Semalam Iman balik sungguh ceria. Selalunya dia muka tak bermaya je. Masuk2 je terus tunjuk buku yg dia pinjam hari ni....'my first ramadan'. Ms Sue (cikgu kat library) kasi katanya. Terus suruh saya bacakan...Iman blm berapa pandai baca. Memang cikgu2 kat sini bagus pun...pandai ambil hati anak2 muridnya. Minggu lepas Ms Sue bg Iman pinjam buku star wars(iman minat betul). Ms Anne cikgu kelasnya selalu bg hadiah kalau berjaya buat satu2 benda...kadang dpt sijil...kadang stiker je pun...kadang mainan yg beli kat garage sale...bukan benda mahal tapi budak2 mcm Iman tu seronok betul..
Pada pemerhatian saya cara belajar kat sini tak menekan budak...belajar ikut taraf kemampuan masing2. Kalau seseorg tu minat dlm satu2 bidang cikgu2 kat sini akan bg semangat. Macam Iman...suka sangat melukis...hampir tiap2 mlm sebelum tidur dia akan melukis...taklah cantik pun. Hari tu Ms Anne hadiahkan dia buku untuk melukis...bukan main seronok dia. Jujurnya saya risau juga fikir pasal sekolah Iman kat M'sia nanti...dalam keadaan kekurangan yg dia ada tu...Masih saya ingat, dulu masa kat M'sia hampir setiap hari dia akan menangis nak siapkan homework yg byk. Padahal masa tu dia baru je tadika...
Berbalik pasal buku tu...menarik dengan penerangan yg mudah dan gambar berwarna. Oklah dpt budak2 faham. Masalah juga nak bg saya kat sini nak bagi anak2 faham tentang puasa ni. Lagilah nak melatih diaorg berpuasa. Anak2 saya selalu tanya kenapa dia je puasa org lain tak? Kalau kat M'sia selain kita mak bapak , ustaz n ustazah kat sekolah pun ada cerita pasal puasa ni...kan? Dan biasalah anak2 akan lebih senang terima apa cikgu cakap. Hari tu my hubby bukakan cerita ipin n upin kat youtube pasal puasa n raya. Seronok anak2 saya tengok...sambil2 tu blh belajar sesuatu kan...termasuklah perkataan melayu yg jarang diaorg dengar hehehe....Pada pemerhatian saya cara belajar kat sini tak menekan budak...belajar ikut taraf kemampuan masing2. Kalau seseorg tu minat dlm satu2 bidang cikgu2 kat sini akan bg semangat. Macam Iman...suka sangat melukis...hampir tiap2 mlm sebelum tidur dia akan melukis...taklah cantik pun. Hari tu Ms Anne hadiahkan dia buku untuk melukis...bukan main seronok dia. Jujurnya saya risau juga fikir pasal sekolah Iman kat M'sia nanti...dalam keadaan kekurangan yg dia ada tu...Masih saya ingat, dulu masa kat M'sia hampir setiap hari dia akan menangis nak siapkan homework yg byk. Padahal masa tu dia baru je tadika...
Student kat Malaysia ni selalu sangat diberi ujian..sampai ke peringkat tadika pun ada ujian bertulis macam budak2 sekolah rendah.. Kadang-kadang kesian.. Budak-budak seusia tu sepatutnya dinilai mengikut aktiviti seharian mereka..kemampuan mereka berdasarkan tahap perkembangan bukan dengan ujian bertulis semata untuk menguji minda sahaja. Kurikulum prasekolah di Malaysia sepatutnya dikaji semula. Bila balik ke Malaysia Suzi try masukkan Iman ke Montessori. Sekolah Montessori ni ok sikit. Islamic Montessori pun ada di KL ni tapi tu la..tak banyak bilangannya. Dan lagi bayarannya agak tinggi..Cecah ribu-ribu RM untuk satu semester. Dalam setahun ada 3 semester. Jenuh jugak la nak membayar..hehehe
ReplyDeleteP/S nanti masuk blog saya amik kad raya
sepatutnya sistem pra sekolah di msia kena buat camni.. dari sini kita kenal pasti potensi terbesar pada seorang budak then di beri galakan + tunjuk ajar... ni adalah baik untuk perkembangan jati diri mereka utk di hari - hari yg akan datang... dgn ini apabila sudah memulakan alam persekolahan mereka tidak akan rasa tertekan tetapi mungkin akan berasa teruja!!! (sebab masa pra sekolah drg best - tanggapan itu datang dari sini)
ReplyDeleteMemang sistem pendidikan di negara maju jauh lebih baik.Mereka diberi kebebasan utk pilih subjek yg digemari.Ini menyebabkan mereka seronok ke kelas malah guru2 pun boleh dibuat kawan.
ReplyDeletei like......
ReplyDeletePendekatan pembelajaran di luarnegara amat berbeza dengan di Malaysia yang menitikberatkan akademik semata-mata. Kadang-kadang kesian tengok budak-budak dibebani dengan kerja sekolah yang banyak hingga mereka terlupa makna zaman kanak-kanak...
ReplyDeletep/s : Terima kasih ye Suzi atas kad raya dan penghargaan tu. Maaflah mama terlewat ambil.
suzi..saya setuju ngan suzi..anak2 saya kat sini pun seronok gi sekolah...they all kate kat int. sch nie teacher baik2...mmg selalu bg sticker...perkara yg paling they all suka kat sini...sekolah.. nak buat hwork pun tak payah disuruh sendiri buat... kalau kat msia dulu, lenguh mulut suruh buat hwork..dah lah banyak...he..he..
ReplyDeletesalam suzi...
ReplyDeleteAkak akui sistem pembelajaran di msia lebih menjurus kpd akademik. Bdk2 agak tertekan dgn ujian atau peperiksaan yg lbh dr 4 kali setahun. Kecemerlangan bdk2 juga di ukur dengan kelulusan akademik. Secara x langsung, ianya satu tekanan pd anak2 dan ibu bapa. Yang x syoknye, cikgu nak bdk2 cemerlang tapi mengajar mcm nak x nak. Sebab tulah, akak kena jd cikgu tak bertauliah kat rumah, kena pastikan anak2 tidak ketinggalan dan lebih advance. Tu baru sek rendah, anak akak yg kat kurshiah lg tensen..segala2nye on paper, 4 flat saja x cukup for you to stay on top. Subjects yg tak berapa penting pun mcm pendidikan sivik dan jasmani menjadi ukuran kecemerlangan keseluruhan. Tapi bagusnye sistem pressure ni, students kita bila ke luar negara selalunye lbh cemerlang dpd mat saleh2. Lets hope, kerajaan kaji semula sistem pendidikan yg ada sekarang. Akak pun ada intention nak hantar yg kecik tu nanti ke Montessori je.