Wednesday, April 29, 2009

Happy belated B'day to Mama Anis

zwani.com myspace graphic comments



zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hugs Comments



Baru tahu hari ni(lepas jenguk blog hang)...happy belated b'day ayu@MA...moga hidup sentiasa dirahmati AllahSWT. Mesti tak sabar naik rumah baru tu...:)


p/s: Ayu, dah makin berumur kita ...teringat zaman kita sekolah dulu...mcm nak kembali semula ke zaman tu hihihi...

Butter Bread Pudding


Resepi dr kak Inahar tapi ambil dr dapur Yatt...Buat lepas hantar Sumaiyyah ke kindy (12.45pm) tadi...Alhamdulillah sempat masak sebelum pergi ambil anak2 kat sekolah pukul 3pm. Balik school terus diaorg mkn....masih suam2 lagi hihihi...makan dgn sos kastad.
TQ buat kalian berdua berkongsi resepi yg memang sedap ini...



Bahan-bahan:


10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla

Cara-caranya;

Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 45-50 minit.(ikut oven masing2)


Untuk kali ni saya tak letak raisin pun sbb takde...nenas pun ganti dgn walnut...tu pun letak kat atas je.




##utk eena: ni resepi sos kastad (ikut kat peket tpg kastad tu...) 2 sb kastad, 1sd gula,500ml susu...campurkan semua dan masak api perlahan hingga agak pekat...

Daging bakar

Daging bakar ni lauk semalam...daging lhas utk bakar + bwng putih, rosemary, minyak masak, lemon, lada hitam, lada sulah dan garam...

Tuesday, April 28, 2009

Pandan Muffin

Lembut dan gebu...sedaaap. Resepi dr yani@myresipi.com . Terima kasih yani berkongsi resepi...saya copy-paste je...

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )

  • 90g butter
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 40ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pandan emulco


Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.

Special gift dr GreenJade


Alahai comelkan anak kucing ni...gift ni dr Green Jade@Tinie...Terima Kasih bebyk...cute sgt...akak suka...
Moga ukhuwwah yg terjalin berkekalan....

Monday, April 27, 2009

Dah mula berkhidmat....


Malam tadi heater ni memulakan khidmatnya kpd kami sekeluarga dek krn tak tahan sejuk.
Kat rumah ni heater pakai gas...tak mcm rumah lama dulu pakai kayu api...
Pagi2 tadi pun pasang lagi sbb sejuk...hujan sejak subuh lagi...



Ni sarapan pagi hari ni...kena benar dgn cuaca hujan yg sejuk ni...wah sedapnya.
Sup tu dr air rebusan ikan bilis....


Ni pulak utk bekal Ismail pergi school. School start hari ni...Iman tak pergi sbb tak sihat...
Resepinya kat SINI.


p/s: cuaca sejuk2 ni nak buat kerja rumah pun malas...hihihi...

'Salam Spring" from Fa10 (UK)


MasyaAllah cantik kan tulip ni....dpt kad ni dr Fa10. Terima kasih byk2...muaaah! Moga ukhuwwah berkekalan....

Sunday, April 26, 2009

Kisah snake-charmer....


Buat renungan bersama. Ni antara bayan masa hubby pergi Ijtimak katMelbourne...saya copy-paste dr blog my hubby...

Setelah makan tengahari, jemaah diberi masa untuk rehat sebelum Asar. Bayan pendek diberi oleh Imam sebuah masjid di Melbourne yang berasal dari Turki. Yang paling menarik ialah tamsilan beliau mengenai nafsu manusia. Dikisahkan begini. Seorang snake-charmer, mencari rezeki dengan ular-ular berbisa di sebuah kampung. Suatu ketika beliau berfikir bahawa jikalau beliau dapat mencari ular yang besar, maka sudah tentu lebih ramai penonton yang akan hadir melihat persembahan beliau. Maka dicarinya di dalam hutan dan beliau terjumpa seekor ular yang sangat besar yang sedang tidur, disangkanya mati. Fikir beliau, mati pun OK lagi sekurang-kurangnya ular itu besar dari biasa. Maka dibawa ke dalam kampung tersebut dan diiklankan kepada khalayak ramai. Berpusu-pusulah orang kampun berkumpul untuk melihat ular yang besar itu. Ular tersebut sebenarnya sedang tidur disebabkan kesejukan di dalam hutan. Tetapi apabila masuk dalam kampung, suasana agak panas dan ular tersebut terjaga dari tidurnya. Orang kampun bertempiaran lari sedangkan si snake-charmer tersebut berdiri tegak disangkan ular tersebut dapat dijinakkan. Terus dibaham snake-charmer tersebut. Moral kisah: Nafsu kita dalam masjid dikekang oleh suasana agama maka nafsu itu tidur. Namun apabila suasana hilang ketika berada di luar masjid (atau berada dalam kawasan yang mana nafsu itu boleh 'dihangatkan') maka ia akan memusnahkan kita. Jadi, suasana perlu diwujudkan di luar masjid supaya nafsu ini senantiasa dapat dikekang.

