Friday, May 29, 2009

Umpama Api Dalam Sekam - Risalah Syiah 1

Sekadar berkongsi info...moga menafaat buat kita semua....
(saya copy-paste dr blog hubby)


Berhati-hati dengan Syiah...


----------------------------------------

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.
'
Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."


Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan:
Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah:
Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)

6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)


TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

9) Memarahi orang yang puasa Asyura.

10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).


KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."

AZAN SYIAH
-penambahan kalimah dalam azan yang dilaungkan

1) (Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)

2) (Marilah ke arah sebaik-baik amalan)



*Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:
1. www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.ansar.org/english
7.
www.alburhan.com/
artikel daripada: http://opalotus99.blogspot.com/









Thursday, May 28, 2009

Kaya Roll

Roti lagi...hihiih. Asyik buat roti sbb ada 'pembantu'..campak2 je. Dah sethn 'pembantu' tu berkhidmat. Lagi pun sejuk2 ni asyik lapar tapi malas nak masuk dapur.... masak yg senang je lah....tambah pula mkn roti cepat kenyang. Tapi yg tak bestnya muka pun dah mcm roti hihihihi....

nilah pembantu ku itu...moga terus berkhidmat..


Resepi asal Bun Manis Alex Goh...Cik wan n Hana buat Blueberry Fingers Bun guna resepi ni...tengok cam cantik je roti tu. Anak2 kurang minat blueberry so letaklah kaya. Kebetulan rajin buat kaya. Resepi Kaya tu blh klik SINI.
Bahan A
  • 480gm tepung roti
  • 120gm tepung gandum
  • 110gm gula
  • 10gm garam
  • 20gm susu tepung - letak fresh milk je sbb menang takde susu tepung
  • 4 sudu kecil yis
Bahan B
  • 1 biji telor
  • 300ml air
Bahan C
  • 60gm butter lembut - ganti dgn minyak masak

Cara-cara
Satukan A hingga sebati, tambah B dan uli hingga menghasilkan doh. Campor C dan teruskan menguli hingga doh menjadi lembut dan kental. Tutup doh dengan plastik dan biarkan naik 2x ganda. ATAU, Masukkan semua bahan ikut arahan BM dan tekan menu utk doh.
Guna 1 jari untuk menekan doh, ia patut menunjukkan lubang jari dengan jelas tetapi doh tidak menurun. Uli sedikit untuk mengeluarkan angin dan sedia untuk dijadikan beberapa jenis bun.Untuk resepi ni buatlah bentuk memanjang lepas tu pipekan filling kat atas tuh! bakar suhu 170 selama 20-25min..

gebu n lemdut juga doh ni...sedap. Resepi doh ceduk kat dapur Hana...terima kasih semua...


p/s: sekarang dah nak winter...siang makin pendek, rasa macam kelam kabut je siang hari nak siapkan semua kerja. Tup...tup...dah malam. 6.38pm dah Isyak. Lagi pun anak2 cpt mengantuk lepas Isyak dah tido nak kena layan dia org baca buku dulu... Bila malam, sejuk..dah tak lalu nak buat kerja...mmmm.

Monday, May 25, 2009

Bun Coklat

Assalamualaikum semua...sejak semalam kat Adelaide ni kembali hujan...sejuuuk. Rasanya thn nilah paling byk hujan turun kat sini. Kami pun tak berapa sihat...selsema tapi taklah teruk cuma hubby je yg agak teruk. Harap2 selsema biasa aje. Risau gak coz swine flu dah sampai sini...kalau tak silap 2 sekolah dah tutup seminggu....Jom layan respei sarapan pagi kami hari ni...bun coklat. Buat malam tadi.. Utk lunch...ayam goreng n sayur lemak togeh je...(terus masak pagi2 coz hubby bawa bekal)


Ceduk resepi dr dapur Ros ...tq ros berkongsi resepi.



