dah lama try resepi nasi mandhi ni...tak ingat dah bila. SEDAP! nak buat pun taklah susah sgt. Tapi sy takdelah letak arang tu...tak rajin, hihihi. Ayam bakar pun serba kekurangan ....terima kasih mamasya kerana berkongsi resepi.
Bahan:Nasi Mandhi
- 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
- 3 camca besar minyak sapi
- 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
- 1 biji bawang besar ~ hiris halus
- 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
- 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
- 1/3 cwn kismis
- Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
- Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
- Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.(sy pun sama tak buat pun langkah ni)
Ayam Bakar Madhi
Bahan-bahan ayam:
- 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
- 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
- 2 biji lemon ~ dihiris bulat
- Garam
- Sedikit pewarna kuning
- Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....
Memang sedap tu..
ReplyDeleteTapi kak tie kalau buat kena masak ayam briayani sebab anak2 dan suami suka. Ayam bakar mandhi kering sikit.. Biasalah orang kelantan suka yang berkuah, hehe...
Err.. tengok gambar rasa nak buat lagi pulak!
nmpak sedap ns mandhi ngan ayam bakar tu!! mintak2 esok rajin lah nk buat ns mandhi!!!
ReplyDeletesalam suzi. lamanya kakchik tak jenguk blog suzi ni.
ReplyDeletekali ni datang nak tengok ape ke bendanya nasi mandhi ni.
sekali tgk mcm biasa je tapi tetap juga kakchik terliur dgn ayam tu.
salam suzi...nampak pun dah sedap,kalau makan lagilah ye...hehe
ReplyDeletesalam...dia punya rasa sama tak dengan nasi minyak atau briani.
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletewahh dapur my sis dh start berasap nih..dh kuar resepi baru..bestnyee :)
ReplyDeleteermmm dia bnyk tol resepi..
ReplyDeleterjn nyer...
kt cni sy pergi dl kalu nk cr resepi tau..
ten q yer kongsi resepi...
bape jam jer u rht ni?
nasi ni makin popular laks di seantero dunia...
ReplyDelete