Lagi: bahagian 1 bahagian2 bahagian3 bahagian 4

Karipap


Resepi ni mabil dr blog kenalan baru Ita...resepi asal dr Hana...sedap . Tq berkongsi resepi...Tapi saya letak inti sardin...


Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air



Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Saturday, April 25, 2009

Dr Leen utk Sumaiyyah


Ni b'day wishes dr Auntie Leen utk Sumaiyyah...tq auntie Leen.
Terharu Sumaiyyah....

Friday, April 24, 2009

Jom sharing lagi....


Ribbon dan bunga pink ni pula dr Cik Min....
Untuk ribbon n rose ni saya nak sharing bersama:
  • Aiyu
  • Sara
  • Nasruna
  • Izat
  • Ummu sarah
  • Ratna
  • Shiela Dubai
  • Diyana
  • Siti Khuzaimah
  • Syarina
  • Ummu Fatimah Azzahrah
  • Ummu Rifaei
  • Najwa
  • Finnie UK
  • Zureen
  • Fa10 UK
  • Yus Qatar
  • Kak Long Zue
  • Halen
  • Cheryna

sudi2kanlah menerimanya ye.....semoga persahabatan berkekalan...

Shortbread

Baru masak ni...mehlah sapa nak hihihi...dua tiga hari ni Adelaide hujan je...sejuk2 ni asyik nak mengunyah je...Lagipun memang dah lama sangat tak buat cookies. Resepi dr FP Mamafami...copy-paste, terima kasih akak. Dah byk kali buat cookie ni...sedap...



Bahan-bahan :


1 cawan tepung
2 sudu besar tepung beras
1/4 cawan gula kaster

120 g mentega/majerin
gula kaster untuk taburan

Kaedah :

1.Panaskan ketuhar pada 160 C.
2. Ayakkan kedua-dua tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula dan gaul rata.
3. Masukkan mentega dan ramas menggunakan hujung jari.
4. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut.

5. Canaikan doh setebal 1/2 sm dan potong dengan pemotong biskut. * Mama tidak pasti bagaimana sebenarnya tekstur shortbread sebab menurut resipi asal Ina, biskut ni harus di canai setebal 1 sm.
6. Susunkan biskut di atas dulang pembakar. Dengan menggunakan garfu, cucuk-cucukan permukaan biskut untuk menghasilkan corak.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan dengan gula. Biarkan sejuk t
erlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Buat dua bentuk...bulat n bentuk ni...
mcm ginger breadman...anak2 sukalah btk ni..hihihi

Nasi Minyak Asas

Lunch n dinner semalam.
Resepi nasi minyak asas dr dapur UMMI. Thanks UMMI.


Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air

Campuran Minyak:-
Cara A: (saya guna cara ni kali ni...tapi minyak masak biasa je...)
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar marjerin
Cara B:
3/4 cawan minyak jagung
Cara C:
1/2 cawan minyak masak biasa
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi
Cara E:
Setengah cawan minyak jagung
3 sudu besar minyak sapi

Bahan Tambahan:-
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair

Cara Memasak:-
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.

Nota: Kalu boleh, nasi ini jangan dikacau banyak kali, cukup 2 kali sahaja - pertama semasa beras baru dituang ke dalam airnya dan kedua ketika nasi baru mengering dan tempat tekanan periuk elektrik sudah naik ke atas.


Orange Cupcakes

Permintaan Ismail...merengek nak mkn kek...Trylah buat cc ni...resepi dr FP Kak Rinn, TQ Kak Rinn...sedap.


Ingredients:
  • 250gm butter, thawed
  • 240gm caster sugar
  • 250gm wheat flour + 3 teaspn baking powder ( If use self-raising flour, baking powder is unnecessary)
  • 4 eggs
  • 250ml fresh milk
  • 1 teaspn vanilla essence
  • Orange rind grated from 1 orange

Method:
1. Line 12 section muffin tray with paper cake cases.
2. Put all ingredients in a bowl and mix a little bit with spatula before
beating together using mixer until smooth.
3.Divide batter evenly between paper cases.
4. Bake @ 180deg cel for 15mins - 20mins.