Bahan-bahan :

1¼ cawan air
2 sudu teh yis kering } @ 1 sudu besar fresh yeast
1/3 cawan gula halus
3½ cawan + 3 sudu besar tepung High Protein
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam
1 sudu teh bread softener } optional
1 sudu teh bread improver } optional
2 sudu besar butter
3 oz semi-sweet chocolate } dipotong dadu @ boleh gunakan chocolate chips


Cara membuat :
1. Larutkan sedikit gula dlm air & campurkan yis. Biarkan sebentar
hingga adunan berbuih
2. Campurkan tepung, serbuk koko, gula halus, garam, bread
softener & bread improver di dlm mangkuk pengadun.
3. Campurkan air yis bersama adunan tepung & uli sehingga sebati.
4. Masukkan butter dlm doh & uli hingga doh tidak melekat pd jari.
5. Campurkan potongan coklat pada doh.
6. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
7. Selepas itu, uli semula doh & bahagikan adunan mengikut suka
8. Selepas dibentuk, rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.
9. Sapu permukaan doh dgn susu & tabur sedikit gula sebelum
dibakar.
10. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 10 - 15 minit.
11. Selepas masak, selimutkan roti sehingga sejuk & masukkan
dlm bekas plastik- saya sapu permukaan roti dgn marjerin.


sebelum masuk oven....lupa nak tabur gula hihihihi...




Donat


Resepi dr skyblue@myresipi.com. Bawa masa pergi rumah makan2 rumah kawan hari Sabtu. Tq coz berkongsi resepi yg sedap ini. Lembut n gebu ....Saya copy-paste je...

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.





Friday, May 22, 2009

Daging Kandar

Resepi Kakasma, copy paste dr my resipi.Lauk semalam...sedap! Rugi sape yg tak cuba. Dah merata daging kandar ni merantau...sampai kat Adelaide dah jadi kambing kandar hihihi... Terima kasih Kakasma berkongsi resepi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging- utk kali ni saya guna kambing.
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Makan dgn lempeng utk sarapan pagi tadi...

Wednesday, May 20, 2009

Scrambled Toast

Resepi simple dr Cik Wan tapi saya ceduk kat dapur UMMI, Kuantan. Simple n sedap sbb rotinya ranggup. Utk bekal Iman n Ismail hari ni.

Bahan:-

* 12 keping white bread atau wholegrain - buang kerak tepinya
* 60 gm mentega - suhu bilik
* 4 biji telor
* 1 cawan krim atau susu (*ummi letak susu segar) - saya guna 1/2 cwn susu segar
* 1/4 cawan daun kucai - cincang (*ummi letak daun sup)- utk kali ni tak letak.
* sosej secukupnya - cincang halus
* sedikit garam dan pepper
* sos cili (*ummi tambah ni)
* mayonis (*ummi tambah)



Cara-Cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dengan menggunakan rolling pin, canaikan roti tadi menjadi nipis sedikit. Sapukan kedua2 belah roti dengan mentega dan masukkan ke dalam muffin pan.
2. Bakar selama 15 - 18 minit atau sehingga keperangan.
3. Sementara itu panaskan kulai dengan 1 camb mentega dengan api yang sederhana.
4. Dalam bekas, satukan 4 biji telor, 1/2 cawan krim/susu, garam, pepper dan pukul sebati.
5. Tuangkan adunan telor tadi ke dalam kuali dan kacau selama 1 minit dengan api yang perlahan.
6. Taburkan daun kucai/sup dan cincangan sosej. Kacau hingga telor masak.
7. Sudukan telor tadi ke dalam roti yang telah dibakar dan taburkan sedikit pepper lagi sebelum dihidangkan panas2.


yg ni saya letak kastad....anak2 suka terutama Ismail yg hantu dgn sos kastad...


Bun

bun ni buat semlm utk sarapan tadi...ubahsuai sikit drresepi doh Pandan Kaya Bun hari tu...

Tuesday, May 19, 2009

RICH ORANGE CAKE

Resepi dr dapur yatt....sedap...terima kasih yatt berkongsi resepi..:)

Bahan2:

  • 1 cawan tepung cake
  • 125 ml butter di cairkan
  • 3 biji telur
  • 75ml orange juice ( 1 biji oren besar)
  • parutan kulit buah oren kikis di bahagian oren je jgn sampai ke kulit putih
  • 1 biji lemon juice
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu pewarna kuning
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil cream of tartar

Cara-caranya;

  1. blend telur bersama cream of tartar sehingga kembang, masukkan gula, pukul lagi. Kemudian masukkan orange juice, lemon juice dan pewarna kuning. Masukkan pula butter yang telah di cairkan pukul lagi. Akhir sekali gunakan spatu masukkan tepung kek, kulit oren bersama baking powder, kacau dengan satu arah 4-5 kali jek dah cukup, jangan kacau lebih-lebih.
  2. topping taburkan aising sugar atau
  3. panaskan juice oren bersama aising gula kemudian tuang di atas kek lagi sedap kalu takde juice oren boleh guna oren sunkist yang dalam botol tu. seperti untuk buat kek kalu takde buah oren boleh guna oren sunkist dalam botol tu.
Baru masak...utk minum petang nanti...
Jemputlah jamah...minta diri dulu ye dah pukul 12 nak siapkan Sumaiyyah nak ke kindy....

Apam Belanda

Terliur tengok apam ni kat dapur Hana hari tu...bakar dalam oven je. Acuan btk bulat tu terjumpa kat sunday market hari tu..Letak inti kaya.Asal resepi dr Saji Online, copy paste dr dapur Hana...terima kasih ye...

Bahan-bahan

  • 250ml susu cair
  • 150 tpg gandum
  • 50g tpg jagung
  • 40g gula halus
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 biji telur
  • 60g mentega - cairkan
  • INTI - coklat chip. - tp hana gune inti kaya ngan kcg merah.

Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul rata. kecuali susu dan telur.
  • pukul telur guna garfu sekejap. masukkan beserta susu cair ke dalam tpg. gaul sebati.
  • rehatkan adunan selama sejam. tutup dengan kain atau plastik wrap.
  • kemudian masukkan butter yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
  • panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
  • sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran.
  • tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
  • bila dah kembang dan kuning, angkat!


Pau Noorma

Resepi dr Noorma tapi ambil kat dapur Hana. Masih kena byk belajar lagi ni...kulit pau ku tak cantik....anyway tq utk Noorma n Hana berkongsi resepi.


Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis kering - hana wat 21/2 sudu kecil - ikut hana 1/2 sudu teh baking powder
4 sudu makan gula castor
1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1/2 cawan susu cair - hana gune susu segar suam
hana tmbh garam skit

Cara-cara
> Satukan sume bahan dalam mangkuk adunan.
> Uli sebati dengan memasukkan susu cair sedikit demi sedikit. Bila dh lembut, rehatkan sehingga naik dan tumbuk untuk keluarkan angin (mcm buat roti gak la....)
> Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
> Masukkan inti dan tutup kemas.
> Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi dan susun didalam pengukus.
> Rehatkan pau dan biar ia naik lagi.
> Panaskan periuk kukus dan biar air betul2 mendidih.
> Atur pau dalam periuk kukus dan tutup (bungkus tutup mengukus untuk elak air kukusan jatuh ke atas pau, nanti pau jadi tak cantik dan menggerutu) -punyerlah aku ikat sekuat ati kain tuh! hahahahahaa...
> Kukus pau selama 15 minit.


letak inti kaya pandan...

Saturday, May 16, 2009

" Ni bapak..."

"Ni bapak..." kata Sumaiyyah malu2...Tersenggih my hubby tengok. Ada kepala n kaki je hihihi...Tapi oklah juga sbb ada spek n janggut bapak yg sikit tu....


"My family"...sekarang ni Sumaiyyah tengah belajar pasal family kat kindy.
Satu je yg ada rupa...yg lain bulat je...hihihi

Kat kindy Sumaiyyah takdelah belajar secara formal pasal satu2 benda..Masuk kelas , aktiviti pertama aktiviti bebas...ada yg buat painting, ada main dress up, ada buat kraf, ada main doh. Cikgu yg 3-4 org tu akan pergi kpd setiap individu bergilir2.Lepas tu rehat makan buah. Lepas makan biasa akan main kat luar pulak. Lepas tu baru belajar sikit sambil nyanyi2...bercerita dll. Itu yg seronok nak ke sekolah.

ni kraf yg paling suka Sumaiyyah buat....org suka melawa...
Setiap kali kalau cikgu ada sediakan bahan untuk buat rantai...dia akan buat...dah berapa utas dah, ada yg dr straw...dr pasta....


Pandan Kaya Bun

Pertama kali tengok roti ni kat FB Kak Rinn, dah teringin nak buat tapi malas nak buat kaya. Semalam rajin sikit...terus buat kaya perasa pandan. So, hari ni bejaya buat roti ni...tapi dalam bentuk bun. Kak Rinn buat bentuk roll. Tapi resepi copy-paste dr dapur Cik Mat Gebu...terima kasih buat dua2 sifu masak ni. Saya byk dapat ilmu dr diaorg.


BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya - saya guna perisa pandan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
**utk kali ni saya tak letak serbuk santan sbb takde. Bread improver pun tak letak. Butter ganti dgn minyak masak. Tapi alhamdulillah hasilnya amat memuaskan.

sebelum bakar...

sedap roti ni...lembut dan gebu sgt...Alhamdulillah kenyang perut anak2 ku yg asyik ckp lapor je ni hihihi. Lambatlah lunch kot...Hanya sebahagian je letak kelapa...takut anak tak suka...



Kaya Perisa Pandan



Sumber dr: Ros. Terima kasih


Bahan2:

3 biji telur

220 gram gula ( kena letak gula banyak sikit untuk kaya tahan lama)

1 tin santan

beberapa titik perasa pandan

beberapa titik pewarna hijau

1 sudu besar bancuhan tepung gandum

satu helai daun pandan di simpul

Caranya.

1. Bancuh semua didalam bekas adunan dan kacau di dalam periuk hingga pekat, kena kacau selalu ye guna api sederhana. Bila kaya agak pekat, jangan terlalu pekat ( agak-agak je) tutup api dan sejukkan dahulu sebelum diletakkan di dalam botol atau bekas. Simpan di dalam peti ais. Selamat mencuba.


Friday, May 15, 2009

Hari Mee...

Semalam hari mee kat rumah ni...apa taknya dr pagi hingga malam menu mee je. Pagi2 makan roti tapi saya masakkan mee goreng utk bekal lunch anak2...so, pagi tu blh makan mee juga dan baki masih ada jadi lunch pum mee tu juga.




Mee Rebus Terengganu


Mee rebus Trg ni pulak utk dinner anak2. Teringat dulu2 anak2 saya cukup suka mee rebus ni...balik Trg selalu je beli kat kedai sebelah rumah tak pun nenek saya masak. Simple tapi sedap...Kalau mak saya buat kadang dia letak bebola ikan yg dia buat sendiri. Bila tengok kat dapur Ela hari tu teringin pulak nak buat utk anak2. Resepi copy paste je kat dapur Ela...thanks Ela...(sekapal tu...) Bahan berdaging yg dalam tu saya letak ayam je ....


BAHAN2:

  • 5 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } tumbuk
  • 1 sudu besar biji lada hitam }
  • 200 g mee..
  • seikat sawi potong
  • 2 biji telur
  • semangkuk udang
  • 2 buku tauhu
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • perasa
CARA2

-panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing
-masukkan air, garam dan perasa hinga mendidih
-kemudian masuk tauhu dan udang...tunggu hingga udang masak
-pecahkan telur..biar telur berbungkus elok..
-masuk lagi sawi n mee...
-bila hidang tabur serbuk lada hitam kalau suka pedas....



Kue Teow Goreng

Ni pulak dinner utk saya n hubby. Konon2 nak buat penang fried kue teow mcm NekPP buat tapi bahan2nya tak berapa cukup tapi buatlah juga. Hubby cakap sedap....tu yg penting hihihi.
Nanti lain kali beli bahan2 secukupnya dan buat lagi. Thanks NekPP berkongsi resepi. Saya copy-paste juga resepi asal dr NekPP, nanti nak buat lagi...

bahan2
  • 5 tbspn oil
  • 1 rounded tbspn roughly chooped garlic
  • 200 g ( 1 cup) medium size prawns; shelled
  • 200 g ( 1 cup) 'kerang'
  • 500 g fresh flat rice noodles ** kway teow maa
  • 200 g ( 4 cups) bean sprouts
  • 150 g (3/4 cup) chinese chieves ** ku chai maa
  • 4 eggs
  • salt
  • pepper
chili paste
  • dried chillies *sliced; soaked & drained
  • 1 tspn crumbled shrimp paste (belacan maa)
Sauce
  • 1 tbspn light soy sauce
  • 1 tbspn dark soy sauce
  • 1 tspn sugar
  • 1 tbspn water
cara2 msak seperti goreng mee mcm biasa ler yer.. jangan mareee ;)))