Monday, July 6, 2009

Pajeri Telur


Resepi dr dapur noreen UK...lauk semalam...TQ noreen berkongsi resepi. Kali pertama saya masak pajeri hihihii....


Bahan-bahan:

7 biji telur - direbus dan digoreng hingga kekuningan
2 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air panas untuk dijadikan pes
2 sudu besar santan
2 tangkai cili hijau/merah - dibelah 2
1cm halia - dihiris
4 kuntum bunga lawang
air asam jawa secukupnya
air - optional
garam dan gula secukup rasa
4-5 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  • masukkan pes rempah kari dan kacau sehingga garing
  • setelah itu masukkan santan, air asam jawa, sedikit air jika perlu, gula dan garam secukup rasa
  • kacau rata
  • apabila mendidih, masukkan bunga lawang dan hirisan halia diikuti dengan telur goreng dan cili hijau/merah
  • biarkan di atas dapur sebentar sebelum diangkat dan dihidangkan





7 comments:

  1. akak pun suka pajeri telur ni tau. bila ler nak buat ekh..??hihi

    ReplyDelete
  2. sedapp....tak kira pajeri apa...mesti selera

    ReplyDelete
  3. nnti nak buatla esok....selalu buat pajeri nenas jer....

    ReplyDelete
  4. selalu makan pajei nenas je...tak penah makan lagi pajeri telur ni...betul ke sedap???

    ReplyDelete
  5. hmm terbaayang mkn ngn pulut kuning..perghh sedap tu:p

    ReplyDelete
  6. kak ain...
    ni first time buat ni...

    shais,
    trylah buat...

    azreen,
    buat jgn tak buat...

    ima,
    ikut selera saya sedap...tak tahu ima camne? kena trylah dulu hihihi...

    suziey,
    dah terbyg2 tu kenalah buat hihihi

    ReplyDelete
  7. Kami dah try. Husbnd suka. Dia soh buat lagi. Balik ceta kat mak kat kampung. Mak gelak. Mak ckp ada ka oajeri telur. Haha. Tapi xkesah la. Sbb husbnd mintak repeat buat lagi. Plus, nak kuah lebih. Hehe

    ReplyDelete