Friday, July 16, 2010

Sup Ayam Hadyai

Lauk semalam....resepi asal dr myresipi, tapi sy jumpa kat dapur (DR)Kak Inahar...Kak Ina ceduk dr dapur Cik Mat Gebu....TQ berkongsi resepi....




BAHAN - BAHANNYA :-)

800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik

7 cm lengkuas, diketuk

2 batang saleri, dikerat2

2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)

5 - 6 cawan air (atau secukupnya)

Garam dan gula secukup rasa

2 kuntum bunga lawang#

5 biji buah pelaga#

3 kuntum bunga cengkih#

1 batang kayu manis#(#rempah tumis)

5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*

4 cm halia*

1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*

2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*

1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)

Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan

Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja......


dah tak payah pergi Hadyai nak makan sup ayam hadyai hehehe...blh try buat sendiri...




1 comment:

  1. salam suzi...ni sy bawa daging tanjung balai br bt smlm ni tukar ngan sup hadyai tu-ade lagi tak?

    ReplyDelete