Friday, July 2, 2010

CHICKEN CHOP

Lunch 2 hari lepas...ubah selera. Resepi dr Fp Kak Rinn Chan. Alhamdulillah kena dengan selera....Terima kasih Kak Rin, sy copy pasteresepi ye. Ada ubah juga sikit....ikut bahan dan selera...

CHICKEN CHOP
Altered recipe based on 1 whole chicken

Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 6
Tepung gandum, utk menyalut ayam
2 biji telur, utk mencelup ayam

Bahan perap :
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar -sy tak letak sbb takut pedas...kesian kat anak2.
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam. (Rinn perap 1 1/2 jam jer.. )
2. Golekkan ayam ke dalam tepung gandum.
3. Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
4. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.

Bahan hiasan: - hehehe...letak sayur yg ada kat peti ais je...
Broccoli, dicelur
Carrot, dicelur
Baby Corn, dicelur
French fries
Coles slaw
**(Cincang kobis dan sedikit carrot. Campurkan mayonese, sedikit krim putar, sedikit gula dan perahkan sedikit limau kasturi/lemon)

SOS LADA HITAM
1 bawang besar, dicincang halus
3 bawang putih, dicincang halus
4-5 sudu besar serbuk lada hitam, boleh adjust ikut kepedasan.. - guna sos lada hitam.
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 cawan air rebusan daging - letak serbuk pati ayam + air
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1 1/2 camca teh garam
1 sudu besar gula
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu dan wangi.
2. Masukkan air rebusan daging.
3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.


6 comments:

ain said...

sedapnya homemade cikencop!! lama gak akak tak mkn cikencop ni. mlm kang cari cikencop la.hihi

hazeleyed lady said...

Thanx for sharing sis.
Good day

GREENJADE said...

err ade simpan utk saye tak? nnti kite amek kut pintu blkg yek hehehe

shedap2..x lalu makan gini mmg best layan ciken cop :)

ilahjy said...

salam suzi lama tak bual..

boleh akak tempah seset hehehe..sedap nampaknye..akak blom pernah cuba..men ode jer bila anak2 nak makan..hehe.. pada hal senang jer..

cheryna zamrinor said...

lamanye tak try resepi kak suzi!
rinduuuuuu...lama betul tak dtg blog nieh. masuk2 je trus tgk chicken chop:)

Suzi said...

kak ain,
sesekali ubah selera memang selera je makan...

hazeleyed lady ,
no worries!

green jade,
apasal tak lalu makan? rindu abe ke? hehehe...

jalilah_jy ,
salamkembali kak...sy pun lama tak ziarah akak...dah slow blogging.
Akak trylah...tak susah pun...puas hati makan...

sha,
miss u tooooooo!