Tuesday, July 6, 2010

Pau Gebu


Nilah pau untuk minum petang hari ni...gebu tak?Memang gebu tau!...Resepi dapat dari dapur Hasue....terima kasih Hasue, berkongsi resepi ye...Resepi asal dr lan ieza.
Saya pun sama dengan Hasue, pakai shortening dan baking powder biasa je.




Bahan-bahan ( 60 biji )



Bahan-bahan (A)

* 300gm Air Suam
* 220gm gula
* 18gm Yis Segera - Mauripan



Bahan-bahan (B)

* 920gm Tepung Pau
* 60gm Vegetable Fat Special for Pau
* 180gm air
* 1 sudu teh Bread Softener
* 2 sudu teh Crescent Baking Powder
* 2 sudu teh Minyak masak




Cara-cara

  1. Masukkan semua Bahan A..air suam kedalam mangkuk tambah yis segera dan gula. Campur hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  2. Ayak tepung bersama crescent baking powder. Kemudian campurkan tepung tadi bersama bahan B yang lain dan campur dengan bahan A tadi. Uli dengan tangan atau masukkan kedalam mesin buat roti sehingga sebati dan menjadi doh. -sy uli pakai mixer...punyalah malas hehehe...
  3. Rehatkan doh 20 minit, kemudian bahagikan 30gm ke 50gm, Rehatkan lagi 10 minit
  4. Bulatkan doh, masukkan kan inti ikut suka..contoh kacang ker, kaya ker, kari daging ker ikut suka.... dah siap masuk inti..Tutup dengan plastik semua doh.. rehatkan lagi 20 minit ke 40 minit.. untuk naikkan doh tadi menjadi besar 2 kali ganda.
  5. Kukus sehingga 10minit ke 15 minit.
  6. Nota - Pau ni boleh goreng juga kalau xnak kukus.... memang sedap..


Ada cerita disebalik pau gebu ni....masa tengah2 masukkan tepung pau, baru tersedar yg tepung pau yg sy beli tu dah campur gula...dah manis. Untuk elak terlebih manis terpaksa ganti sebahgian tepung dengan tepung gandum biasa...huhuhu..tapi alhamdulillah tetap gebu.

3 comments:

  1. salam su...mmg gebu, licin dan tembam pau su tu. akak nak 2 3 ketul. ada lagiii..????

    ReplyDelete
  2. salam kak suzi..cantik n licin gebu kulit pau akak tu.. berapa minit akak tunggu ia kembang sebelum dikukus?
    lamanya dah tak buat pau..anak2 sue suka kalo letak inti sayur.hehe..

    ReplyDelete
  3. uiyooooo!!! sedapnyer.....! gebus

    ReplyDelete