Thursday, April 23, 2009

Award


Award ni dr Kak Inahar Ali, Tirana , Kak Ain
Sasha dan NekPP. Terima kasih buat kalian semua...saya amat2 menghargainya. Moga persahabatan kita berkekalan......

Award ni saya nak sharing dgn kawan2 yg kat bawah ni:

  • Kak Tie
  • Ima
  • Suziey
  • Akakerin
  • Azza
  • Farah
  • tinie@greenjade
  • Kak Ct Delima
  • Ela
  • Moi
  • Shais
  • Hana(Jepun)
  • Naz ilyn
  • Azreen
  • fiza

Terima Kasih buat......(meh tengok utk siapa?)

Khas buat:
Kak Inahar, Tirana, Alia, Kak Chik, Leen, Ct_as, Sasha, NekPP, Kak Ain, Mak Su dan Cik Min...



Myspace Friends Comments & Graphics


Terima kasih bagi award utk saya ni...Semoga persahabatn berkekalan.
Jap ye,...dalam proses nak gantung hihihi....

Happy B'day NekPP-Dubai


Pagi2 tadi jejalan rumah kak ain ada n3 pasal b'day NekPP(kawan baik kak ain ni...). Happy b'day NekPP...moga sentiasa dirahmati Allah SWT sentiasa hendaknya. Sama bintang dgn Sumaiyyah ye...Dapat hadiah apa??

Wednesday, April 22, 2009

Kisah Sumaiyyah

Inilah kek utk Sumaiyyah semalam...Marble cho. cheese cake. Resepi dr FP Kak Rinn. Sedap ....nak resepi KLIK SINI. Terima kasih Kak Rinn.


Lepas Magrhrib baru potong kek coz tunggu my hubby balik dr Uni....maklumlah dia sekarang amat sibuk. Pukul 5.44 pm dah Maghrib.
Dah anak bapak....potong kek pun dgn bapaklah...


********************************************************



Sekadar berkongsi kisah Sumayyah binti Khayyat...wanita pertama yg syahid dalam Islam. Moga kita dapat ikhtibar drnya.
Nama anak saya, Sumaiyyah pun diambil sempena nama beliau...moga jiwa Sumaiyyah sekental jiwa Sumayyah binti Khayyat dalam mempertahankan Islam...



Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah sehingga tidak ada kabilah yang dapat membela, menolak dan mencegah kezaliman atas dirinya, karena dia hidup sebatang kara. Posisinya menjadi sulit dibawah naungan aturan yang berlaku pada masa Jahiliyah.
Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Huzaifah. Dia akhirnya dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini. Beliau hidup bersamanya dalam suasana yang tenteram. Tidak berselang lama dari pernikahan tersebut, merekapun dikaruniai dua orang anak, yaitu ‘Ammar dan Ubaidullah
Tatkala ‘Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Maka berfikirlah ‘Ammar bin Yasir sebagaimana yang difikirkan oleh penduduk Mekkah, sehingga kesungguhan beliau di dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk Dienul Islam.
‘Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lezatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya.
Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulai sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk pertama kalinya.
Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, karena ‘Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir menyikapinya dengan menentang dan memusuhi mereka.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari dien mereka. Mereka memaksa dengan cara menyeret mereka ke padang pasir tatkala cuaca sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan diatas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad….Ahad…., beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang diucapkan juga oleh Yasir, ‘Ammar dan Bilal.
Suatu ketika Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah tersiksa secara kejam, maka beliau menengadahkan tangannya ke langit dan berseru : "Bersabarlah keluarga Yasir karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga"
Sumayyah mendengar seruan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bertambah tegar dan optimis dengan kewibawaan imannya. Dia mengulang-ulang dengan berani: "Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar".
Sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang sepele dalam rangka memperjuangkan aqidahnya. Di hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para Thaghut yang zhalim, yang mana mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya sekalipun hanya satu langkah semut.
Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya. Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kesuksesan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.
Tatkala para Thaghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah maka musuh Allah, Abu jahal melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkannya sangkur yang berada dalam genggamannya ke tubuhnya. Maka terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan bersih. Dan beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh yang baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, yang mana beliau telah mengerahkan segala apa yang beliau miliki, dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Rabb-nya. "Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan".
(Diambil dari buku Mengenal Shahabiah Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam dengan sedikit perubahan, penerbit Pustaka AT-TIBYA

ambil dr:http://nafizazwan.blogspot.com





Sumaiyah by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah




Tuesday, April 21, 2009

Sumaiyyah dah 4 tahun...




to my princess


zwani.com myspace graphic comments
Myspace Disney Graphics


Moga jadi anak solehah...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dipermudah kehidupan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat..

