Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat. Dah lama tak update blog...:). Hari ni nak kongsi resepi ayam vandaloo ni. Resepi ala-ala masakan India tetapi ada pengaruh Portugis. Resepi dr blog CMG. Asalnya dr FB Muna. Terima kasih ye berkongsi resepi.
BAHAN-BAHANNYA :-)Sumber:Dapur Tanpa Sempadan
- 1 kg ayam, dikerat sederhana besar
- 2 biji bawang besar
- 4 camca besar minyak sapi
- 6 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 camca teh jintan manis
- 2 camca teh ketumbar
- 2 camca teh halba (mat guna 1 camca teh)
- 1 camca teh serbuk kunyit
- 8 biji buah pelaga
- 1 batang kayu manis
- 4 tangkai cili kering (ganti dengan 1 1/2 camca besar cili kisar)
- 2 camca besar tomato puree (mat ganti dengan 3 biji tomato, cincang halus)
- 3 camca besar cuka makan
- Garam dan gula
- Sedikit badam, untuk hiasan (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Bawang dihiris kasar dan goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keemasan. Toskan dan kisar bersama2 halia, bawang putih, ketumbar, jintan manis, halba dan serbuk kunyit hingga halus. Ketepikan.
- Dalam kuali, cairkan minyak sapi dan goreng ayam tadi hingga kekuningan pada semua bahagian. Masukkan bahan kisar tadi, kayu manis dan buah pelaga. Gaul rata dan masak sekejap.
- Masukkan tomato cincang, cuka dan air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih dan kuah pekat (kurang lebih 40 - 45 minit, dgn api sederhana). Tambah garam secukup rasa dan gula. Biar mendidih perlahan 4 - 5 minit lagi sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kepingan badam sebelum dihidangkan
salam kak..
ReplyDeletewahhh nampak menarik la ayam nih... kene tunggu stok ayam sampai nih... ayam da abess... hihihi
suzi,
ReplyDeletenak tanya satu ajer..sedap tak???heehee bukan aper tengok suzi tayang kecur airliur..boleh dicuba bila bila nanti
salam suzi lama tak bersiaran..bz ker..layan anak2? buat kak ilah lapaq semula la tgok lauk ni hehe
ReplyDeletesalam suzi..tak pernah lagi masak cara camni lagi. nanti boleh cuba
ReplyDeletesalam hana,
ReplyDeletedah dpt stok ayam ke blm?...blh try...
Kak Asma,
Alhamdulillah sedap. Boleh masuk dgn selera saya. trylah.:)
kak ilahjy,
tulah kak...awal2 start sekolah ni cam kelam kabut je lg...:)
Kak Ina KL,
salam kak, blhlah try. sedap juga rasa dia.