Thursday, November 20, 2008

Glaze Chicken....

Ni resepi ayam yg dimakan dgn nasi tomato dlm n3 semalam...memenuhi permintaan Hana...hihihi...
sebenarnya memang nak letak resepi ni tapi malas nak taip semalam. Resepi dr majalah receipes+...resepi asal guna lovely legs - skinless chicken drumsticks with tip of bone trimmed...so nama masakannya Glazed lovely legs....


Bahan-bahan:
  • 8 keping peha ayam
  • 1/3 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan honey
  • 1 1/2 tbsp jus lemon
  • 3 tsp parutan halia
  • 3 tsp minyak bijan
  • 3 tsp kicap cair
  • 1/4 tsp serbuk chinese 5 spice
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Perap ayam dengan bahan perapan tersebut selama sekurang2nya 20 minit...lagi lama lagi bagus....
  3. Panaskan oven pada suhu 200 C/180 C.
  4. Angkat dansusun ayam dalam tray (tinggalkan sedikit baki bahan perapan).
  5. Bakar hingga masak. Selalu balikkan dan sapukan dgn baki bahan perapan tadi.

2 comments: