Anak2 cukup suka kuih ni. Selalu ketayap berinti kelapa...tapi kalau dah habis stok kelapa parut...pakai inti cream castard je. Kat sini kelapa parutnya beli yg frozen jelah. Tupun kat kedai asian glossary je selalu ada...jarang2 pergi sana.
Bahan-bahan:
Untuk kulit:
(mamafami)
- 2 cawan santan
- 3 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar minyak masak
- secubit garam
- pewarna hijau
Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan dalam blender, blend hingga sebati.
2. Rehatkan lebih kurang 15 minit
3. Letakkan sesenduk adunan dalam pan yg telah disapu minyak.Masak dengan api sederhana, dalam 2-3 minit.
4. Setelah angkat masukkan inti dan gulung kemas. Ulang sampai habis adunan.
Cream custard:-
- 1 sudu besar tepung
- 1 sudu besar tepung kastard/jagung
- 4 sudu besar gula
- 200cc(1 cup) susu segar
- 1 biji telur (L size)
- 1 sudu besar mentega
Cara-cara:-
- Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit susu dan kacau supaya tidak berketul.
- Masukkan telur yg telah dipukul sedikit dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
- Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
- Bila dah siap, masukkan mentega untuk nampak cantik berkilat.
Hmmm,
ReplyDeleteRajin nye suzi. Patutle Sam tu makin bulat. Bertuah le dia dapat isteri yg rajin masak.
ALhamdulillah, Abg Saiful dpt placement kat U. Sydney. Tapi, tak taule kalau kami semua akan ke sana. InsyAllah, akak dah nak berhenti. Nak belajar2 jadi isteri solehah mcm Suzi. Dpt khidmat suami 100%. Amalan harian pun dpt jaga sikit. Takle mcm sekrg nie.
Tapi ujian mmg le banyak bila nak lepaskan dunia ni. Doakan le utk kami ye. Kami masih belum tetap keputusan kerjaya.
p/s Abg Saiful tu ada ter'emo' ngan Sam. Bagitau kat Sam, jgn le amik hati. Sebenarnya Abg Saiful tu rindu kat Sam. Dia asyik terkenang2 je member baik dia yg bawak keta JDP806 tu.
p/s Suzi takde email ke? Boleh le cerita pjg2 sikit. Kat sini segan le.
K.Nurul, jgn puji byk2 kembang semangkuk nanti...dahlah dah kembang sekarang ni...mkn je kerjanya...Alhamdulillah tercapai hajat akak nak berenti...
ReplyDeleteDoakan kami sekali...