Friday, April 24, 2009

Nasi Minyak Asas

Lunch n dinner semalam.
Resepi nasi minyak asas dr dapur UMMI. Thanks UMMI.


Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air

Campuran Minyak:-
Cara A: (saya guna cara ni kali ni...tapi minyak masak biasa je...)
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar marjerin
Cara B:
3/4 cawan minyak jagung
Cara C:
1/2 cawan minyak masak biasa
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi
Cara E:
Setengah cawan minyak jagung
3 sudu besar minyak sapi

Bahan Tambahan:-
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair

Cara Memasak:-
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.

Nota: Kalu boleh, nasi ini jangan dikacau banyak kali, cukup 2 kali sahaja - pertama semasa beras baru dituang ke dalam airnya dan kedua ketika nasi baru mengering dan tempat tekanan periuk elektrik sudah naik ke atas.


8 comments:

  1. dulu akak x reti buat, pas tu hubby akak ajar guna resipi arwah MIL. lebih kurang sama ngan Kak Ummi.

    ReplyDelete
  2. kak ain,
    saya pun jarang buat nasi minyak....takut tak jadi hihihi. Padahal mak saya jual nasi minyak...tapi takde pulak saya nak belajar dulu2...

    ReplyDelete
  3. ha nasi ni sy pndai masak..ekek;D xdela pandai..tp tau la..haha:p sedap kan nasi ni..wangi..especially mase menumis tu..uish lapo btol:p

    ReplyDelete
  4. nampak macam nasi hujan panas la. kakchik tak makan nasi minyak. suka makan nasi putih je. kat rumah ni selalu kena komplen kat org lain sb cerewet.

    ReplyDelete
  5. akak selalu gak buat nasi minyak ni...anak2 suka.dah lama dah tak buat...

    ReplyDelete
  6. cantik nasi ni bercolour2....anak2 mesti suka kan makan.... :-)

    ReplyDelete
  7. suziey,
    sedap2...

    ima,
    blh buat pasal dah lama tak buat...

    kak chik,
    selera masing2...anak2 saya pun berbeza selera. payah juga kadang...
    seskali mkn okaylah...tapi nasi putih tak jeu...

    azreen'
    nasi minyak power rangers hihihih

    ReplyDelete
  8. wahhh nasik minyak...

    nasik minyak I dh lps..hehehe

    nk tggu nasik minyak Sumaiyyah lak..hahahahah :D

    ReplyDelete