Tuesday, May 24, 2011

Donut Inti Kastard

Assalamualaikum. Sudah lama benar tak uppdate blog. Apa sudah jadi?? Takde apa-apa yg jadi. Cuma tiada resepi baru yg dicuba...:). Semalam saya buat donat berinti kastard. Yummmy! sungguh sedap. Anak-anak saya yg suka sos kastard lagilah suka. Banyak biji juga yg dapat untuk satu adunan resepi kat bawah ni. Cuma untuk sos tu saya doublekan sebab nak letak banyak sos kastard :)). Siap boleh jamuanak-anak jiran yg senang main-main kat depan rumah lagi...puas sebab diaorg makan dengan penuh berselera.



Ini hidangan untuk my hubby....yg tengah bz sekarang...uruskan visa. Huhuhu...saya bakal ditinggalkan untuk waktu yg agak lama dan jauh pulak tu...:(.



Inilah untuk anak-anak jiran yg sedang main-main depan rumah...

Resepi saya donat ni dr dapur kak Ct Delima.Tapi sy copy dr dapur Mas, Terima kasih berkongsi resepi ye... Sedap!.


Donut Inti Kastard


Bahan :

  • 280 ml air
  • 300 g tepung roti ( high protein flour )
  • 200 g tepung gandum ( plain flour )
  • 10 g garam halus - secubit
  • 60 g gula
  • 20 g susu tepung
  • 1/2 camca besar baking powder
  • 3 1/2 camca teh instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50 g lemak sayur @ shortening


Bahan Kastard :
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar
  • 15 g butter
  • 2 sudu kecil esen vanila


Cara membuat inti kastard :
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whish dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.


Cara membuat donut :

  • Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
  • Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
  • Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
  • Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
  • Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
  • Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Boleh lihat cara2nya DISINI.
  • Selamat mencuba.....


19 comments:

kakchik said...

Salam Suzi. Lama kakchik tak singgah tapi hari ni macam terbau-bau je bau donat tu. Nampak sedap. Tak pernah makan lagi donat berinti ni. Sedapnya..

kakchik said...
This comment has been removed by the author.
I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

kite wat donut jarang menjadi..huhuhu

izahdaut said...

akak.. kalau goreng kastard tu terkeluar ke? ishh nak try la donut ni. tapi belum nak mendonut lagi ni. apa pun donut akak buat tu nampak mcm kat kedai bakery la

Suzi said...

kak chik,
sedap! trylah buat kak chik. sy nak bg pun dah habis dah hehehe...

cida,
jgn putus asa...try lg dan lg :). cuba ikut sikatan betul2...

izah,
letak sos kastard lepas goreng so, takde masalah..
sedap tau izah...yg suka sos kastard patut try buat...:)

nuwairani ismail said...

salam kunjungan n salam perkenalan kak suzie.baru smlm sy buat inti kastard resepi kak ct delima.best sgt2.tp yg x bestnya tu sy x buh dlm inti donut (sbb nk cepat siapkan bekal) tp masukkan dlm roti croissant.suke inti kastard ni.

atie @ ejay said...

sedap tuh..ntah bila nak cuba:)

dina said...

macam dunkin donut le kak... yummy2!

Deliah's Deli said...

suka yg ada filling2 gini.sedap sgt. bl dgigit terus meleleh filling dia mmmm nyaman! :)

Suzi said...

nuwairani ismail,
tulah ...sedap kan. bagus juga idea tu letak kat roti...puff pun blh kot...yummm

atie @ ejay ,
trylah...berbaloi...:)

dina,
lg puashati mkn hehehe..

deliah,
yes! setuju...samalah kita.:)

mama Tiara said...

kak..saya mesti try ni.anak sulung saya tu suka makan kastard ni.tq

GreenJade said...

salam sis...rindu resepi2 tbaru sis hehe

tq kasi step link tuh yea..mau terai test utk sok nye bfast nih hehehe*hugsss*

ninie.n.(kdg2)ami said...

k.suzi saya nak tanya kelas masak kek -cheese kek/tiramisu tu boleh share details tak? saya ada add k.zuzi kat fb guna id 'faridahdaim' through k.ja/haizadaud. dekat giat mara mana eh, ke date saya dah terlepas dah?

-nini

bobhandburry said...

Salam kunjungan... teruskan berbloging.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

bonda_tie said...

macam kat big apple la rupe die...

rose@ila said...

sedapnyeeeee...
dahla baru rini stat pose rejab, ish..dah terbyg2 kartd sos tuh...sabarrrr leh cbe ptg nih wat bebuka, bdk2 mesti suka.makasih sudi kongsi :)

niena shopping2u said...

cam dunkin donut :)

Mariani said...

nampak menyelerakan :) pasti sedap.. seronok tgk org buat donut menjadi

Deliah's Deli said...

slmt myambut ramadan suzi n keluarga..smg sihat2 sll. :)