Crepes

Sumber: All Recipes

Bahan2:

  • 125 g tepung
  • 2 telur
  • 120 ml susu segar
  • 120 ml air
  • 2 g garam
  • 30 g butter - cairkan

Cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati.
  2. Masak seperti buat kulit kuih gulung/ketayap.

Monday, April 20, 2009

Cheese Buns

Alhmadulillah inilah minum petang kami hari ni...cheese buns resepi dr FP Mamafami. Terima kasih akak berkongsi resepi sedap ini. Saya copy-paste je. Makan panas2...ditambah pula cuaca yg dah semakin sejuk sekarang.....yummmm.....




CHEESE BUNS


Ingredients :

300g high protein flour
1 teaspoon bread improver ~ optional
60g castor sugar
1/2 teaspoon salt
50g egg (1 egg)
7g (2 teaspoons) instant dried yeast
70 - 75 ml fresh milk (chilled)
70ml water
25g margarine ~ melted - saya ganti dgn minyak masak

Glazing :
1 teaspoon fresh milk
a bit of grated cheddar cheese

Method :
1. Mix flour, bread improver, yeast, salt and sugar in a big bowl.
2. Make a hole in the centre and pour milk, water and egg. Mix well to form a soft dough.
3. Add in margarine and knead for another 30 minutes or till dough is smooth and elastic and does not stick to the bowl.
4. Make into a big ball and place it in a bowl greased with a bit of oil. Cover using a cling film.
5. Place the bowl at a warm place and let dough prove for 1 1/2 to 2 hours or till dough has doubled it's size.
6. Punch down the dough, and divide into 7 equal pieces.
7. Arrange them in a well greased 9 inch tray and cover with cling film.
8. Leave to prove again till double the size.
9. Brush the buns with fresh milk and sprinkle with grated cheddar cheese.
10. Bake in a preheated oven at 170 celcius for about 15 - 20 minutes or till golden brown.




Utk tabur tu saya tambah tabur gula sekali....

Tag dr Farha

Arahan:
1)anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke...
nilah gambar wallpaper akak...

2)bgtau nape anda suke wal
lpaper anda ituhh...
suka permandangan ni...cantik...hubby ambil masa kat dalam flight masa pergi ke NZ.

3)tag 10 people
sape2 yg berminat nak buat....

4)that's all...

#harap Sis Farha puas hati...sorilah lambat aka buat walaupun bkn apyah pun hihihi...
dah nak exam sekarang kan?...good luck...moga Allah permudahkan segala urusan...

Tag Dr Kak Ina KL.


Tag ini dari Kak Ina KL...Harap kak Ina puas hati...sori kak, lambat hihihi



1. When was your engagement?
Feb 1999

2. When is your marriage anniversary?
22 Oktober 1999

3. How long have you known your spouse?
Kenal lama ...sejak form 4

4. How long you got engaged?
lebih kurang 8 bulan

5. Where did you meet your spouse?
MRSM Muar.

7. Do you have any children?
Alhamdulillah kami dah dikurnikan 4 cahayamata.

8. How many?
4 orang, 3 boys..1 girl

9. Do you have any pets?
Takde.

10. Do you own or rent?
Masih menyewa.

11. Do you live in the country, city/town?
Pinggir bandar...1/2 jam dr city

12. What is your favorite activity you do together?
Picnic kat beach dan pergi zoo

13. Do you have a favorite vacation spot?
Majoriti dalam family suka beach tapi saya kurang sikit....tapi kena lah ikut majoriti..kan??

14. How many siblings do you have including in-laws?
Saya 4 org adik beradik.... hubby 3 org adik beradik

15. What mosque do you attend?
My hubby selalu pergi masjid kat Wandana(itu yg paling dekat)

16. Is this the mosque you got marrried in?
Akad nikah kat rumah nenek.

17. What town is your current address?
Adeliade, SA

18. Do you work or stay home?
Surirumah sepenuh masa...

19. Where did you go for your honeymoon?
Belum sempat betul2 honeymoon...dalam plan hihihi

20. Leave a piece of marriage advice
Suami isteri semestinya harus jujur, hormat dan percaya antara satu sama lain...terima pasangan kita seadanya. Bila dia buat silap cepat2 fikir kebaikan yg dia buat utk kita...Penting sebagai isteri utk mentaati suami...khidmat sepenuh hati, ikhlas kerana Allah SWT...Sentiasa saling maaf memaafi...



