Terima kasih utk kalian berdua....
Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
* 2 cawan tepung gandum } diayak
* 2 sk baking powder } bersama
* 2 cawan gula halus
* 4 biji telor gred A
* 250 gm butter
* 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
* 1 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas
* 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)
Cara Membuat:-
1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)
Nak cubalah pakai resepi kak suzi ni..
ReplyDeleteSmlm cuba buat muffin tapi tak berapa menjadi plak..(salah sukatan kot)
sedapnyaaaa!!!!bak sikit..????
ReplyDeletewah sedap ni....feberet anak2 saya ni... :-)
ReplyDeleteima terliur nak buat kek2 chocolate ni,tapi budak2 kat umah ni tak berapa suka...mrk suka mcm yang marble2 gitu...anak sulung ima je yg suka kek chocolate2 ni...bila dia balik baru buat...
ReplyDeleteSha dah print resipi ni dr blog kak Ummi... tp masih x buat2 lg... resipi Suzi pun dah byk yg diprint... sedang menunggu Pn Rajin datang... hehe
ReplyDeletehola...sedapnye kak suzi...moist lagi:p
ReplyDeletezureen,
ReplyDeletebiasalah tak menjadi bila buat kek ke biskut ke...tapi jgn jemu try lg...
kak ain,
ambillah selagi ada kak...
azreen,
trylah buat...kesian anak2 hihihi
ima,
nanti dia balik trylah buat...mesti dia seronok...
sasha,
moga puan Rajin akan kunjug tiba nanti...
suziey,
sedaaap...