Friday, June 26, 2009

Bun Nutella dan Strawberry

Projek utk sarapan pagi esok... resepi doh dr dapur Cikwan(Strawberry bun)...resepi asal dr Alex Goh. Saya buat dua jenis, satu letak nutella n kekacang dan satu lagi jem strawberry n taburan warna warni....

Untuk Doh:
Bahan A:-
320gm tepong roti
80gm tepong gandom
50 gm gula
1sdt garam
1sdb susu tepong- tak letak
1 sdb yis kering

Bahan B:-
2 biji kuning telor
210ml air- saya guna campuran air n susu segar

Bahan C:-
35gm butter- sy guna minyak masak.

Untuk Filling dan hiasan:

Sedikit strawberry jem dan nutella @ sebarang perisa kegemaran
kekacang dan taburan warnaa warni @ ikut kesukaan...

Cara
  1. Satukan bahan (A) hingga sama rata, masukkan bahan (B) dan uli hingga menjadi doh. Masukkan pula (C) dan uli lagi hingga doh menjadi lembut dan kental. Tutup doh dengan cling film dan biarkan ia kembang 2x ganda(+- 1 jam).
  2. ATAU guna BM- masukkan semua bahan A,B dan C ikut arahan BM...tekan menu DOH dan tunggu siap(! 1/2jam)
  3. Selepas itu tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sedikit, bahagikan kepada 2 bahagian, bulatkan dan rehatkan selama 10 minit kemudian canai doh menjadi segiempat panjang, sapukan filling.
  4. Gulung kan doh tadi, dan potong kepada 8 bahagian, susun diatas loyang bakar yang telah dilapik kertas minyak .Biarkan doh naik 2x ganda sekali lagi.
  5. Sapukan atas roti dengang telor @ susu dan tabur denganbahan hiasan
  6. Bakar pada 175'c selama 25-30minit,keluarkan dan sapu dengan marjerin . Sejukkan.

filling nutella n kekacang

filling jem strawberry n taburan warna-warni.




7 comments:

  1. wahhhh dah siap sarapan utk esok...besh ni...leh tumpang bf kat umah k suzi esok yek...heheheee mcmlah dekat sangat ye kak...

    ReplyDelete
  2. Kak tie rasa, anak2 Suzi amat bertuah punya ibu yang rajin ...hmm..yum yum....

    ReplyDelete
  3. rajinnya su...bila le akak nak serajin su ekh..????

    ReplyDelete
  4. kalau 35gm butter bersamaan berapa ml minyak masak ye Kak Suzi??

    ReplyDelete
  5. fiza, meh lah..cepat2 akak nak keluar...

    kak tie,
    alhamdulillah sy dah berubah hihihi, kalau mcm malas masak cam dulu...kesian anak2 saya hihihi...

    kak ain,
    akak rajin gak...

    zureen,
    bbiasa akak timbang minyak sama dgn berat nutter yg dikehendaki oleh resepi...

    ReplyDelete
  6. laparnya tgk bun tu... nmpak ceria & sedap utk dimakan... dah lama tak buat bun... kalau ada pembantu senang sikit...

    ReplyDelete
  7. sasha...cepat2 cari 'pembantu' hihihi

    ReplyDelete