Tuesday, November 3, 2009

Asslamualaikum....

Assalamulaikum semua, lamanya tak mengupdate blog. Apa sbb pun tak pasti. Nak kata sibuk berkemas...belum mula pun lagi...mungkin sbb takde mencuba resepi2 baru kot. Mood pun kurang...asyik fikir pasal nak balik je...hihihi...Terima kasih kepada kawan2 yg sudi bertandang ke blog ni walaupun nak bersawang...(.hari ni azam nak bersihkan sawang2 ni ). Kepada yg betanya khabar, alhamdulillah sy dan famili sihat2 aje. Cuma sakit kaki hubby tu masih blm sembuh sepenuhnya...sambung rawatan kat Malaysialah pulak gamaknya. Tapi oklah dr dulu ...dah boleh bejln ke hulu ke hilir...
InsyaAllah kalau takde aral kami balik 7 Jan nanti, Harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Banyak juga cerita nak kongsi dengan kawan2 tapi takde cerita pasal resepi. Masak memang masak tapi takde resepi baru....



22 Oktober hari tu anniversary perkahwinan kami ke 10. Alhamdulillah, moga kami kekal bahagia. Tiada candlelight dinner, takde hadiah mahal2 cuma kami buat makan2 sikit pada 25/10 hari tu. Menu utama mee/bihun sup tulang...dan sikit kuih-muih. Kawan2 yg dtg pun byk bawa buah tangan. terima kasih.










23 comments:

  1. happy anniversary...harap belum terlambat..hehehe..Semoga bahagia untuk selamatnya...

    Saya ni dok teringin nak makan kek batik..Jap lagi nak keluar cari bahan!

    ReplyDelete
  2. happy belated anniversary su!!! semoga kekal bahagia hingga akhir hayat!!!!

    ReplyDelete
  3. hepi anniversary buat suzi suami-isteri...moga sentiasa berbahagia dan dilindungi Allah selalu.

    Selamat balik mesia, kalu dtg kL, contact akak boleh datang umah... :)

    ReplyDelete
  4. hepi 10th belated anivesary akok ku cyg..moga trus dilimpahi rahmat, kasih-syg,bahgia kekal selamanya :)

    dekat2 ek anivesary kite..sy juz past on Oct, 18th ..ngeee :D


    blk mesia bley la ding dong I noohh.. ;)

    ReplyDelete
  5. salam suzi.

    akhirnya dapat juga baca update terbaru. hilanglah risau kakchik bila lama tak nampak suzi.

    happy belated anniversary untuk suzi dan suami. kakchik doakan kalian berdua semakin bahagia hingga ke syurga dan semoga sakit kaki suami suzi tu akan sembuh akhirnya.

    ReplyDelete
  6. Selamat Ulangtahun Perkahwinan... semopga jodoh berkekalan... insyAllah, akak balik malaysia nanti kita jumpa di tronoh... hehehee...

    ReplyDelete
  7. happy belated anniversary kak suzie...rindu sangat dengan akak..asek nampak icon kat cafe world jeee...

    ReplyDelete
  8. hepi annivesary buat suzi..maaf lambat wish utuk suzi.moga kebahagiaan akan berkekalan hingga akhir hayat..aminnn

    ReplyDelete
  9. salam smua, terima kasih ucapan dan doa...amin.

    nanti blh aje kita jumpa bila balik sy m'sia. yg kat Tronoh insyaAllah blh dtg rumah sy nanti hihihi...yg kat KL pun senang juga nak jumpa sbb selalu juga turun KL..kat Trg pun sama...bila sy balik Trg blhlah kita jumpa...tak sabar nak balik.....

    ReplyDelete
  10. Ooo...kak tie tercicir lak!

    Happy anniversary Suzi.....

    Dah nak balik Malaysia ? Uwaaa.... mesti dah start packing sikit-sikit..

    ReplyDelete
  11. semoga berbahagia ke akhir hayat..
    takde hadiah memahal pun takpe asal kasih syg berkekalan.. dan ygpaling penting kak suzi masak best ahakss

    ReplyDelete
  12. happy anniversary kak Suzi,
    mudah2an kekal ke akhir hayat dan berbahagia selalu.

    lepas ni busy pack barang pulak la ye. take care kak

    ReplyDelete
  13. happy anniversary buat suzi dan suami,moga dilimpahkan kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan...

    ReplyDelete
  14. salam suzi..happy belated anniversary..tak ada hadiah tak aper kan..janji kita happy bersama keluarga tercinta..

    tak lama lagi nak balik..tentu tak sabar nak balik kan..

    ReplyDelete
  15. hepi belated anniversary kak suzi..
    moga berkekalan ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  16. kak suzi bestnya akak nak balik da yer :)
    smoga berjalan lancar semuanya ye..

    ReplyDelete
  17. Salam kak suzi, Hepi anniversary.
    maaf terlewat wish.
    Da nak balik Mesia, kak? Saya doakan semua urusan berjalan lancar dan suami kak cepat2 sembuh.
    Saya try resipi karipap sadin dr blog kak suzi pagi ni. sedap sangat. saya suka. tima kasih, kak.

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Suzi,
    Taniah! 10 tahun..lama tu..caya lah!! akak kena share rahsia ni..hehe.

    ReplyDelete
  19. Happy Anniversary Suzi..... sekejap je 10 tahun....usia perkahwinan kita sama.

    ReplyDelete
  20. terima ksaih sekali buat semua atas ucapan dan doa...amin...

    kak tie, takpe ketinggalan ketapi...biar lambat asal selamat hihihi...

    sue, alhamdulillah dah 10 thn...nak rahsia dtglah rumah akak hihihi

    ReplyDelete
  21. happy belated anivesary ke 10 ye suzi dan asben..maaf cikmin terlepas pandang la...huhuhu..semoga rumahtangga ini akan kekal bahagia selamanya bersama anak2 tercinta..dilimpahkan rezeki yg murah...semoga selamat pulang jugak ketanah air ye...nnt jgn lupa keep in touch bila dah jejak kaki kt mesia tu..

    p/s masa tu cikmin dekat nak merdeka dah..boleh gader2...

    ReplyDelete
  22. walaupun dah terlewat...tapi nak jugak ucap... epy enibeseri...moga terus berseri2 di mata suami terchenta....! amin...

    ReplyDelete