Monday, August 17, 2009

Puding Roti Marble

Resepi dr dapur Hana. Terima kasih Hana berkongsi resepi...akak copy-paste je ye...

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat nak buat puding ni...dah lama dah duk dalam list. Selalu je lupa nak beli susu pekat...bila dah beli susu pekat roti pulak yg takde. Maklumlah sejak duk sini minum teh pun letak susu segar je.



9 comments:

  1. sedapkan su. akak ingat pas ni nk try buat puding marble pulak. last time buat yg plain je.

    ReplyDelete
  2. uishhh...mmg sedap tau puding ni..cikmin wat semalam tuk besday baby...sume org puhi syedap...cuma x sempat nak marblekan jek...hehehe...

    ReplyDelete
  3. vahhh nmpk sgt menyelerakan..

    bley buat utk bebuka pose nih :D

    ReplyDelete
  4. Puding ni dah lama tak buat...mmg sedap mkn sejuk2...
    yg tak tahan nengok nasi kerabu kat bawh tu....menyelerakan...pantang tul nengok nasi kerabu...terliur sokmo...

    ReplyDelete
  5. WAA TANTEKNYE MARBLE ITU..HEHE..ERKK BUAT TEH GUNA FRESH MILK? LG SEDAP LER KAN..SEGAR JEK..EKEK:d

    ReplyDelete
  6. cantik je marble Suzi buat tu... masuk selang seli ke?... ada yg berbelang2... senangnya nak buat puti roti ni...

    ReplyDelete
  7. kak ain,
    try buat marble lak kak ain...ada rasa coklat tu...

    cikmin,
    betul tu..sedap kan?

    tinie,
    buat tak puding tu? apa rasa?

    mamasya,
    nasi kerabu memang sedap...lagi2 kalau lengkap 'kawan' dia..nak puasa ni byk kot org jual kan?

    suziey,
    awal2 dulu rasa lain mcm juga tapi bila dah biasa rasa sedap pulak...bila minum yg letak susu pekat rasa mcm tak sedap pulak..manis semcm je..
    tapi bila balik m'sia nanti tak tahulah blh teruskan tak sbb susu segar mahal..kan? hihihihi

    sasha,
    trylah buat...ha a' masuk selang seli..

    ReplyDelete
  8. klu gune milo pon ok kn? wat ganti choc

    ReplyDelete