Thursday, December 2, 2010

Bingka Ambon.

Jalan-jalan kat dapur yatie(..::~**Sinar Kehidupanku**~::..), ternampak bingka ni. Lain dari yg biasa. Rupa dia berongga macam kek sarang semut. First time jumpa....dah tentu belum pernah makan. Semalam saya mencuba resepi bingka ni. Alhamdulillah menjadi dan orang kat rumah ni suka. Resepi asal dr Citarasawan@myresipi.Terima kasih yatie dan kak wan kerana berkongsi resepi.


saya guna acuan berlubang kat tengah....



Bahan-bahan ( 14 biji )

Bahan A
  • 1 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 125ml air suam
  • 150gm tepung gandum

Bahan B

  • 150gm tepung ubi
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen pandan/vanila
  • 50ml air daun pandan
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau
  • mentega cair utk meleser
Bahan C
  • 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
  • Hiasan : Bijan - kali ni sy tak letak
Cara-cara
  1. Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
  2. Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 - 3 jam.
  3. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
  4. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
  5. Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 - 5 jam) pada suhu bilik.

yummm. sedap juga bingka ni.


11 comments:

  1. Bingka ambon tu mcm kek yg ala2 berongga gitu...nampak sedap tu suzi.

    ReplyDelete
  2. akak..bingka ni tak moist kan? nk try jugak rasanya..klu abg bwak blik dari indon tu, bingka dia tak moist tapi lembut..mcm tu ke rasa dia kak?

    ReplyDelete
  3. kak, tang kerak2 tu yg sedap tu....

    ReplyDelete
  4. kak nur,
    sedap kak. bolrhlah try :)

    izah,
    ha a'. lembut dah kenyal sikit...sbb pakai tpg ubi tu rasanya.


    dina.
    betul2...:)

    ReplyDelete
  5. kak suzi..kak best cam sarang semut gak..nk trylah :)..

    ReplyDelete
  6. Salam suzi. Dh nampak ramai yg cuba, tingin gak nak buat tp kena tunggu ujung minggu ler...cantk kek suzi byk rongga.

    ReplyDelete
  7. uihhh ... sedapnya kakkkk... nk tang koner kak...hehe

    ReplyDelete
  8. nak try jugak la kak! macam best jerk nih!

    ReplyDelete
  9. mokwo pun rsase nyer nak try..femes sgt dengor nye binka nih kat indon

    ReplyDelete
  10. Salam Suzi,
    Cantik berongga bingka ambon ni...tahniah menjadi kuihnya...suka tngk guna acuan berlubang...good idea too...

    ReplyDelete
  11. seri,
    trylah. sedap tau!:)

    along,
    thx. try jgn taj try...:)

    anawahid,
    hehehe...ramai juga suka tang koner ye...geng!

    hana,
    best...best...

    mokwo,
    cubalah...tak rugi...hehehe

    salam yatie,
    thx juga berkongsi resepi...:)

    ReplyDelete