21. Nak tag sapa yer..
  • Tirana
  • Kak Ain
  • NekPP
  • Kak Tie-hihihi....
  • Ima
  • dan sesiapa saja yg teringin nak buat..dialu2kan...



* tiada paksaan tau!

Saturday, April 18, 2009

Jom!!!


Jemaah masturat (couple suami/isteri) dari Melbourne sekarang (18/4) berada di Adelaide. Boleh hantar isteri untuk program ini:
  • 1030am-12pm taklim wanita di 7 Alton Avenue, Gilles Plains
  • 4-5pm bayan untuk wanita di 18 Lancaster Ave, Valley View



-kawan2 kat Adelaide jom kita pergi...semoga kita semua dpt manafaat..InsyaAllah

Baby Bread Pudding


Dah ramai buat pudding ni...tu yg teruja nak buat....Yatt, Hana, Halen...Lagi pun anak2 memang suka puding roti. Sarapan pagi atdi ni...Resepi copy-paste dr kak fida@myresipi.com, terima kasih berkongsi resepi yg sedap ini...

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Daging Manis

Sedap...resepi dr CMG. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Saya copy paste je...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, dibelah 2
2 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia tua, dititik
5 biji putik jagung, dibelah 2 setiap biji - ganti karot
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Minyak untuk menumis

A...
600 g daging lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
1 1/2 inci halia, tumbuk lumat
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh lada hitam, ditumbuk

B...
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos hoisin
3 camca besar kicap cair
3 cawan air
1 pokok daun sup, kerat kasar
1/4 camca teh minyak bijan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan "A", gaul rata dan perap 1 jam. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih titik hingga harum, Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga daging kecut.
  2. Masukkan semua bahan "B", kacau rata, kecilkan api dan renih hingga daging empuk. Masukkan belahan cili merah, jagung muda dan bawang besar hiris. Masak hingga jagung muda lembut.
  3. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah kicap cair atau garam. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas....

Friday, April 17, 2009

Lunch n dinner semalam....


Lunch...pasta goreng n meat ball. Resepi utk meat ball tusaya rujuk kat SINI.






Ayam Masak Hitam


Siapa yang suka masak kicap rasanya akan suka ayam masak hitam ni...resepi dr TIRANA. Tq Tirana berkongsi resepi...saya copy-paste je....
Utk kali ni saya tak letak cili coz anak2 tak makan pedas....


Bahan-bahannya

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil, dibersih dan ditoskan.
  • 8 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 3 sudu makan cili giling
  • 5 sudu makan kicap manis
  • kunyit secukupnya
  • garam secukupnya


Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai


Cara memasak

  1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus tadi. Goreng sehingga keperangan.
  3. Masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar.
  4. Kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan cili giling dan masak hingga naik minyak.
  6. Masukkan kicap dan kacau lagi. Jika agak kering, bolehlah dimasukkan sedikit air.
  7. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata. Rasa garamnya sebelum diangkat.

***Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih atau nasi berperisa.

Thursday, April 16, 2009

Roti Nasi

Roti lagi hihihi...tengah bersemangat buat roti....
Ramai dah kawan2 yg buat roti ni....Resepi dr onigiri@myresipi.com. Sedap...lembut dan gebu rotinya walau tak pakai pelembut roti. Tq buat Onigiri kerana berkongsi resepi ni...

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti ) - saya buat bun.

  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam

    Cara-cara

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  5. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  6. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  7. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  8. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.





Ini cara saya buat:

  1. Blend nasi dgn air dan susu serta garam hingga betul-betul hancur. Kemudian masukkan dalam bread Machine(BM). Diikuti bahan2 lain(ikut urutan/arahan BM).
  2. ONkan dan tekan menu utk buat doh. Tunggu siap, lebih kurang 1 1/2 jam.
  3. Dah siap keluarkan dan tumbuk doh utk buang angin.
  4. Kemudian bentukkan bulat ikut saiz yg disukai....
  5. Susun dalam dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda.
  6. Sapu permukaan roti dgn susu dan taburlah apa2 yg disukai...bijan..atau apa2 aje.
  7. Bakar dalam oven 180C(yg telah dipanaskan terlebih dahulu) sehingga perang@masak.
  8. Bila dah keluarkan dr oven sapu permukaan roti dgn marjerin utk cantik berkilat.

