rempah kari dgn rempah kurma sbb dah habis stok...
Sesuailah dgn namanya...sedap!!



Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
  • INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari
  • daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
  • 21/2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)




Friday, July 24, 2009

Kek Coklat Kak Nor Trg....

Buat minum petang tadi...sedap!!!! dan nak buat pun senang. Resepi dr Kak Nor tapi copy-paste dr dapur Ita nun di Jepun sana. Terima kasih berkongsi resepi....Buat separuh adunan je tadi sbb nak cuba.....


Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

* 250gm butter
* 1 cawan gula castor
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur (A)
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 cawan susu segar suam
* 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
* 3/4 cawan serbuk koko
* Utk choc ganache:
* 150gm coklat masakan
* 1 sudu besar susu pekat
* 1/4 cawan air panas
* 1 sudu besar butter

Cara-cara

1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.




Tak sempat nak tunggu betul2 sejuk pun...anak2 dah menunggu dgn piring masing2....




Wednesday, July 22, 2009

Happy B'day to Kak CT Delima....

Hari ni b'day Kak CT Delima...
Kak CT, Selamat Hari lahir....semoga kehidupan akak sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT. Terimalah kad ni ikhlas dr saya...mmmmuah!!!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, July 21, 2009

Asam Pedas ayam.

Lauk semalam...saya memang hantu dgn asam pedas ni...tak kira ikan ke ayam ke. Paling suka asam pedas Johor ...terutama kalau FIL saya masak...mmm ternigat2lah pulak.
Resepi asam pedas ni saya ambil dr fidadaud@myresipi.com...halalkan ye...Terima kasih berkongsi resepi...


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

  • 1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 50gm daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam. Gaul sebati
  6. Tambahkan air
  7. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam



Ni pulak pencuci mulut semalam....cuaca semalam agak panas sikit...nyaman tekak...



Sunday, July 19, 2009

Jejalan kat city....

Hari Jumaat hari tu dapatlah bawa anak2 jejalan kat Adelaide city....kesian diaorg citu sekolah ni tak dpt pergi mana2. Mkalumlah cuaca tak menentu...hujan je, bila panas sikit bapak diaorg pulak yg sibuk. Jom layan antara gambar hari tu...


Kami pergi naik bus...jimat duit bayar parking. Lagipun bukan senang nak cari parking. Untuk Isa ni kali pertama dia naik bus. Last sekali kami naik bus pergi jejalan adalah masa baru2 sampai dulu hihihi...dah lama tu...


Sampai kat city kami naik tram utk pergi ke Central Market.



tengok tu buah manggis...AUD 2 sebiji...takpelah tunggu thn depan jelah...



Lepas tu kami balik semula ke pusat bandar...jejalan kat Rundle Mall. Biasalah bila cuti sekolah byk gak aktiviti kat sini....

Sumaiyyah nak buat face painting ni tapi kena beratur panjang...dua kali kami dtg. Takpelah lain kali jelah Sumaiyyah....

bergambar je...nak naik kena beratur panjang gak...

berhibur....


Dah lapar, rehat dan makan kat park sebelah Uni Adelaide. Makan kue tiaw goreng dan ayam goreng je....Mulalah teringat kat M'sia kalau pergi jejalan mcm ni, tulah time nak makan kat luar....KFC, Mc Donald...Pizza Hut ke...



Tengah2 makan tu adalah datang 'tetamu'...mula2 burung merpati...lepas tu itik2. Ini kes budak2 tu campak chips konon nak bagi makan...lepas tu datang yg ini lak...


yang lain semua takut nak pergi dekat Ismail je yg berani...

lepak kat Uni Adelaide sementara tunggu bapak sembahyang Jumaat. Lepas tu kami pergi Rundle Mall lagi sekejap dan balik....


Saturday, July 18, 2009

Bakso

Dinner semalam ni...penat balik dr jln2 kat city, so masak yg simple je...Resepi dr che'iza@myresipi.com . Untuk resepi blh klik SINI.

Salmon Panggang

Resepi dr TryMasak...sedap. Kami mkn dgn nasi panas sekali dgn sup ayam. Kat pinggan tu salmon sekali dgn terung bakar.



Bahan2:

  • Filet ikan salmon (1 potong)
  • Lemon diambil jusnya (1/2 biji)
  • Air (1/3 cawan)
  • Kicap (1/3 cawan)
  • Minyak sayuran (1/4 cawan)
  • Bawang putih dicincang (2 ulas)
  • Gula perang (3 sudu besar)
  • Garam (secukup rasa)

Cara2:

  1. Campurkan air, kicap, minyak sayuran dan gula perang. Kacau sebati.
  2. Perap filet ikan salmon bersama garam, bawang putih, jus lemon, dan adunan sos tadi.
  3. Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya dua jam.
  4. Goreng salmon bersama bahan perapannya hingga salmon masak dan kuahnya kering.