Tuesday, July 20, 2010

Paru Hitam Manis

Salam, update blog mlm2...waktu siang susah sikit, ada kalanya kena berebut dgn Isa hehehe...ditambah pula dua tiga hari ni, Sumaiyyah pun kat rumah sbb kena chicken pox...Ismail pula demam dan hubby pun sama mc sbb sakit kaki dia tu....dah jadi mcm rumah sakit hehehe...
Lauk paru ni dah lama buat tak ingat dah bila...kami suami isteri memang suka paru. Pagi2 kalau beli nasi lemak mesti berlaukkan paru...


Paru hitam manis ni dimasak ikut resepi dr dapur Noorma...ubah sikit2 tang sayur2 ikut apa yg ada...TQ Noorma...sy copy-paste ye...


Bahan-bahan
-300gm paru-yang telah direbus dan dipotong kecil
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia* (semua bahan2 * ditumbuk halus)
-2 sudu besar cili kering kisar
-2 sudu besar sos tiram
-kicap pekat secukupnya -ikut kehitaman masing2 la
-gula
-garam/perasa
-lobak merah-dipotong baji
-kacang pea
-daun sup & daun bawang
-cili merah/hijau dihiris
-bawang merah-dipotong bulat

Cara-cara
1.Tumis bahan2 yang ditumbuk halus ditumis hingga naik bau.
2.Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
3.Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Tambah sedikit air.
4.Masukkan paru. Boleh masuk lobak merah untuk empukkannya
5.Tambah gula, garam dan perasa
6.Biar kuah kering sedikit dan bolehlah masuk kacang pea, cili dan bawang merah yang dipotong bulat.
7.Tutup api dan campak daun sup dan bawang. Siap.


1 comment:

  1. salam pagi.

    Paru ni memang kesukaan kita, kalu kat kelate, kita org panggil pelampong....

    ReplyDelete