Salam semua....kehangatan raya makin terasa..kan? Masing2 tengah sibuk dengan persiapan raya..terutama buat kuih raya. Saya belum mula...janji dgn kawan nak mula esok atau lusa...harap2 menajdilah...hihihi. Bab masak utk berbuka pulak makin malas...dah tak tahu nak masak apa. Lg masalah bila tanya hubby atau anak2 diaorg cakap masak je apa2..masalah betul...
Untuk hari Jumaat (21 ramadhan) ni dia menu berbuka kami...
Untuk hari Jumaat (21 ramadhan) ni dia menu berbuka kami...
Sabtu (22 Ramadhan), rehat masak. Hubby, Iman dan Ismail bebrbuka kat masjid Wandana dan saya pulak je...kebetulan ada bazar Ramadhan kat Uni. Adelaide. Beli laksam, kuih tepung pelita, roti john dan anak2 beli cupcakes.
Ismail dah penat sgt tu...hari Sabtu dan Ahad diaorg akan puasa tapi hari sekolah tak puasa. Jenuh memujuk...asyik cakap hungry..thirsty...starving...macam2 tanya kenapa nak kena puasa?...apa maksud puasa? berkali2...layan jelah jawab... tu tertidur lepas menangis hihihi...Ni tahun pertamanya dia belajar puasa...lagipun hari Sabtu tu cuaca panas...Selalu takde mcm ni..
Ni pulak menu semalam, 23 Ramadhan.
Ayam Masak Padang
Bahan-Bahan
1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit *hana gune kunyit idop!
asam keping
2 helai daun kunyit di siat siat
Cara Cara
1. Semua bahan dikisar halus.
2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.
5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.
6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.
Kerabu Taugeh
macam2 tu su. tu yg tak tau nak masak apa lagi tu!hehe
ReplyDeletecam ne persiapan hari raya?? byk ke nak buat kukis esok???
tgk anak2 berpuasa,mcm2 karenah...kita dulu mcmana agaknya ye...:)
ReplyDeletekat sini panas gak,tgk air tembikai tu terasa hauslah tekak...nak segelas...
uishhh!! macam2 Suzi masak!!... kalau menu seminggu agaknya lama nak kena scroll ke bwh baru habis... hihi... kelakarlah tgk gelagat anak2 berpuasa!!... terliur tgk semua makanan tuh!
ReplyDelete