Thursday, November 25, 2010

Apam Kentang

Menu petang semalam. Baru sempat nak masuk blog. Sedaplah apam ni! Kami suka. ramai dah kawan2 yg buta resepi apam ni. Apam sy warna pink sbbnya pandan dan pewarna hijau takde...
Resepi ni saya ambik kat dapur Izzah...Thx Izah berkongsi resepi.


Bahan-bahan:

* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste - kali ni sy letak sirap ros sbb tade pewarna hijuan dan pandan.
* 250 ml santan.


Cara-cara:

1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Gebu dan lembut je apam ni. Antara kawan2 yg dah cuba resepi apam ni, MokWo, Yatie dan ramai lagi.

4 comments:

izahdaut said...

sedapkan apam ni... wangi dan gebu je... lawo gak warne pink kan..hehehe..slamat menjamu selera

mummyseri said...

KAK suzi..
kite nak cuba nant..ada kentang semestinya sedap n lembut;)

hana said...

sebenonyer aritu nak wat apam kentang.. tp mls beno nak rebus kentang. tuh yg jd apam nasi tuh! haha... nanti nak cuba juga resepi nih..

Mas said...

wah kak, cantiknya apam..nnti nak wat gak la....