Wednesday, June 25, 2008

Ketupat Sotong

Hari tu ada beli sotong...kecil je saiznya tapi try gak buat ketupat ni. Lebih elok kalau guna sotong besar. Ambil resepi drpd hanieliza fotopages. Tq k.liza. Hasilnya...oklah kot sebab anak2 berselera je makan walaupun first time makan. Saya pun dah lupa rasa ketupat sotong yg sedap. Kecil2 dulu je biasa makan. My hubby lagilah...tak pernah makan pun.


kecil molek je ketupat sotong ku....

Bahan-bahannya:

1 kg sotong
400 gm beras pulut [dikukuskan dgn 400 gm santan cair]
5 cm halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
15 gm halba
500 ml santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci - pakai lidi pecungkil gigi je
Gula & garam(secukup rasa)


Cara-caranya:

1. Sotong dibasuh sehingga bersih.
2. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam. Kukuskan separuh masak.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia, bawang, halba, gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih dan agak pekat.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Suzi,

    Yeah...best jugak awak dah ada blog. Dapat le kita hantar2 cerita. Hmmm, mmg best resipi2 masakan suzi nie. Nasib baik jauh. kalau tak, mesti hari2 kita org dtg rumah awak nak tumpang makan..hehehe

    Ingat tak kat akak lagi ? Alah, member lama kat mesia le. Jom visit blog kita - www. ahliajannah.blogspot.com. Tapi, sorry le kalau lembab update. Maklumle, lebih rajin baca blog org lain dari tulis kisah2 sendiri.

    Walau apa pun, keep up the cooking & writing.

    ReplyDelete
  2. Walaikummussalam kak,

    Ingat...mana blh lupa. abg ceta hubby akak dpt gi sydney?...Bleh dtg rumah..hehehe
    Tq dtg jenguk...senang2 dtg lagi.

    ReplyDelete