Assalamuaaikum semua!!!! Rinduuuunya kat kawan2 semua. Seminggu tak berupdate blog ni...kami sekeluarga tidak sihat sebenarnya. Bermulanya Ismail demam....berjangkit terus sehingga sekarang my hubby masih lagi tak sihat. Anak2 dan saya, alhamdulillah dah bertambah sihat. Ismail dah start ke sekolah hari ni dan insyaAllah Iman dan Sumaiyyah pun akan pergi sekolah esok.Seperti juga kat Malaysia...kat sini memang tengah musim org tak sihat...demam, batuk, selsema ditambah pula dgn virus swine flu. Pernah satu hari tu, 12 org(dr 24 org) budak kelas Ismail tak datang sekolah...separuh tu.
Bila tak sihat selera makan pun takde...nak masak pun tak semangat. Alhamdulillah sehari dua ni selera anak2 dah ada balik. Dah minta nak itu dan ini...Untuk diaorg hari ni saya masak lasagna. Diaorg memang suka sgt...tapi jarang buat sbb ibu dan bapak dia kurang minat hihiihi....
Bila tak sihat selera makan pun takde...nak masak pun tak semangat. Alhamdulillah sehari dua ni selera anak2 dah ada balik. Dah minta nak itu dan ini...Untuk diaorg hari ni saya masak lasagna. Diaorg memang suka sgt...tapi jarang buat sbb ibu dan bapak dia kurang minat hihiihi....
Lasagna Simple
Resepi lasagna simple ni ambil dr dapur Ros. TQ ros. Moga Ros sekeluarga pun cepat sihat. Berselera anak2 saya makan...sukanya hati....Alhamdulillah.
Lasagna - 6 keping pasta Lasagna ( yang keping tu, ros beli yang kena rebus dulu, ade jugak yang instant, takyah rebus-rebus, ikut arahan pada kotak lasagna ye cara rebusan nye tu, sbb lain jenama lain caranya.
-bahagian inti daging-
- 3/4 cawan daging cincang
- 1 biji bawang putih (dicincang)
- 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
- 2 biji tomato ( potong dadu)
- 1/2 biji carrot ( potong dadu)
- 6 ketul cendawan ( potong dadu)
- 3 sudu besar tomato ketchup
- 2 sudu besar olive oil
Bahagian white source
- 1 cawan susu segar
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar cheese powder
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu kecil garam
- sedikit lada sulah
- Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna
untuk hiasan
- sedikit hirisan daun pasley kering
Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.
2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.
3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain. Selamat Mencuba.
n0te: terima kasih kepada yg sudi singgah kat sini...dan maaf kerana saya masih tak menjawab komen dan mesej yg ditinggalkan....akan saya usahakan...
salam sayang buat semua.....
Tak sihat lagi, ya ? Kak tie pun tak baik2 lagi.... tak cukup tidor sebab asyik batuk je..
ReplyDeletekak tie suka lasagna juga... tapi tak pernah masak sendiri,hehe..
Salam Kak Suzi.. patutla akak lama tak berblog ye... mujur diorang dah sihat dah... hopefully lepas nie tak sakit2 lagi dah ye..
ReplyDeletealahai..kesiannya. kat sini pun sama gak. makin ketularan swine flu ni. byk sek yg dah kena tutup. jgn ler sampai ke tpt akak udah le.
ReplyDeletesedapnya lasagnea su. akak lama tak buat lasagnea. kureng jln kat umah ni.
kak tie,
ReplyDeletealhamdulillah dah ok...cuma my hubby. esok temujanji dia dgn doktor...harap2 demam biasa aje.
ijan,
terima kasih....
kak ain,
kat south australia ni je dah lebih 3 ribu org yg kena...kalau tak silap 6 dah mati...
moga kita semua ni dijauhkan Allah dgn sakit berjangkit tu...
salam k suzi,
ReplyDeleteaduhai,mmg risau keadaan sekarang ni.sane sini sibuk dgn virus tu...semoga akak, suami dan anak2 cepat2 sembuh ye...
x pernah buat lasagna...nak jugak try tp entahlah biler tu...
laaa akak tertinggal ketapi ,semoga semuanya kembali seperti sediakala nsyaAllah,Sabar ye Suzi
ReplyDeleteuish dasat btol..separuh klass xdtg ek..hmm...
ReplyDeleteapepn lasagne tu sgt menyelerakan..tgk di wktu pagi sgt la lapo..ekeke:D
p/s:kak suzi..pls vote for aQeel utk my cute lil prince contest ek...hehee
sini pon da maik terok gamaknyer....moge selamat akak dan famili di sane!
ReplyDeletesalam suzi...patutlah lama menyepi,tak sihat rupanyer...semoga suzi sekeluarga cepat sembuh dan dijauhi dari segala penyakit merbahaya...amin.
ReplyDeletemcm remehlah nak wat ni... rajin suzi... bercucuk tanam pun rajin sungguh...
ReplyDeletemoga anak2 sihat kembali..
patot le lame x napok berblogging..tu ler terjengok2 gak cam peliks gak mane mengilang hehe..
ReplyDeletesyukur akok & family udah kembali sihat :)
fiza,
ReplyDeletecubalah lasagna tu....kalau yg suka pasta rasanya sukalah lasagna kot.
kak mimi,
lain kali akak naik kapal terbang kak hihihi...
tq doakan kami sekeluarga.
suziey,
tulah separuh tak dtg...cikgu dia ckp , dia suka je sbb sikit je rog hhihihi tapi risau juga sbb dgn keadaan sekarang ni...
afiq dan ima,
amin...moga2 gitulah...
sasha,
syok juga melayan cucuk tanam tu...kalau betul dah kaya dah hihihi.
p/s: kami laki bini bercucuk tanam tu tau!!siap lawan2 lagi hihihi
tinie@greenjade,
takde menghilangnya kat rumah juga...tq doakan akak....
smga suzi sekeluarga sihat sejahtera hendaknya....
ReplyDelete