Tuesday, April 14, 2009

Soft Potato Bun


Resepi dr Cik Wan...lembut dan sedap....saya buat separuh adunan, dpt 15 biji...sekali serang dgn je hihihi....Puas hati ibu buat...tak letak kastad pun kat atas tu. Makan dgn strawbery topping dan choc n hazelnut spread. Tq Cik Wan berkongsi resepi...saya copy-paste je...

Bahan
1 cawan kentang (yg telah direbus dan dilenyek)
1/2 cawan gula kaster
2 sudukecil yis kering
1/2 cawan air suam
2 biji telor
1/3 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan tepong gandom serbaguna
4-4 1/2 cawan tepong roti


Kastad
250ml susu segar
2 sudubesar tepong kastad
2sudubesar gula
sedikit esen vanilla
-Campur semua dan masak sebentar diatas api perlahan, tambahkan susu jika kastad terlalu kental, kacau semula hingga sesuai untuk di paip. Masukkan kedalam plastik bersih potong sedikit hujung nya dan ketepikan-

Cara
  1. Satukan susu dan minyak, suamkan diatas api kecil, angkat dan ketepikan. Masukkan yis dan air suam ke dalam mixer, biarkan sebentar supaya yis larut kemudian masukkan pula campuran susu tadi, kacau sebati. Pecahkan telor kedalam mangkuk kentang dan gaul sebati, masukkan kedalam campuran susu dan kacau sebati.
  2. Masukkan tepong gandom, gula dan 2 cawan tepong roti, gaulkan dengan senduk dahulu kemudian gunakan mixer untuk terus mengadun sambil memasukkan baki tepong hingga terhasil bentuk doh (adunan sememangnya akan melekit sedikit). Bulatkan doh dan letakkan didalam bekas yang disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik dan biarkan naik sekali ganda.
  3. Setelah doh naik tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin didalamnya kemudian bahagikan kepada 50g tiap satu. Bulatkan dan susun diatas dulang bakar.Tutup dan biar ia kembang sekali lagi. Panaskan oven pada 175'c. Paipkan kastad diatas roti dan bolehlah dibakar selama 25-30minit @ hingga gareng atasnya.Angkat dan sejukkan diredai.

Note: adunan sangat melekit tetapi jgn ditambah terlalu banyak tepong bagi mengelakkan roti keras, cukup sekadar mencelup tapak tangan dengan tepong setiap kali membuat ulian.



Saya guna BM...
Saya sapu susu dipermukaan roti sebelum bakar dan selepas keluar dr oven saya sapu marjerin....

Laksa Penang

My hubby suka laksa penang tapi saya nitak tahu pun nak buatnya. Selalu kalau buat pun pakai rempah yg dalam peket tu. Tapi hari ni saya cuba buat sendiri...resepi dr Tirana. Resepinya ringkas je...tq Tirana berkongsi resepi...saya copy-paste je...


Bahan-bahan

1 bungkus laksa (500gm)
1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan (saya pakai ikan tuna dalam tin)
2 biji bawang besar - dikupas
5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
2 batang bunga kantan - dibelah enam (tak letak...takde)
2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
5 keping asam gelugor
sedikit belacan
garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan

timun - dihiris halus
cili merah - dipotong
bawang besar - dipotong bulat
daun salad - dipotong halus

Cara memasak

1. Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Ikan kembung direbus dalam sedikit air hingga mendidih. Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar.
3. Bawang besar, cili giling dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
5. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
6. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih.
7. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi.
8. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.
9. Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


# my hubby dah selamat sampai dr Melbourne malam semalam...alhamdulillah ...sesiapa yg berminat nak tahu pasal laporan kat ijtimak tu bolehlah klik SINI....

Monday, April 13, 2009

Pancake


Pancake resepi AlongRoz@myresipi.com. Gebu dan sedap....Terima kasih berkongsi resepi. Sarapan kami pagi ini.

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Cara-cara

  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah
  2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.
  3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati.
  4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak.
  5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
  6. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.
# utk lihat gambar step by step cara membuatnya boleh lihat kat resepi asal....


pancake ni resepi yg sama tapi buat minggu lepas...tabur rainbow sprinkles kat atasnya...