Dah lupa bila buat apam ni...resepi dr Kak Rinn Chan. Senang nak buat, bahan2 pun mudah. Anak2 dan suami pun suka...tu yg penting hihihi. Apam sy pucat je...sbb brown sugar kot. Kelapa pun pakai kelapa parut kering...kasar lak tu hihihi..
Anyway, terima kasih Kak Rinn berkongsi resepi....
Anyway, terima kasih Kak Rinn berkongsi resepi....
Bahan-bahan:
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- *Ketiga-tiga bahan di atas hendaklah dimasak, ditapis dan dibiar sejuk.
- 500gm tepung gandum
- 1 pkt (11gm) Yis Mauripan, dibancuh dengan 1 cwn air dan sedikit gula pasir
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk besar ( Bila dia naik taklah
melimpah2 nanti !!!)dan tuangkan bancuhan yis dan bancuhan gula. Gaul rata, seelok-eloknya menggunakan tangan.
3. Tutup bekas selama 1 jam. Dibiar adunan naik 3 kali ganda.
4. Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan bancuhan tepung ke dlm loyang dan kukus selama 40minit.
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
7. Sedap dimakan dengan kelapa parut muda yg digaul dgn sedikit garam.
takpe laa kak kalo pucat pun..janji rasanya sedap..hehe...kalo ader lagi nak jugak merasa barang seketul dua..heee
ReplyDeletebetul kata sue tu, yg penting semangat su nk buatkan hubby n anak2 minum ptg!!
ReplyDeleteohhhh... simple je nak wat apam ni... belum pernah lg try memasak apam...
ReplyDelete