Bun manis resepi dr cikgu Ros nun di Jepun. Buat tadi utk sarapan esok...Terima kasih ros berkongsi resepi.
Bahan2:
- 150 gram tepung roti
- 100 gram tepung gandum
- 140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
- 2 sudu besar susu tepung ( pau anas nye susu tepung)- tak letak
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil yis
- 1/2 sudu besar garam
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu kecil bread improver ( mesia mari) - tak letak
Caranya.
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. - saya sapupermukaan roti dgn susu segar dan letak bahan hiasan(bijan n manik warna warni)
4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..
Seronoknya boleh buat roti ni, kak tie tak berani sebab gas kat oven tu tinggal sikit.. takut tak de gas tengah bakar nanti, hu hu..
ReplyDeletebhn2 yg simple... lebih senang kalau ada BM, ek..... belum ada lg... nak beli tp kalau dah ada kena rajin buat kalau tak asyik kena perli jelah ngan Mr.H
ReplyDeleteada kerlipan kerlipan bintang di atas roti :)
ReplyDeletesedap bun manis ni nampaknya.nak yang ada bijan tu :)
ReplyDeleteSemalam try jugak buat bun red bean..tapi kureng cantik bentuk lilitannya..(nak cuba yg ni plak nanti sbb tak payah letak filling.)
ReplyDeletealahai gebu dan cutenya bun ni...geram plak tgk.
ReplyDeletekak tie,
ReplyDeletesaya dulu biasa gak gas habis masa masak...
kat sini takde masalah tu sbb gas pakai salur paip...bayar bulan.
Sasha,
belilah BM...senang kerja. Sambil tunggu doh siap blh buat kerja lain...
Maksu,
like a diamond in the sky....
hihihi...
deliah,
kalau yg berbijan tu blh aje...sbb yg berwarna warni tu dah anak2 booking hihihi...
zureen,
selamat mencuba!
mama tiara,
lagi cute mamatiara punya cc....
kakchik nak cuba buat yang ni petang ni. bahu dah tak sakit ni bolehla buat kerja2 menguli tepung. maklum... kita mana ada BM kan.
ReplyDelete