Ni dia rupa ayam ala kassim. Dah beberapa kali masak resepi ni...alhamdulillah sedap. Suami dan anak-anak suka. Resepi asal dr Azura Suhaimi @ MyR tapi sy ternampak ayam ni masa jalan-jalan cari resepi kat dapur KAK JUN . Terima kasih
kerana berkongsi resepi. Dah ramai kawan- kawan lain yg sudah mencuba ...
Bahan-bahan:
kerana berkongsi resepi. Dah ramai kawan- kawan lain yg sudah mencuba ...
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
- 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
- 2 sudu besar kicap pekat
- 3-4 tangkai daun kari
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)
Bahan2 kisar:
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Cara:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
- Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
- Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
- Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2 (*akak makan dengan nasi pudina - nanti akak letak resepi nasi tu eh..)
note: masakan lama, senang dan sedap
salam suzi.
ReplyDeletefuh, laparnya tengok lauk ayam ni.
hari ni perut kakchik sakit la pulak.
agaknya kalau dpt makan nasi panas dgn lauk ni pun dah cukup hehe
Salam, Sedap nampaknya ayam tu Kak Suzi..
ReplyDeletesalam su. apa kabar?lamanya tak jenguk su! nak sikit ayam ala kassim!!!
ReplyDeleteayam ala kasim? ooo mak aiii, macam sodap! :)
ReplyDeletegoreng pun dah kira ok dah bagi aku,janji potong ada baca punya hehehe
ReplyDeleteala kasiiiiiim, letak daun kari ek? blum pernah cuba lg ni...
ReplyDeletesalam suzi...ala kassim,teringat citer p.ramlee-tentu best gak ayam ni sebest citer p.ramlee :)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletezureen, sedap...cubalah. senang lak tu...
kak ain, saya sihat je...sy pun dah jrg blogging sekarang...hehehe.
maksu, memang sodappppp....
pak shake, betul tu...janji potong ada baca...
fa10, try le...yummmy!
deliah,hehehe...betul tu...
salam kak cik,
ReplyDeletesedap...lg2 dgn nasi panas.
salam
ReplyDeleteinstead of daun kari, kalau gnti dengan serbuk kari boleh tak?
farhan ali,
ReplyDeletesalam, daun kari tu hanya utk bau je...rasanya kalua tak letak pun takpe...akak pernah juga tak letak pun...