Asslamualaikum. Pagi Jumaat yg dingin di Tronoh ni...alhamdulillah. Suka cuaca camni. Dah sarapan? Kami sarapan ala western hari ni. Sosej, telur, roti dan sup cendawan. hari ni kongsi resepi nasi ayam goreng. Masak minggu lepas ni. Ada kelainan sikit dalam memasak nasi ayam ni. Ramai dah kawan2 yg mencuba resepi ni. Antaranya, AlongRoz, Hana, Yatie, Kak Nor dan ramai lagi. Resepi ni sy copy paste dr Kak Nor. Terima kasih ye berkongsi resepi.
Bahan-bahannya:
Untuk ayam:
* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
- 1 sudu rempah kari
- 1 inci halia-tumbuk kasar
- 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
- 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
- 1/2 labu bawang besar-potong dadu
- 2 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- sedikit kiub ayam
- sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
- 2 bay leaves/ daun ketumbar
- 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
- 4 1/2 cwn air
- 1/2 cwn susu cair
- Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
- Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
- Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
- Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
wahhh....nampak sedap! rasa macam nak buat nasi ayam lak esok...
ReplyDelete